Makan malam terakhir, McDonald's; Double Spicy Chicken McDeluxe large value meal + Chocolate Sundae, bubur ayam McD saiz besar. Dapat gelas "Coke Can" berwarna lime. Aku tanya Zura, lime warnanya macamana? Jawab Zura, seperti hijau yang sangat muda. Dia maklum aku rabun warna. Kami duduk di suatu sudut di dalam McDonald's di Pusat Bandar Damansara, menikmati makanan sambil sekali sekala menjeling ke arah skrin televisyen yang sedang menayangkan filem The Nutty Professor. Makan tengahari terakhir, Burger King; French Chicken dan Spicy Chicken set biasa. Kami dalam perjalanan ke Puduraya. Turun di stesen LRT Masjid Jamek, waktu sudah tengahari. Sarapan belum. Jadi, terus saja makan tengahari. Aku mengeluh kerana beg Zura terasa begitu berat sewaktu aku mengangkatnya. Dia buka zip beg dan menjenguk lihat apa barang yang membuatkan beg terasa begitu berat. Kami meneruskan makan tengahari dan bercerita dalam suasana yang terasa damai walaupun di luar sana nampak manusia ke...