Seperti yang aku katakan sebelum ini, tidak sepatutnya aku cuma mendengar kata-kata dari orang lain, sedang di pihak yang sebenarnya, realitinya berbeza. Aku temui jawapannya dari sudut yang aku tidak sangka. Kalau aku tidak berganjak atau terus berlalu saja, mungkin terlepas segala peluang untuk aku ketahui realiti sebenar.
Begitulah kehidupan.
Saat ini, seperti yang aku bisikkan kepada diri sendiri, aku amat bahagia. Walaupun detik masa yang mendatang masih belum menjanjikan untuk terus tersenyum, sekurang-kurangnya sudah tahu hakikat sebenar. Itu sudah cukup bagi membuka mata dan hati ini dengan lebih luas.
Sang pembawa khabar tadi dalam sejenak waktu, telah berjaya merungkaikan kekusutan jiwa selama ini. Malah, lebih daripada itu, mahu saja aku bersujud di kakinya tanda terima kasih tidak terhingga kerana telah membuka mata aku ini dengan lebih luas.
Begitulah kehidupan.
Hari dan detik seterusnya akan aku isi dengan segala harapan dan usaha. InsyaAllah.
Begitulah kehidupan.
Ulasan
Catat Ulasan