Langkau ke kandungan utama

Putrajaya Wetland

Sejak dari pejabat siang tadi, kepala aku berdenyut kesakitan. Migrain. Amat jarang berlaku. Tetapi bila sekali berlaku, ianya amat perit. Namun aku masih tetap tegas bertahan. Aku tidak mahu menelan panadol atau apa jua ubat penahan sakit. Sehingga sekarang.

Dalam keadaan sakit kepala, sempat juga aku singgah di Taman Wetland, Putrajaya untuk berfotografi. Okay, aku tidak tahu apa istilah yang betul. Jadi aku guna berfotografi.

Inilah hasilnya.

Jalan menuju wakaf di tepi tasik.

Jambatan merentasi tasik. Laluan ini selalu aku tempuhi untuk pergi dan balik dari Putrajaya.

Semut. Susah sungguh untuk merakamkan gambar ini kerana angin sedang kuat bertiup.

Taman Wetland Putrajaya ada burung Flamingo. Ianya dibela kerana aku nampak sarang dan "reban" burung ini. Sepanjang merakamkan aksi flamingo ini, dalam hati berkali-kali berkata alangkah bagusnya kalau ada lensa telefoto.

Rupanya, flamingo suka menyelam kepalanya ke dalam air. Agak sukar hendak merakam gambar flamingo dalam air dalam keadaan kepala tegak. Ini aku ambil sepantas mungkin sebelum ianya menyelam kembali.

Menara tinjau. Kalau datang ke Wetland, naik menara ini. Kamu tidak akan menyesal.

Laluan "denai" di rumpuni tumbuh-tumbuhan. Sungguh sureal.

Bumbung menara tinjau. Atap kayu. Cantik.

Pelangi yang pertama kali dapat aku rakam dengan jelas dengan kamera.

Daun bertaburan di bawah pokok menarik perhatian aku. Aku bermain-main dengan fokus untuk mendapatkan efek yang terbaik. Masih perlu banyak belajar. Lagipun aku tidak mahu meniarap. Jadi aku letak kamera hampir dengan tanah dan tekan trigger. Hasilnya kemudian lihat.

Sungguh tidak selesa sekarang. Kepala migrain dan sedang selsema. Batuk sekali sekala menghiasi kesunyian malam. Aku patut tidur saja selepas ini.


Ulasan

  1. sakit2 pun sempat lagi? hmm...

    BalasPadam
  2. Awak jugak nak tengok. hehehe.

    BalasPadam
  3. hahaha... takde la sampai sakit pun kena berfotografi juga.tido je la...

    BalasPadam
  4. Kononnya fikir kalau fotografi, hilanglah migrain. Akhirnya tak juga. Hampir mahu tidur.

    BalasPadam
  5. Migrain2 pun cantik gak gambar tu...tetiba rasa p'jaya ni cantik gak w/pun dah lama keje sini...Well done!

    BalasPadam
  6. ingatkan boleh hilang migrain kalau berfotografi. tak pun.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...