Okay, tajuk mungkin seperti ditokok tambah. Namun perkara ini benar-benar berlaku sewaktu kami berhenti rehat awal subuh di hentian rehat Gua Musang, dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mungkin aku mamai atau terlalu leka, aku tidak merakamkan suasana ketika ribuan rama-rama berterbangan di sekitar kawasan rehat itu. Rama-rama seperti bermain dengan cahaya lampu.
Aku tidak pasti spesis apa, tetapi rama-rama ini agak besar (sebesar tapak tangan aku) dan mereka hinggap di mana-mana, termasuk pinggan berisi makanan dan belakang badan kamu.
Apa fenomena yang sedang berlaku, aku tidak tahu. Semua gambar yang aku ambil ini dirakam dua hari kemudian, semasa dalam perjalanan balik. Nyata masih banyak yang hidup.
Aku sempat bertanya kepada seorang peniaga di kawasan rehat tersebut mengenai rama-rama ini. Dia kata ini pertama kali peristiwa ini berlaku dan hari yang kami tiba di situ adalah hari kedua ribuan rama-rama ini menyelubungi kawasan rehat tersebut.
Tiada spekulasi. Mungkin fenomena alam biasa yang baru kita sedari kewujudannya.
Ulasan
Catat Ulasan