Luar sana hujan rintik-rintik sejak tadi. Sejuk cuaca alam, ditambah dengan deruan angin dari kipas yang berputar semeter jaraknya dari kepala. Aku suka cuaca sejuk. Baik atau tidak untuk kesihatan, itu tidak penting.
Malam tadi baru aku selesai menontoh filem New Moon, sebuah daripada saga Twilight. Cerita yang menarik. Kebetulan beberapa hari sebelum, semasa di Thistle Johor Bahru, aku menonton Twilight di Star Movie. Itulah pertama kali aku menonton saga Twilight. Mungkin sedikit aku boleh katakan, aku sudah menjadi peminatnya. Tetapi tidak mungkin aku akan membaca novelnya. Mana ada masa. Novel Pramoedya aku beli tempohari pun masih belum aku sentuh.
Kata sudah tiba waktu santai hingga pertengahan Januari nanti. Nah... Belum rasanya. Ada lagi kerja yang mendesak di pejabat. Sesuatu yang aku rimas. Kerja orang lain, terpaksa aku lakukan. Cukup mengenai pejabat.
Secara nyata juga, kamera Canon 400D aku sebenarnyalah yang rosak, bukan lensa Tamron yang aku baru beli kira-kira 6 bulan lalu. Aku masih berkira-kira sama ada aku mahu membaikinya atau aku kumpul duit dan beli kamera baru. Pilihan untuk membeli yang baru itu amat menarik kerana kamera sekarang agak usang dari segi teknologi dan keupayaannya. Walaupun aku tidak perlukan megapiksel yang besar, aku masih perlukan teknologi memproses gambar di dalam kamera yang lebih canggih dan aku rasa aku sedikit perlukan fungsi "live view" iaitu fungsi merakam gambar melalui sudut skrin LCD.
Tetapi kamera Canon 500D atau Nikon D90 agak mahal harganya. Aku tidak berminat dengan Canon 450D atau Nikon D3000 kerana ianya agak biasa dari segi keupayaan.
Oleh itu, aku perlu kumpulkan duit. Maka aku mula berniaga. Aku menjual laptop/notebook PC dari jenama HP, Compaq, Acer dan Toshiba pelbagai model. Aku akan senaraikan kemudian nanti. Ianya sedikit murah daripada harga pasaran. Ianya unit-unit baru (fresh), bukan second-hand. Kalau kamu berminat, emel atau hubungi aku. Jumlah agak terhad.
Selebih daripada itu, aku perlu tidur. Jam sudah 1.58 pagi.
Salam... hehehe... nasib kita nampaknya sama... kamera saya pun rosak juga.... rupanya kamera jenama terkini ini mempunyai jangka hayat yang sudah di tetapkan... bila tiba masanya suka atau tidak suka ia tidak boleh digunakan lagi.
BalasPadamBerbeza dengan jenama klasik yang boleh digunakan sehingga bila-bila pun jua.
Ini rupanya kekangan teknologi baru yang berasaskan keuntungan dan wang ringgit....
Hi Abang Idan... kita pun minat sangat Twilight... berulang-ulang kali menontonnya... New Moon belum sempat lagi menonton... fuhhh
BalasPadam