Lewat petang, sementara menunggu waktu yang sesuai untuk ke Laman Kasih, aku bersamanya meneruskan perjalanan melihat sekitar kawasan berhampiran. Tiba di satu tasik yang cukup indah pemandangannya. Selama ini aku hanya berkesempatan melihatnya dari lebuhraya ketika perjalanan balik ke kampung halaman.
Inilah Tasik Biru yang terletak di Kuang, Selangor. Airnya jernih. Malah di suatu sudut, kelihatan kanak-kanak sedang mandi manda. Di satu sudut lain, terdapat gerai makanan di gigi air tasik.
Tiba kami di lewat senja, maka suasananya agak gelap. Berbekalkan kamera digital biasa, aku cuba merakam suasana Tasik Biru.
Pasti selepas ini aku akan datang lagi dengan kamera yang lebih berkuasa dan harapnya dalam keadaan cuaca yang baik; langit biru dan awan memutih.

Ulasan
Catat Ulasan