Langkau ke kandungan utama

Sandal Sang Buaya (Umpan Untuk Menggoda?)

Sejak lebih setahun dulu, aku teringinkan sandal Crocs. Tetapi memandangkan harganya yang melampau mahal (bagi sepasang sandal foam plastik), aku pendamkan niat begitu saja. Sehingga aku jumpa Crocs Outlet di The Mines. Sebenarnya kedai tersebut sudah lama. Tapi aku tidak terasa hendak masuk kerana memikirkan harganya yang mahal.

Kemudian dalam bulan lepas aku sengaja juga masuk kerana terpandangkan promosi potongan harga. Rupanya Crocs Outlet berbeza dengan Crocs Store. Crocs Store menjual pada harga pasaran manakala Crocs Outlet menjual pada harga pemborong. Tapi seperti yang kita tahu, bila harga pemborong, maka modelnya juga pasti model lama. Betul. Kebanyakkan model Crocs yang dijual adalah model lama. Harganya berbeza separuh dari harga asal. Jadi kalau sandal Crocs Beach di kedai biasa berharga RM129, di Outlet cuma RM64.50. Separuh harga.

Atas sebab itu jugalah, aku beli Crocs Beach berwarga hijau "Sage" di bawah.



Warna kurang menarik, tetapi masih lebih menarik dari warna lain seperti pink, merah, biru cair dan oren. Tiada hitam, ruginya. Kira ini kasut raya aku.

Lagipun sandal aku sekarang sudah bertindak seperti sepatu luncur ais apabila berjalan di atas marmar licin. Aku tidak mahu suatu hari nanti aku jadi bahan ketawa orang dengan aksi akrobatik di atas lantai licin.

Yay, aku sudah ada Crocs!

p/s: aku dengar orang cakap di belakang, "membazirnya..."

Ulasan

  1. tak bazir lah. sy dh ada 4 boya kaler pink pelan, pink kuat, hijau n ungu dlm rak kasut n rasa sngat2 berbaloi pasal dah bertahun2 pakai masih mcm tuuuu je. walaupun kaler2 nya mcm kanak2 riang ria tp yg penting selesaaaaaa sgt... kannn? hehehe

    BalasPadam
  2. Oh, banyaknya. Saya pakai yang ini mungkin sampai tapak bertukar jadi luncur ais, barulah tukar lain.

    Betul, amat tidak rugi. Heh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...