Semasa berbual dengan seorang kenalan, aku tanyakan kepadanya jenis kamera yang dia guna. Dia jawab kamera cap ayam. Jawapan yang sinis, ya. Tetapi juga menarik.
Setelah aku beli kamera digital SLR, setiap fotografi yang aku rakam, aku mahu rakamkan dengan penuh sempurna. Aku mahu ada komposisi, cahaya dan kesan yang terbaik. Segala hasil kerja dikaji dan dicari ketidaksempurnaan.
Aku lupa saat bila suatu ketika dulu, kamera hanya sekadar "point and shoot". Arah mana dan dari sudut mana, aku cuma klik dan terus klik. Aku tidak perlu risaukan komposisinya. Aku juga tidak perlu risaukan cahaya.
Cukup sekadar hala dan klik.
Mana pergi hidup kita yang mudah dan ceria, dimana kini kita lebih judgemental dan terlalu mencari kesempurnaan. Kita fikir kita tahu, sebenarnya kita tidak.
Ketika di kampung tidak lama dulu, aku melihat koleksi gambar yang dirakam atau ada dalam simpanan ayah. Mudah dan jelas. Tidak sempurna tetai cukup jelas. Atau ketika kamu memegang kamera digital automatik; point and shoot. Itu saja. Kamu tidak perlu risau hal lain.
Aku rindukan saat begitu.
Bersambung....
bersambung?
BalasPadamnak buat drama bersiri ek?
Ye, nak berlakon dalamnya?
BalasPadamboleh. tapi kalau saya berlakon, cerita tak seram pun boleh jadi seram.
BalasPadamhuhuhu
Itu yang best tu. Boleh buat Scary Movie versi melayu.
BalasPadam