Langkau ke kandungan utama

Aku Tidak Akan Sertai Mana-Mana Kumpulan Yang Memanipulasi Keadaan Untuk Kepentingan Mereka Sendiri!

Sudah aku katakan dalam post sebelum ini, kumpulan Facebook yang kononnya berjuang untuk menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam tidak lebih daripada bersifat politik. Hampir semua moderator dan orang penting dalamnya adalah penyokong, malah pemimpin sebuah parti politik. Sekali sekala, kamu sendiri boleh nampak mereka ini mengeluarkan kenyataan berkaitan parti politik lawan mereka dari sudut negatif. Ini kerja politik psikologi mereka untuk menarik sokongan golongan atas pagar.

Sebab itu aku tidak mahu sertai mereka. Itu pilihan aku. Kerana aku nampak mereka mengambil kesempatan atas isu ini untuk memperjuangkan politik, bukan memperjuangkan Islam dalam erti kata sebenar.

Pastinya nanti kamu fikir,

"Aku join kerana aku sokong usaha menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam, itu saja. Aku tidak sokong politik mereka."

Tapi kamu juga perlu fikir, setakat mana ianya berjaya dilakukan? Kalau aku perhatikan (ya, aku memerhatikan), apa yang sering terjadi adalah pemimpin kumpulan ini sering akan mengeluarkan kenyataan negatif parti lawan sebagai hujah. Itu saja. Tiada pun aku lihat mereka keluarkan kenyataan mengapa mereka menentang, kenapa, bagaimana dan untuk apa. Sebaliknya meletakkan kesalahan dan menuduh orang lain yang bersalah.

Aku mahu orang melayu bijak berfikir. Bukan sekadar mengikut arus. Kadang-kadang kita perlu menongkah arus demi mempertahankan pendirian dan maruah kita. Kalau kita sekadar ikut tanpa kita faham apa yang ada di hadapan kita, apa guna jadi manusia yang diberi akal dan fikiran?

Akhirnya aku mahu bertanya kepada kamu; kamu sembah Tuhan atau kamu sembah nama Tuhan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...