Langkau ke kandungan utama

FotoBlog di frossonfire.blogspot.com

Aku ada cadangan.

Aku mahu jadikan blog frossonfire sebagai blog berfoto atau photoblog. Namun penyumbang artikel/foto/cerita adalah kamu sendiri. Aku sudah menjemput beberapa orang pembaca di frossonice.com untuk menulis di sana. Kalau ada pembaca lain atau mereka yang tersinggah di sini/sana berminat untuk menyertainya, emelkan alamat emel kamu kepada aku.

Apa yang hendak diceritakan? Ini cadangan aku;

  1. Kamu rakam gambar suasana di sekeliling kamu. Apa saja. Alam, kucing, tikus, baju, air, batu, kereta, bulu kening kamu sendiri... Apa saja. Kamu boleh rakamkan dengan apa jua kamera tetapi pastikan gambar yang kamu rakam itu jelas dan difahami orang lain.
  2. Kemudian kamu upload di sana dan terangkan secara ringkas (tidak kira walau hanya sepatah kata) mengenainya.
  3. Aku galakkan orang lain yang membaca memberi komen. Kamu berikan padangan kamu sendiri mengenai gambar-gambar yang disiarkan di sana.
  4. Aku harap semua gambar itu tidak perlu dibuat hak cipta. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Kamu cuma perlu labelkan setiap post kamu dengan pengenalan diri kamu sendiri. Contohnya kalau post itu aku yang tulis, labelnya adalah frossonice. Itu saja.
  5. Gambar tidak perlu terlalu besar. Cukup lebar atau tinggi maksima sekadar 400 piksel (400px).
  6. Kamu boleh upload seberapa banyak gambar yang kamu mahu untuk setiap post kamu.
  7. Kamu tidak perlu malu dengan kebolehan kamu mengambil gambar. Itu tidak penting. Apa yang penting adalah ada sesuatu yang hendak diceritakan melaluinya (walau tidak dengan baris-baris kata).
  8. Kalau kamu hendak menulis juga tanpa ada gambar yang hendak disertakan, boleh. Aku galakkan juga.
  9. Gambar tidak akan menjadi hak milik sesiapa. Malah tidak akan menjadi hak milik aku pun. Kamu bebas untuk menariknya balik (delete post kamu) sekiranya kamu mahu,
  10. Jangan letak gambar lucah dan provokatif. Itu saja.

Apa manfaat yang boleh kita perolehi melaluinya? Aku rasa banyak. Cuma aku senaraikan apa yang terlintas di fikiran.

  1. Ruang untuk kamu mengasah kreativiti.
  2. Kamu tidak akan bosan dengan melihat koleksi gambar aku semata-mata. Hahaha.
  3. Agar kita lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita melalui lakaran potret kehidupan melalui sudut pandangan kamu sendiri.
  4. Kita belajar untuk berkongsi sesuatu dan kita lepaskannya menjadi hak milik umum kerana kita tahu, segalanya yang ada pada kita hanya pinjaman. Ceh...
  5. Ianya pasti lebih menyeronokkan. InsyaAllah.
Apa lagi, mulakan sekarang. Mudah saja. Kalau telefon bimbit kamu ada kamera, rakam saja apa yang ada disekeliling kamu; baik senja yang menjelang tiba atau nasi yang kamu hendak jamah. Kemudian post di sana. Ceritakan sedikit kalau boleh. Kalau tak boleh, biarkan saja gambar itu.

Kamu yang aku tidak jemput, kirim emel kamu kepada aku sekiranya berminat. Kamu juga boleh menyumbangkan karya.

Emel : ahmadsharidan@gmail.com

Ulasan

  1. wawah..best2..nanti kite jenguk dan komen2..

    BalasPadam
  2. Tengok je? Join sekali la. :P

    BalasPadam
  3. Anonymous2:17 PTG

    cam menarik jer. kamera cap ayam konpem boleh ek hehehe..

    BalasPadam
  4. Cap itik pun boleh. Cap flamingo pun laaaggiiii boleh. :P

    BalasPadam
  5. Anonymous4:17 PTG

    flamingo?? :P

    BalasPadam
  6. hmm.. blog sndiri pun ala2 hidup segan mati pun segan... inikan pula mahu menyumbangkan bakat terendam dlm fotografi di blog org yg pakai kamera lensa berjela2...

    hahaha... insyaallah...kalau rajin, ya?

    terima kasih kerana menjemput :)

    BalasPadam
  7. Motifnya bukan untuk cari gambar tercantik. Sebab itu bagi contoh paling asas dengan cuma guna kamera telefon bimbit.

    Hehehe.

    BalasPadam
  8. Anonymous11:22 PG

    I think, you will come to the correct decision. Do not despair.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon