Tempohari, sewaktu berbual-bual dengan seorang rakan di YM, aku ditegur supaya berbual dengan lebih kasual. Aku beritahu, begitulah cara kasual aku. Namun kata beliau, cara aku terlalu 'rasmi'.
Aku sedar, apabila berbicara atau menulis di internet, selalu aku gunakan Bahasa Melayu standard. Seboleh-bolehnya aku mahu menulis sebegitu. Aku tidak mahu rosakkan bahasa. Malah aku sebenarnya jelik melihat orang menulis dalam bahasa campur aduk dan 'rosak'.
Maksud aku, apahal dengan perkataan "jew" yang sebenarnya sama saja kalau kita tulis "saja" atau lebih malas, "jer" atau "je"? "Jew" setahu aku adalah perkataan Bahasa Inggeris untuk Yahudi. Itu saja. Adakah kamu bermaksud begini apabila menulis;
"Kamu boleh bermain biola?"
"Sikit-sikit 'Yahudi', bang."
Ya, ketawa. Aku tambah jelik kalau lelaki yang guna perkataan "jew" sebagai ganti "jer" atau "je". Kamu pondan atau lembut? Kalau ya, aku tidak kisah. Kalau tidak, stop it!
Juga, banyak perkataan lain yang diubah supaya mungkin nampak lebih cool. "Sekarang" jadi "Skunk". Skunk adalah Bahasa Inggeris untuk seekor binatang yang boleh mengeluarkan cecair amat busuk dari punggungnya. Kalau kamu budak-budak zaman dulu, kamu mungkin kenal dengan watak kartun binatang Pepe Le Pew, seekor skunk berwarna hitam berjalur putih. Kalau kamu tidak kenal, nasiblah.
Aku fikir, ada baiknya kita menulis menggunakan bahasa yang betul. Kalau mahu guna bahasa pasar, biar ala kadar, bagi menyedapkan cerita. Tetapi kalau kita mengubah ejaan, ianya sama seperti kamu mengambil cat biru, kemudian kamu warnakan di kelopak ros merah. Tidak akan secantik mana.
Kamu tahu, aku sedar betapa pentingnya menulis sebegini daripada blog seorang punk, seorang penulis yang amat popular di kalangan pembaca blog. Kalau dia seorang punk boleh menulis dalam Bahasa Melayu yang baik, kenapa tidak kamu?
Bak kata P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok,
"Bahasa melambangkan bangsa"
samer juger dgn yunk inie,
BalasPadamkitew
korunk
owunk
mnyampah kan?
Hehehehe sangat setuju dengan topik ni. Bertambah memeningkan bila cuba-cuba nak faham sms yang dihantarkan di Astro Chat@15 tu. Payah betul nak decipher :)
BalasPadamAtau Ain, kita mungkin sudah terlalu tua. Hehehe.
BalasPadamHehehe mungkin ada kebenarannya :) Cuma kalau sekarang dah jadi skunk.. kita jadi kitew, dalam periksa BM nanti takut terbawa-bawa pulak waktu esei. Haru.....
BalasPadamBetul.
BalasPadamAgar sukar hendak meninggalkan komen di blog Ain, apabila perlu membuat pengesahan. Tak nampak ruang untuk menulis.
Uik, ye ke?
BalasPadamNanti saya tengok apa yang tak kena sebab bila saya click nampak macam ok je..
Huh.. patutlah sunyi sepi :D