Selama ini kalau aku ke MidValley, destinasi makan aku cuma di restoran makanan segera. Itu saja yang mudah dimakan dalam kompleks pasaraya yang padat dengan pengunjung.
Namun bila pergi dengan si dia, aku dibawa makan makanan yang aku tidak pernah sangka aku akan makan, apatah lagi memikirkannya. Kalau aku lalu pun depan kedai dalam food court tersebut, pasti aku tidak pandang. Makanan cina dan dalam kepala fikir, tidak mungkin halal.
Si dia yang pernah bekerja di MidValley suatu masa dulu pasti lebih mengetahui. Dia memperkenalkan aku dengan pan mee. Mee keping (seperti kuey teow) berkuah ikan bilis, daging ayam kisar, ikan bilis dan rumpai laut. Pertama kali merasa (kerana aku makan pan mee goreng - konon kerana kurang menyukai mee berkuah), terus teruja. Mungkin kerana kuah ikan bilis yang sangat sedap.
Kalau kamu ke MidValley dan tidak tahu apa yang hendak dimakan, cuba pan mee ini di foot court berhampiran Machines. Jangan risau, ianya halal.

Pan mee |
Pan mee goreng |
Ulasan
Catat Ulasan