Langkau ke kandungan utama

Azam

Ye, aku tahu. Sudah berapa kali berazam tapi masih belum ditunaikan.


Aku mahu saiz badan aku seperti di atas kembali. Bawah 80kg, bukan 90kg seperti sekarang. Nampak lebih sihat dan fit. Nampak lebih segak, agaknya. Heh.

Zura agak terkejut aku ada banyak helai baju yang langsung aku tidak pakai padahal ianya masih baru dibeli. Alasan aku, bentuk badan aku tidak mengizinkan. Ramadhan ini pun agak sukar hendak aku penuhi niat aku, menjadi kurus. Makanan yang disediakan oleh Zura sangat sedap dan menyelerakan.

Tapi hari ini awal pagi tadi bila aku pakai seluar kerja, rasa badan lebih kecil sedikit daripada biasa.

:D

There is hope.


Ulasan

  1. dah kahwin memang macam tu idan..tapi bila kau dah ada anak esok Insyallah akan berhasil azam kau..lagi-lagi kalau anak kau dah mencecah tiga orang...tak sempat badan kau nak naik dok melayan kerenah anak-anak..he..he..he..

    BalasPadam
  2. Aku rasa sekarang pun dah kurang sikit Bob. Dulu aku keje dok bedal fast food dan makan luar je. Sekarang ni makan di rumah, ala kadar jugak la.

    Itu yang bagus kot. Hehehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kereta Ku Lari Gagah Berani!

Aku memandu sebuah Perodua Kancil ke pejabat setiap hari bekerja. Perjalanan sejauh lebih 25km dari Bandar Sunway ke Putrajaya aku lalui seorang diri. Jadi pada fikiran aku, Kancil adalah kenderaan yang sesuai untuk jarak perjalanan dan jumlah isi pengguna di dalam kereta tersebut. Maksud aku, tidak perlu memandu sebuah MPV besar untuk ke pejabat jika setiap masa ianya hanya akan diisi dengan orang manusia.
Aku dan Zura sejak awal kenal sering berkata bahawa akan tiba masa kami memerlukan sebuah kenderaan baru. Zura mahukan sebuah MPV kerana mudah untuk membawa barang dan mungkin, membawa saudara mara ke sana sini. Praktikal dan berfikir secara logikal. Aku lebih sukakan sebuah kereta saiz sederhana kerana memikirkan 90% daripada masa penggunaan kereta itu nanti, aku atau Zura akan bersendirian memandunya.
Lagi pun, biras aku sudah membeli sebuah Proton Exora walaupun anak masih seorang. Nampak selesa dan bila balik berhari raya tempohari, Exora itu sangat membantu membawa kami ke sana …

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel.



Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap.



Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak la…

Apple Mac - Cerita Aku 1

Aku pakai komputer jenama Apple di rumah dan di pejabat. Laptop MacBook Pro aku beli menggantikan laptop Acer Aspire (sudah dijual) dengan tujuan sebenar untuk kerja sampingan sebagai video editor dengan sebuah studio perkahwinan (DinaWedding). Aku sudah menggunakan Apple iMac di pejabat sejak penghujung 2006 lagi. Secara umumnya, banyak kerja aku melibatkan senireka grafik menyebabkan komputer Apple menjadi pilihan paling sesuai.

Aku pernah dan sering ditanya serta aku yakin di luar sana ramai juga yang ingin mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan komputer jenama Apple. Jadi aku fikir lebih baik aku kongsi pengalaman aku.

Komputer jenama Apple secara umumnya adalah komputer peribadi/workstation/server yang dibina dan dijual sendiri oleh syarikat Apple Inc. dan menggunakan sistem operasi (Operating System) jenama Mac OS. Suatu ketika dulu ada syarikat pengeluar komputer yang mengeluarkan komputer dengan menggunakan sistem operasi Mac OS namun begitu semenjak Steve Jobs (CEO dan p…