Langkau ke kandungan utama

Gerik

Koleksi gambar ini adalah koleksi lama yang aku rakam sewaktu musim Aidilfitri tahun lepas. Baru sekarang terasa hendak dipaparkan di sini.

Bunga di belakang rumah arwah Tok. Aku tidak tahu bunga apa.

Jalan masuk ke rumah Tok. Kawasan rumah Tok ini ada dua rumah. Rumah adik beradik. Dulu, aku pernah lihat gambar lama kedua-dua rumah ini. Rapat antara satu sama lain. Kemudian salah sebuah rumah diangkat dan dipindahkan sedikit jauh. Semasa kecil, aku masih dapat melihat tapak asal rumah yang telah dipindahkan. Sekarang sudah tiada.

Ini kedai yang berhampiran dengan rumah Tok. Dulu semasa kecil. kedai ini cuma sebuah kedai papan kecil. Segala-gala di dalamnya adalah usang. Aku kenal tuan kedai ini sejak kecil lagi sehingga sekarang.

Inilah sungai Kenderong yang menjadi tempat permainan aku ketika kecil dulu. Sekarang ianya tidak banyak berbeza keadaan. Cuma kalau ada yang ingat, aliran sungai ini sebenarnya sudah berubah kedudukan.

Dulu, ini adalah sebuah jambatan gantung kecil yang menghubungkan kampung Ulu Kenderong dengan kampung seberang (maaf, aku tidak pasti namanya). Seberang sana dulu adalah kawasan tinggalan sawah padi. Sejak kecil lagi aku dapati sawah padi tersebut telah terbiar. Sekarang ianya sudah menjadi kawasan perumahan. Rugi... suasananya.

Hadapan simpang rumah Tok. Budak-budak kampung sejak kecil lagi sudah pandai menunggang motosikal. Aku juga begitu. Halmet tidak termasuk dalam buku cerita. Tidak penting.

Dua gambar di atas dan bawah adalah di rumah yang sama berhampiran dengan rumah Tok. Masih ada penghuni walaupun terbiar lama dan bumbungnya bocor sana sini. Masih ada seorang tua yang tinggal dalam keadaan daif dan usang. Aku dan keluarga menziarahi beliau dan aku sempat merakam suasana di dalam rumah. Aku cuma tidak sanggup hendak paparkan gambar di sudut yang lain. 



Jangan tidak tahu, di Gerik yang kecil ini ada sebuah lapangan terbang. Walaupun kecil dan hanya pesawat Carribou dan helikopter TUDM saja yang pernah aku lihat mendarat di sini, ianya masih sebuah lapangan terbang sehingga kini. Cuma aku tidak tahu sama ada ianya boleh digunakan lagi atau tidak. Biasanya awal pagi akan kelihatan orang bersenam dan berjogging di sini.

Ini adalah sekolah rendah pertama aku, SK Mahkota Sari. Dulu SRK. Bila ubah, aku tidak tahu. Aku sempat di sini sehingga darjah tiga saja. Bangunan asal setinggi tiga tingkat sebelah kiri. Tidak banyak kenangan di sini. Ada, tetapi nantilah aku ceritakan.

Ini adalah gambar dari sudut lain lapangan terbang Gerik. Aku cuma hendak tunjukkan perkataan "Gerik" saja. Suasananya agak cantik.

Ini rumah pertama aku. Sebelah kiri rumah itu dulu ada sepohon pokok jambu. Sebelah depan kiri ada antena televisyen tinggi di mana ada sekeping gambar aku di rakam.  Padang kecil sebelah kiri itu juga adalah di mana aku pernah "tersesat" sewaktu kecil kerana mencari ayah. Aku duduk di situ waktu senja dengan pinggan ayan berisi nasi dan lauk.

Aku akan rakamkan beberapa gambar lagi bila pulang ke Gerik nanti. Ada yang menarik hendak diberitahu.

Ulasan

  1. Nama bunga tu kalu tak silap Bunga Asam Batu...

    BalasPadam
  2. Betul? Memang tak tahu. Dulu tak belajar jenis bunga. Jenis pokok, belajar.

    BalasPadam
  3. Jenis pokok?..tau la juga skit..Pernah juga bekerja di FRIM sekejap dulu...

    BalasPadam
  4. Patutlah. Dulu amat suka ke FRIM. Tempat belajar. Sekarang sudah lama tidak ke sana.

    Mungkin akan ke sana suatu hari nanti. Fotografi di sana pasti menarik.

    BalasPadam
  5. Setuju...pasti cantik dan menarik..

    BalasPadam
  6. Anonymous4:55 PTG

    Bro, aku dulu pun dok kat Kg. Ulu Kenderong nie jugak..(rumah aku kat belakang umah Pakcik Sofi - X-Army Mechanic, kalau ko tau lah..)tgk gambar jambatan tu teringat jambatan gantung masa aku kecik2.. Kat situ dulu ada pokok yg ada 'Tali Tarzan'.. Rgds - Aen.

    BalasPadam
  7. Anonymous5:27 PTG

    Bro, btw, aku dok sana from 1981 - 1985 (sampai darjah 3, sekolah kat Mahkota Sari)...Rgds, Aen.

    BalasPadam
  8. Anonymous11:59 PTG

    jambatan 2 menghubungkan kg kenderong dengan kg air terap..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon