Langkau ke kandungan utama

37 Tahun, 1 Hari Kemudian

Biasanya pada hari lahir, aku akan menulis sebuah post di sini menandakan hari permulaan di usia yang baru. Namun begitu, akibat cuti dan bersantai sepanjang masa semalam, aku tidak menulis. Sebaliknya aku membalas ucapan selamat hari lahir yang dikirim oleh sahabat dan kenalan di Facebook, telefon, emel dan blog.

Sesungguhnya ada beberapa kelainan di hari lahir semalam. Pertama kali ucapan selamat mencecah hampir 100 orang. Tahun lepas aku dengan sengaja membuang informasi tarikh lahir di Facebook beberapa hari sebelum tarikh itu tiba. Hasilnya, tidak ramai yang sedar hari lahir aku telah tiba.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sambut hari lahir di restoran makanan segera. Kalau pada tahun-tahun yang lepas, aku makan sambil membaca buku atau majalah berseorangan. Tahun ini aku makan sambil berbual-bual dengan isteri tersayang. Sesungguh tidak ada apa yang perlu diubah mengenainya. Aku mahu lakukannya tahun hadapan dengan isteri dan anak pula, inshaAllah.


Malam hari lahir, aku dihidangkan dengan sebuah kek batik yang dibuat sendiri oleh Zura. Lucunya, semua bahan yang digunakan, dibeli oleh aku sendiri! Aku hampir lupa kenapa Zura mahu buat kek pada waktu itu hingga tiba jam 12 malam bila Zura menghidangnya di hadapan aku. Ah, really a very pleasant surprise. Sebenarnya, hari sebelumnya Zura sudah bertanya kek apa yang aku mahukan pada hari lahir nanti. Aku beritahu yang aku tidak mahu kek. Malah aku tidak mahu apa-apa. Cukup sekadar dia ada di sisi, itu sudah merupakan hadiah yang terbaik. Cukup sekadar tahu di dalam rahimnya, ada anak yang sedang menanti untuk melihat dunia. Itu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup ini.

Benar, Yang Maha Esa mengurniakan anugerah dan rezeki kepada kita dalam keadaan yang kita tidak sedari dan peduli. Hanya bila ianya terjadi, maka barulah kita sedari. Terima kasih, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 2

Sambungan koleksi gambar MRSM Balik Pulau, circa 2003. Ini bas maktab suatu ketika dulu. Aku sudah tengok bas baru. Tapi bas lama ini sungguh manis kenangannya. Kami menyanyi gembira setelah muncul johan bolasepak under-15 dan under-18. Pergi berkelah di Batu Feringgi atau melawat Botanical Garden. Pergi trip ke MRSM Berseri dengan ditemani bumbung bas yang bocor. Ianya suatu kebanggaan dapat naik bas ini suatu ketika dahulu. Masa itu tidak semua sekolah ada bas sendiri. Jadi kira hebat la. Baru sekarang aku terperasan, bas tersebut ada iras-iras Penang Yellow Bus. Hmm... Padang. Kalau masa aku pergi tahun 2003 dahulu ada sign board tertulis, "Home of The Cougars", merujuk kepada pasukan ragbi maktab. Mungkin pada ketika itu ianya amat kuat. Memang ragbi masa zaman aku pun kuat juga, tapi tidak sehebat team bolasepak yang dibentuk sejak kami form 2. Sepanjang itu hingga ke form 5, kami tidak pernah tewas satu game pun (betul tak Carrie?). Jadi johan Under-15 dan Under-18 nege...

Singgah Sebentar

Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang. Kamu semua datang dari mana? Baca dan tengok sajalah apa yang ada di dalam ini ya. Cuma maaf, blog ini tidak ada gossip, gambar lelaki melayu bangga minum beer, lurah dada perempuan atau apa-apa saja perkara berbentuk sebegitu. Oh ya, kalau kamu yang masih lagi mencari laman web menjual tiket bas secara online, cuba Maraliner Entah, ramai betul yang datang ke sini kerana mencari laman web menjual tiket bas secara online. Google sajalah nama syarikat bas ekspres yang kamu tahu. Mungkin ada, mungkin tidak.  Aku suspek ramai antara pengguna internet tidak tahu cara mengguna enjin pencari seperti Google dan Yahoo!. Hmm... Ada sesiapa mahu keluarkan ebook cara-cara menggunakan enjin pencari Google dan Yahoo! atau lain-lain? Boleh buat duit jual ebook kepada orang ramai. Sekarang orang beli apa saja ebook. Itulah yang pelik. Sampai tips mudah mendapat kerja kerajaan pun dibuat ebook dan dijual. Malah ...

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l...