Nampak malas sungguh aku menulis blog pada tahun ini. Sehingga Mac ini, baru 21 post. Bulan Mac baru ada tiga post. Itu pun satu daripadanya hanya lagu yang dipetik dari YouTube. Jadi aku cuma menulis dua post sahaja pada bulan ini. Kalau ditanya mengapa, aku tiada jawapan yang pasti. Aku duga, kerana aku lebih gembira sekarang maka aku kurang hendak bercerita mengenai kesedihan, sunyi dan kecewa. Aku hairan kenapa cerita gembira aku tidak boleh terluah dengan tulisan di sini. Mungkin di hati ini berkata, cukup untuk diri sendiri menikmatinya. Atau mungkin tahun ini adalah tahun rehat aku. tahun meluangkan masa dan kurang menulis. Lebih memerhati. Atau mungkin kerana aku sedang belajar berkomunikasi dengan Zura. Kerana aku sudah lama tinggalkan cinta. Jujur aku tidak tahu jalan dan cara untuk mengambil hati orang. Kena belajar perlahan-lahan. Aku tahu ada kala Zura tersinggung dengan tingkah laku, kata-kata dan perbuatan aku. Dia lebih banyak bersabar. Aku sedang belajar untuk memperba...