Hari ini aku dapat tahu beberapa perkara;
- Kalau kamu mahu ke India sama ada untuk bercuti atau apa saja tujuan, kamu perlukan visa, walaupun untuk sehari.
- kalau kamu sudah check-in untuk penerbangan tetapi orang kaunter tidak perasan kamu ada visa atau tidak dan dia lepaskan juga, setibanya kamu di destinasi, kamu akan di tahan dan akan diarahkan berpatah balik. Kemudian pihak imigresen akan sama syarikat penerbangan kerana melepaskan kamu. Naya betul.
- Untuk membuat visa ke India, kamu tidak perlu ke Pesuruhjaya Tinggi India di Jalan Duta. Sebaliknya urusan visa mereka telah dikendalikan oleh pihak ketiga. Ianya mengambil masa dua hingga tiga hari dan kos lebih kurang RM160.
- Aku baru tahu bahawa negara-negara seperti Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan India, kamu perlukan visa untuk kesana dan untuk datang dari sana ke sini (pengunjung dari negara tersebut ke Malaysia). Sedangkan apa yang aku faham selama ini, kesemua negara itu termasuk Malaysia adalah negara Commonwealth. Pelik juga.
- Ini contoh visa India.
- Kamu tahu apa maksud VISA? Visa adalah singkatan daripada bahasa latin, charta visa yang bermaksud "Paper That Has Been Seen" atau "Kertas yang sudah dilihat", yang secara senangnya menerangkan bahawa seseorang individu sudah diberi kebenaran untuk masuk ke sesebuah negara.
menarik juga. Kalau tidak disebabkan hal hari ini, aku tidak tahu apa itu visa dan keperluannya serta rupa bentuk visa tersebut. Sekarang aku sudah tahu.
Ulasan
Catat Ulasan