Saya mungkin tidak sempurna buat kamu.
Tiada yang diingini sifatnya.
Atau hanya sekadar seorang sahabat, keadaannya.
Saya mungkin tidak dipandang sebelah mata pun, cirinya.
Atau hanya bila mendesak, saya dicari.
Tetapi apa jua pun, Saya mahu kamu tahu cuma satu.
Sejak 3 tahun dulu, saya letak kamu di paling atas dalam hati ini.
Mahu saja saya tunggu 3 atau 10 tahun lagi.
Tetapi apa guna kalau sekadar tunggu mengharap.
Maka, detik ini saya berkata, suka saya ada tempohnya.
Kalau benar hati kamu masih tidak mahu terima, tidak mengapa.
Mungkin Tuhan berkata ini bukan jalannya.
Cuma sekadar ini saja di hari begini.
Moga hidup kamu sentiasa indah bahagia.
Doa saya, agar hidup kamu lebih ceria selepas ini, walau ada atau tiada saya.
amin..amin..
BalasPadambuat solat hajat abg idan..
if u really insist..
=)
tidak salah berusaha lebih. tapi sebelum itu pastikan adakah ia berbaloi dan buka mata hati itu seluas-luasnya. kadang mata tidak mampu mendasari apa yang orang itu mksudkan =)
BalasPadamThis comment has been removed by the author.
BalasPadam