Langkau ke kandungan utama

Tujuh Hari Dari Sekarang

Aku sentiasa cuba ingatkan pada diri sendiri bahawa semuanya akan okay. Apa yang aku buat ini adalah perkara yang baik, perkara yang sangat disukaiNya. Ianya perjalanan yang seterusnya.

Aku sentiasa cuba ubati hati ini bahawa segala kesusahan hidup yang pernah dan sedang dilalui akan reda bila selesai semua ini. Kerana ianya suatu ibadah yang diredhaiNya. Ianya suatu penghijrahan, kepada yang lebih baik.

Orang bertanya, adakah aku sudah bersedia?

Jawapan aku, entah. Ya. Mungkin. Belum. Tengoklah macamana nanti.

Orang bertanya, adakah aku gementar menanti harinya?

Jawapan aku, tidak. Aku tidak tahu keadaan dan perasaannya sekarang. Mungkin bila tiba pada waktunya, baru aku tahu. Sekarang masih belum.

Apa yang hendak dijangkakan? Aku sentiasa andaikan, hidup ini sebenarnya indah. Life is beautiful. Itu yang aku sering taburkan kepada sahabat yang sedang berduka, kepada mereka yang 'hilang arah tujuan'.

Ya, hidup ini sebenarnya indah. Aku harap ianya begitu. Aku sudah nampak sedikit demi sedikit, dari balik tabir hidup yang semakin hari semakin menyerlahkan suasananya. Bila pertama kali menjejak kaki di dalam rumah sendiri; merancang di mana katil, sofa dan set meja makan hendak diletak. Melihat kontraktor mengukur tingkap dan ruang dapur untuk membina jeriji besi dan kabinet. Pergi bersiar-siar bersama Zura melihat set meja makan, set sofa dan peti ais baru yang mahu dibeli.

Aku sudah tiba di situ, di tempat yang suatu masa dulu pernah aku impikan tetapi kerana keadaan, aku hanya pendamkan niatnya. Kalaulah aku boleh berikan lebih dari itu. Orang kata,

"Slow-slow kayuh, Dan..."

Ya, sikit-sikit. Take your time, Idan.

Tujuh hari dari sekarang.

Ulasan

  1. Salam Idan..sebenarnya aku baru je publish aku punya blog. Tak sampai beberapa hari pun, tak sangka pulak kau dapat jumpa dengan cepat. At last, you've found your long lost faith. Aku dulu mcm tu jugak Idan, mcm-mcm perasaan aku rasa sblm kahwin..biasa la tu. Yang paling penting dalam berumahtangga ni adalah mesti ada sifat mengalah..kalau takda maka tak lama lah jodoh kau. Percayalah cakap aku Idan..berselisih pendapat memang selalu terjadi..Alhamdulillah dah masuk 9 tahun aku berumahtangga..semuanya dalam keadaan yang membahagiakan..rahsianya nanti bila kau dah kahwin aku cerita.

    BalasPadam
  2. I believe that u'll be a good father & a good husband. Insyaallah...

    Tahniah dan semoga segalanya berjalan lancar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak kutunjuk perasaan O dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hemm... Hemm Dinda puspa gemala Mestika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda P.Ramlee - Anakku Sazali ==== Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi. ==== Berkorban Apa Saja Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia P.Ramlee - Hang Tuah ==== Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah peng...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...