Siang nanti aku akan bergerak balik ke Lembah Klang, InsyaAllah. Kalau ikut perangai aku, perjalanan sebegini aku tidak rancang langsung. Aku masih ada tiga hari. Jadi aku tidak perlu terburu-buru.
Sebab itu bila aku memandu, biasanya kelajuan kereta hanya sekitar 80km/j. Sebolehnya juga aku akan guna jalan lama, jalan persekutuan nombor satu. Aku lebih selesa menggunakan jalan tersebut kerana lebih redup dan banyak permandangan yang menarik.
Kadang-kadang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa cuma tiga jam akan berlarutan hingga lima enam jam. Aku tidak perlu kejar apa-apa.
Kecuali ada penumpang. Aku sendiri jadi kurang selesa.
Esok mungkin ada penumpang. Jadi perancangan yang sepatutnya tidak terburu-buru menjadi agak tertekan kerana memikirkan keselesaan orang lain dalam perjalanan nanti. Takkan mereka mahu duduk dalam kereta berjam-jam lama bila sepatutnya mereka cuma perlu duduk tiga jam?
Esok aku fikirkan.
Ulasan
Catat Ulasan