Kerja-kerja pembinaan bangunan baru di sebelah pejabat sudah bermula sepenuhnya. Minggu lepas mereka sudah mula menanam 'piling' ke dalam tanah. Kerja bising ini akan berterusan untuk beberapa ketika, itu pasti.
Aku guna lensa zoom 200mm untuk merakam pemandu yang sedang mengendalikan kren di tapak pembinaan tersebut. Aku tertarik dengan tong dan botol yang diletakkan di atas kren tersebut. Macam sampah. Tetapi pasti ada gunakan semua itu.
Kalau kamu perhatikan betul-betul, kerja pembinaan adalah suatu kerja yang leceh dan ianya perlu dilakukan satu per satu. Contohnya mengangkat barang berat dari satu lokasi ke lokasi lain. Ianya dilakukan dengan penuh berhati-hati dan 'perlahan'.
Aku teringat filem Star Wars dan juga siri animasi Animatrix mengenai robot yang bekerja di tapak pembinaan. Mungkin, tidak lama dari sekarang, ianya akan berlaku begitu. Kerja-kerja 'berbahaya' dan 'precision' ini akhirnya akan diambil alih oleh robot. Itu andaian aku.
Aku masih belum tahu apa sebenarnya akan dibina di tapak pembinaan ini. Kalau dilihat secara kasar, bangunan ini nanti tidak mempunyai aras bawah tanah. Juga, tanah tidak diratakan terlebih dahulu. Sebaliknya kerja-kerja 'piling' dilakukan di atas tanah bergredien. Apa yang mereka mahu bina?
Ulasan
Catat Ulasan