Langkau ke kandungan utama

Projek Pertama Tahun 2010



Ini tugasan besar aku untuk tahun 2010, menyiapkan laporan tahunan jabatan untuk tahun 2009. Ini design mock-up pertama yang dihasilkan setelah hampir seminggu memerah idea. Masih ada yang 'longgar', dan akan diperbaiki lagi.

Aku mahu tekankan konsep retro. Garisan dan warna yang digunakan juga bersifat retro. Itu tema yang aku mahu cadangkan kepada pengurusan. Harap mereka bersetuju. Tetapi kenapa retro? Sebenarnya ia adalah kritikal sinikal. Aku pernah ditunjukkan dengan laporan tahunan yang berkonsep lama dan itu yang mereka cadang aku hasilkan. Gaya lama (yang sebenarnya cuma sekadar teks dan sekeping dua gambar) dengan corak lama.

Jadi aku melangkah kebelakang lebih jauh. Aku perkenalkan retro supaya mereka sedar, lama tidak semestinya bosan. Aku mahu ianya kelihatan cool dengan warna-warna kontras yang menarik. Ada lagi design retro yang akan aku hasilkan, InshaAllah.

Apa komen kamu?

Ulasan

  1. Salam. Kalau ikut taste saya, background hitam dan warna yang minimum memang nampak elegant. Tak tahan mata bila tengok satu page penuh kaler macam rainbow :P Hilang fokus dibuatnya.

    Cuma bila saya enlarge image tadi, font nampak halus sangat dan mungkin background di bahagian tulisan sepatutnya tidak terlalu transparent. Ini kerana corak jaluran putih di belakang tulisan bewarna putih tu sedikit mengganggu tulisan..

    Mungkin di skrin je nampak begitu, kalau dah print mungkin lain pula rupanya :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Buku ini sebenarnya bersaiz 23cm x 23cm. Font yang digunakan adalah bersaiz 10pt yang kalau ikutkan, sudah sesuai dengan saiz buku. Tetapi imej ini mungkin tidak memberi justifikasi sebenar.

    Ada beberapa design lagi akan dilakarkan, inshaAllah. Yang ini pun perlu tambahbaik lagi.

    Apa pun, terima kasih kerana memberi pendapat yang berguna untuk saya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon