Langkau ke kandungan utama

Nota Pendek

Lama sungguh aku berada di Langkawi kali ini. Hampir seminggu. Kalau tidak kerana kerja, aku rasa menjelang hari ke empat, aku sudah pasti bosan, tidak tahu hendak ke mana lagi. Ini short note yang aku boleh ingat sepanjang berada di sana dan kembali ke Putrajaya;

  • Tandas - baru aku sedar agak sukar hendak mencari tandas awam di Langkawi. Cuma anehnya di suatu kawasan kampung, ada papan tanda besar menunjuk arah ke tandas awam. Tetapi di Kuah atau di Cenang, tidak senang untuk kamu jumpa tandas awam. Pelik juga. Mungkin kerana orang kita tidak pandai jaga tandas awam.
  • Kereta Sewa - Kalau kamu sebelum ini pernah ke Langkawi dan senang untuk menyewa kereta pada harga yang murah, kali ini tidak lagi. Operasi JPJ dijalankan secara besar-besaran untuk membenteras kegiatan kereta sewa haram. Akibatnya kamu terpaksa bayar harga lebih mahal untuk menyewa kereta. Kalau kamu berani juga hendak menyewa kereta secara haram, bersedia untuk berdepan dengan road-block. Banyak ada di Langkawi. Oh, jangan lupa pakai tali pinggang keledar.
  • Monyet - Mereka ada di mana-mana di Langkawi. Masalahnya, tiada siapa beritahu kamu betapa beraninya monyet ini. Kalau kamu rajin bawa beg plastik (tidak kira apa isinya), bersedialah untuk diragut oleh monyet! Tetapi ada waktunya situasi sebegitu (plastik diragut monyet) boleh menjadi bahan ketawa apatah lagi kalau ianya melibatkan Pak Arab gemuk, anak perempuan yang menjerit seperti penyanyi opera dan anak lelaki yang rabak seluar akibat dikejar monyet.
  • Coklat - Oh, ada banyak jenis coklat di Langkawi. Tetapi ada juga manusia yang memesan Beryl's (buatan Seri Kembangan) dan Geisha (yang hanya ada di KLIA). Kemudian coklat standard yang dibeli adalah Hershey's, Nougat dan Daim. Hello, banyak coklat lain. Kalau tiap-tiap kali beli coklat yang sama bila pergi di Langkawi, bosanlah.
  • Perfume - Sebenarnya aku kurang berminat dengan perfume. Sebotol perfume Adidas yang aku beli hampir dua tahun lalu masih belum habis. Tetapi apabila ditarik masuk ke kedai perfume di Kuah oleh kawan-kawan dan mendengar diskaun yang diberi, aku akhirnya membeli sebotol Burberry Summer. Ahhh... Dreamy sungguh aromanya.
  • Laksa - Hampir seminggu di sana, aku makan lebih kurang 6 pinggan laksa Kedah atau di Langkawi orang lebih suka panggil Laksa Penarak (area tu nama Penarak - sebelah jeti). Bukti aku suka laksa.
  • Gajus - Eh, aku lupa beli gajus! Isk...
  • T-Shirt Langkawi - Err, aku bukan skema beli baju lokasi percutian.
  • Lensa kamera - Damn! Lensa kamera aku rosak!
  • Awek MAS - Semasa aku keluar dari kapal terbang dan masuk ke KLIA, seorang petugas MAS sedang menunggu di hadapan pintu, mungkin untuk menunjuk arah jalan kepada penumpang. Comel sungguh! Pakai tudung dengan senyuman yang menarik. Sekali aku tengok, kemudian aku patah balik dan tengok sekali lagi. Dia senyum sekali lagi. Hahaha. Puas hati. Takpe, biar aku perasan sorang-sorang.

Ulasan

  1. Oh ye, memang kalau ke Tasik Dayang Bunting ada banyak peragut plastic bag. Kesian juga sebab monyet-monyet ni nak makan.. rasanya kat pulau tu pun takde pokok buah-buahan kot. Pernah nampak monyet tengah menonggang botol Sprite. Tak sampai hati melihatnya.

    Rasanya kalau pihak berwajib tanam banyak pokok buah kat situ mungkin monyet-monyet ni kurang nak meragut beg pengunjung.

    BalasPadam
  2. Rasanya monyet semua sudah terbiasa disuap makanan. Jadi bila mereka nampak saja plastik, secara automatik mereka kejar. Kalau sudah banyak, maka berebutlah.

    BalasPadam
  3. Monyet 21 century, makan nak dalam plastik, tak nak panjat pokok lagi dah :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon