Langkau ke kandungan utama

Thinking Threads

Seorang rakan di pejabat sedang kemaruk dengan lagu Turn And Turn Again oleh All Thieves. Sebenarnya, aku juga begitu. Lagu yang amat merdu untuk permulaan tahun 2010 ini. Kerana itu, aku salahkan Ain dan blognya, Thinking Threads. :-)

Aku cuba mencari lagu lain karya All Thieves namun belum aku temui.

Blog Thinking Threads karya Ain adalah antara blog yang sentiasa aku ikuti sejak lama dulu. Blog ini sentiasa berubah reka letak dan tajuk, namun hasil karya tetap sama, menarik. Kisah kehidupan yang biasa kamu baca di mana-mana. Tetapi kamu tahu kualitinya bagaimana. Kamu boleh bezakan gaya orang yang sudah lama menulis, seperti Ain.

Sebab itu juga link ke blog Thinking Threads sentiasa berada dalam blog aku. kamu baca dan hayati sendiri cerita-cerita menarik beliau, sambil dengar Turn And Turn Again dimainkan di blog tersebut.

Oh, terima kasih Ain kerana lagu tersebut. Amat menarik untuk memulakan tahun 2010 ini.

Ulasan

  1. Assalamualaikum, Idan.

    Baca je entry ni terus blushing hehehe Terima kasih.. bab kualiti tu terpulang pada yang membacanya.. dalam ada yang suka pasti ada pulak yang tak berkenan.. adatlah tu, ye tak? :D

    Bab lagu All Thieves tu, saya mula meminatinya lepas tonton satu episod Grey's Anatomy. Seriously, selain ceritanya yang menarik, series ni pada tiap season akan mengeluarkan sountrack yang terdiri dari lagu-lagu yang menarik. Sejujurnya, soundtrack GA dah banyak mengajar taste saya dalam music.. atau mungkin bila dah makin dewasa, music macam ni yang lebih kena di telinga...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...