Sejak dari pejabat siang tadi, kepala aku berdenyut kesakitan. Migrain. Amat jarang berlaku. Tetapi bila sekali berlaku, ianya amat perit. Namun aku masih tetap tegas bertahan. Aku tidak mahu menelan panadol atau apa jua ubat penahan sakit. Sehingga sekarang.
Dalam keadaan sakit kepala, sempat juga aku singgah di Taman Wetland, Putrajaya untuk berfotografi. Okay, aku tidak tahu apa istilah yang betul. Jadi aku guna berfotografi.
Taman Wetland Putrajaya ada burung Flamingo. Ianya dibela kerana aku nampak sarang dan "reban" burung ini. Sepanjang merakamkan aksi flamingo ini, dalam hati berkali-kali berkata alangkah bagusnya kalau ada lensa telefoto.
Rupanya, flamingo suka menyelam kepalanya ke dalam air. Agak sukar hendak merakam gambar flamingo dalam air dalam keadaan kepala tegak. Ini aku ambil sepantas mungkin sebelum ianya menyelam kembali.
Daun bertaburan di bawah pokok menarik perhatian aku. Aku bermain-main dengan fokus untuk mendapatkan efek yang terbaik. Masih perlu banyak belajar. Lagipun aku tidak mahu meniarap. Jadi aku letak kamera hampir dengan tanah dan tekan trigger. Hasilnya kemudian lihat.
sakit2 pun sempat lagi? hmm...
BalasPadamAwak jugak nak tengok. hehehe.
BalasPadamhahaha... takde la sampai sakit pun kena berfotografi juga.tido je la...
BalasPadamKononnya fikir kalau fotografi, hilanglah migrain. Akhirnya tak juga. Hampir mahu tidur.
BalasPadamMigrain2 pun cantik gak gambar tu...tetiba rasa p'jaya ni cantik gak w/pun dah lama keje sini...Well done!
BalasPadamingatkan boleh hilang migrain kalau berfotografi. tak pun.
BalasPadam