Dulu semasa rajin berkurus di Hulu Langat, setiap bulan aku berpeluang mandi sungai. Resort tempat berkursus membuat empangan di sungai dan akibatnya terbentuk sebuah kolam sementara dengan aliran air sungai yang begitu sejuk dan segar.
Semalam aku diajak berkelah di Sungai Congkak. Sudah lama aku tidak ke sini. Sudah banyak yang berbeza.
Air tidak sesejuk yang dijangka tetapi masih segar. Kawasan agak bersih walaupun masih ada manusia yang bebal tidak tahu bagaimana hendak membuang sampah. Tempat mandian agak cetek tetapi cukup selesa untuk santai sambil berbaring di celah batu dan membiarkan air deras mengalir melintasi badan.
Aku memerhatikan si dia dan rakan-rakannya begitu seronok bermain air. Aku ruangkan masa sedikit untuk berfotografi. Aku cuba merakam aliran air dan hasilnya agak memuaskan, Itu percubaan kali pertama. Selepas ini mungkin aku akan lebih rajin 'bermain dengan air'.
Petang semalam, bersamanya dan rakan-rakan, aku sungguh selesa dan gembira. Bukan selalu dua hari di penghujung minggu dipenuhi saat-saat bersama orang lain. Biasakan berseorangan di sudut sunyi di kedai buku atau memandu sendirian mencari cahaya senja untuk dirakam.
Petang semalam, hidup terasa seperti kembali dihargai.

Ulasan
Catat Ulasan