Qaseh seorang bayi yang aktif dan penuh tumpuan. Bila dibiarkan di hadapan televisyen, beliau akan memerhatikan segala pergerakan di kaca TV dengan penuh minat. Kadang-kadang reaksi tubuh badannya begitu aktif. Aku sedari, untuk mendidik dan membesarkan seorang seperti Qaseh, aku sendiri perlu sihat walfiat, bertenaga dan 'fit'. Aku tahu masa mendatang kelak beliau akan mahukan lebih daripada aku. Beliau akan berlari ke sana sini dan aku perlu mengejarnya dan menjaga langkahnya. Beliau akan mahu mengayuh basikal dan aku perlu ada di sisinya. Beliau akan sentiasa mahu melompat ke sana sini dan bermain sepanjang masa, maka aku perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk semua itu. Dalam keadaan aku sekarang, mustahil. Dalam keadaan sekarang, aku terlalu 30 kilo terlalu gemuk untuk itu semua. 30 kilogram! Aku tertanya-tanya dalam diri ini, bagaimana boleh aku buang 30 kilo itu dari badan ini? Kalau tidak 30 kilo, bagaimana hendak buang 20 atau sekarang 10 kilo buat permulaan i...