Sepatutnya gambar ini cantik, kalau tidak kerana cermin tingkap kapal terbang yang calar sana sini. Aku pelik, bagaimana cermin tingkap kapal terbang boleh calar? Tidak mengapalah.
Selesai aku rakam gambar ini, aku bukan leraikan lensa dari badan kamera dan simpan di dalam beg. Sudah cukup bagi aku untuk merakam awan yang memutih. Tidak sampai seminit kemudian, gumpalan awan paling cantik pernah aku lihat terhidang di depan mata.
Kamera sudah tersimpan di dalam beg. Awan indah sedang di depan mata, di luar tingkap.
Kamera sudah tersimpan di dalam beg.
Perumpamaan hidup ini. Aku sering kehilangan atau terlepas peluang. Aku sering gagal menemui "dia". Bila aku temuinya pun, ia sudah berlalu pergi dan kadang-kadang di hadapan dua biji mata ini sendiri.
Kemudian aku berkata sendirian; masih ada lagi ruang di hadapan. Masih ada peluang. Masa aku akan sampai. Motivasi diri. Perlu untuk aku terus begini; hidup.
Lalu aku lupakan kenangan lalu dan cuba bina kenangan baru. Sedang sifat aku ini sungguh rumit untuk aku memudarkan kenangan lama. Ingatan aku begitu jelas seperti baru sesaat lalu ianya berlaku. Maka, sering saja aku hiba dalam diam.
Namun masih, hidup ini begitu indah.
aah..kite selalu terlepas suatu yg indah kan..
BalasPadamape2pon,best lar naik kapal terbang..bile lar nak merase...
Naik je firefly dari penang ke kuala terengganu. Heh.
BalasPadam