Langkau ke kandungan utama

We Are Breeding Losers

Sudah aku katakan sejak dulu, aku tidak menyokong Barisan Nasional. Malah aku tidak menyokong mana-mana parti politik di Malaysia. Tetapi tidak bermakna apabila aku tidak menyokong, aku menghentam sesedap rasa.

Cuma aku tidak faham dengan ramai orang di Malaysia. Kenapa hampir semua aspek yang dilakukan oleh kerajaan (pemerintahan Barisan Nasional) dicemuh, dikutuk dan dibuat tanggapan negatif. Tidak ada satu yang elok? Aku rasa mereka memilih untuk tidak melihatnya. Kerana menghentam dan mengutuk adalah lebih senang daripada memuji dan menghargai, bukan?

Seperti penubuhan pasukan F1 Malaysia. Kalau ianya menggunakan duit rakyat, memanglah negatif kerana ada banyak perkara lain yang boleh dilakukan melaluinya. Tetapi dengan terus menghentam atau mengutuk tanpa se"iota" maklumat mengenainya adalah amat bebal dan dangkal.

Begitu juga dengan pemberian taraf kewarganegaraan kepada ramai orang kebelakangan ini. Apa yang ringkas disimpulkan oleh orang (yang suka menghentam) ialah ini satu lagi permainan politik. Ya, apa yang tidak politik di Malaysia? Lebih ignoran apabila ada sesetengah pihak mengaitkan pemberian taraf warganegara ini dengan sifat-sifat perkauman. Kerajaan lebih mengutamakan orang Indonesia, contoh. Orang Indonesia lebih mudah dapat warganegara daripada orang yang tidak di Malaysia sendiri.

Mungkin kalau kita tanya mereka dari mana mereka dapat sumber maklumat mereka, susah mereka hendak jelaskan dengan tepat. Jawapan paling mudah, daripada portal-portal berita internet atau mereka tahu (they just know). Mereka yang sering mengaitkan perkauman dengan hampir semua perkara adalah mereka yang berfikir dalam mentaliti perkauman sebenarnya. Pusing balik dan cermin diri. Dengar saja lagu Man In The Mirror nyanyian Michael Jackson, kemudian menyanyi dan mengakui faham maksudnya. Amalkan? Jangan harap.

Sebab itu kita di Malaysia ini penuh dengan manusia yang bersifat perkauman tanpa mereka sedari. Bila mereka laungkan semangat anti perkauman, kalau kamu mikroskopkan laungan itu, kamu temui jawapan sinis. Kebanyakkan mereka melaungkan anti perkauman apabila suasana perkauman itu wujud dalam masyarat mereka. Kalau ianya di luar daripada ruang lingkup masyarakat mereka, mereka tidak akan peduli. Baik melayu, cina, india, ibah, kenyah, kadazan, punjabi atau jawa, sama saja. Perkara pertama, pertahankan kaum sendiri dulu. Perkara kedua, baru mengenai orang lain.

Walaupun aku mempersoalkan pemberian taraf kewarganegaraan dengan mudah kepada ramai orang kebelakangan ini, tapi aku buka peluang untuk kerajaan memberi penerangan dulu. Bagi aku, apa yang berlaku pada majlis siang tadi (Majlis Penganugerahan Taraf Warganegara Malaysia di JPN Putrajaya oleh Menteri Dalam Negeri) adalah usaha baik untuk memberi ruang kepada ramai orang yang tidak mempunyai identiti diri yang selama ini menyukarkan hidup mereka. Komposisi kaum yang hadir juga tidak melambangkan perkauman (walaupun mungkin ini taktik sahaja) dan aku lihat semua mereka dengan jujur berasa bangga dan gembira dalam majlis tersebut.

Oh, kamu patut lihat kanak-kanak yang diberi taraf warganegara siang tadi. Mereka berasa amat gembira. Mereka berasa bangga sedang kebanyakkan daripada mereka berusia di bawah 10 tahun. Adakah kita masih hendak menafikan kegembiraan mereka. Kamu masih hendak salahkan kerajaan? Ya, kerana kamu sebenarnya tidak faham prosedur yang berlaku. Kamu fikir dalam dunia ini semuanya patut generik. Kalau Australia boleh selesaikan dalam tempoh setahun, kamu fikir di Malaysia juga patut sama.

Masalahnya kita tidak sama. Kamu dengan aku juga tidak sama. Apatah lagi undang-undang dan peraturan yang wujud di sesebuah negara.

Punca utama ramai rakyat Malaysia suka berfikiran negatif adalah kerana mereka sebenarnya tidak tahu tetapi pura-pura tahu atau berasakan diri mereka tahu. Itu orang melayu panggil sifat Bodoh Sombong. Mereka hanya tahu kritik tanpa berfikir atau sekurang-kurangnya membuat kajian atau bacaan ringkas mengenai sesuatu perkara dulu.

Ada yang mengkritik pasukan F1 Malaysia kerana tidak menggunakan enjin Proton atau Lotus saja, sebaliknya menggunakan enjin Cosworth. Aku yakin mereka cuma baca satu berita dan kerana tidak memenuhi kehendak mereka, mereka kritik dan kutuk. Mereka malas hendak mengkaji dan membuat bacaan lanjut kenapa enjin Cosworth dipilih, malah apa signifikan Cosworth dengan Lotus menyebabkan ramai orang di negara barat tidak sabar menunggu kemunculannya dan kita sebaliknya mengkritik membabi buta.

Sebab itu bila orang suruh membaca, jangan setakat membaca URTV, Galaxie, Mastika atau blog anti kerajaan sahaja. Baca lebih banyak sikit. Wikipedia kalau nak lebih senang. Atau Google. Guna internet tahu pula.

Atau kamu tahu tapi anggap ianya tidak wujud? Itu namanya Bodoh Pandai.

Inilah sebenarnya mentaliti kampung yang wujud dalam ramai rakyat Malaysia. Mereka cuma tahu apa yang ada dilingkungan diri mereka. Selebih dari itu kalau wujud anomali baru, mereka cepat menjadi pasif dan negatif. We are breeding losers in this country. Bukan setakat itu. Kita sebenarnya menghasilkan manusia yang tidak tahu menilai mana yang baik, mana yang buruk sebaliknya apa yang orang lain buat adalah buruk, apa yang baik hanya datang dari diri mereka sahaja.

Ya, aku tahu. Kamu tetap akan salahkan kerajaan kerananya. Lebih senang, bukan? Sebab, siapa rajin nak salahkan diri sendiri? (Tengok kemalangan jalan raya pun cukup... semua salah orang lain, kecuali diri sendiri).

Bila nak dewasa ni? (Ops, sebab dewasalah menyebabkan kamu berfikiran macam budak-budak). Kanak-kanak sentiasa optimis dengan hidup mereka. Kamu tidak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan ( DinaWedding ). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai. Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku. Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO d...