Kadang-kadang kita boleh beri 1001 alasan untuk tidak mahu lakukan sesuatu. Aku boleh berikan alasan aku tidak selesa pergi ke gimnasium tanpa muzik di telinga (gimnasium di pejabat memang sunyi). Beberapa kali sebelum ini aku menggunakan telefon bimbit untuk mendengar lagu. Tetapi telefon bimbit agak besar dan tidak selesa. Semalam aku ambil keputusan untuk membeli pemain MP3. Lebih spesifik aku beli Apple iPod Shuffle. Mungkin kerana aku selesa menggunakan produk jenama Apple. Aku beli iPod Shuffle generasi terbaru berwarna hijau berkapasiti 2 gigabait. Cukuplah. Aku bukan ada banyak lagu untuk disumbat ke dalamnya. Kenapa tidak iPod Nano atau iPod biasa? Kerana iPod Shuffle; Agak murah; Kecil dan boleh diselit (dikepit) di baju atau seluar dengan mudah kerana ada pengepit; Tiada skrin LCD yang akan menelan kuasa bateri dengan pantas; Senang di bawa ke mana-mana; dan Tidak menyebabkan aku menghabiskan masa dengannya setiap masa. Harapnya ia boleh membantu aku bersenam dengan lebih se...