Dari sehari ke sehari aku alami masalah untuk lena tidur waktu malam. Tambahan pula Qaseh sekarang sangat kerap tidur lewat. Kadang-kadang kami tidur hampir jam 3 pagi. Itu pun aku masih terkial-kial untuk lena. Anxious mungkin. Perasaan tidak tenteram dalam diri ini. Jadi badan semakin lemah dan semakin memberat kerana metabolisme tidak berfungsi dengan betul.
Beberapa hari lalu aku kembali berusaha untuk diet dan bersenam. Aku download video dan informasi mengenai diet dan senaman. Mulanya aku tertarik dengan kaedah diet Atkins. Ianya sejenis diet protien di mana kita utamakan protein dan tinggalkan karbohidrat. Aku cuba sehari. Memang boleh buat tetapi ianya sungguh tidak menyenangkan. Makan tetapi masih terasa lapar, itulah realitinya.
Ada juga risiko sekiranya aku teruskan diet Atkins. Aku sedang alami tekanan darah yang agak tinggi. Kalau aku makan protein sepanjang masa, rasanya tekanan akan lebih tinggi. Jadi aku baca balik beberapa artikel lain mengenai proses penurunan berat badan dan akhirnya aku buat keputusan bahawa aku akan buat diet berimbang. Makan secara berimbang dan ditambah dengan senaman. Aku sedang berusaha untuk membuat senaman kardio setiap hari selepas balik kerja. Video teknik senaman di YouTube banyak membantu. Malah Zura dan Qaseh juga terikut-ikut untuk senaman. Kalau sehari dapat keluarkan peluh denan senaman dalam masa 30 minit pun sudah cukup.
Sekarang badan terasa sakit sana sini dek penangan senaman. Itulah bahana tidak bersenam sejak sekian lama. Sasaran aku dalam masa 6 bulan, aku cuba turunkan 25% lebihan berat badan aku. 25% saja atau lebih kurang 6.75 kilogram. Aku buat secara beransur-ansur ditambah senaman untuk kuatkan otot. Kurangkan berat badan saja tidak mencukupi. Otot badan perlu dijaga terutamanya jantung. Aku rasa jantung aku bukanlah jantung yang sihat. Aku masih belum terlambat untuk berusaha memperbaikinya. Kena ada usaha sebab aku nak lihat Qaseh membesar, pergi sekolah dan mengayuh basikal.
Aku semahunya tidak mahu menulis hal politik di sini lagi. Cukuplah ribuan blog lain yang menulisnya. Aku mahu ceritakan hal aku dan apa yang berlaku di sekeliling saja.
Contohnya pasal klaim perubatan aku di pejabat ini. Tidak lama dulu, Qaseh diwadkan di PPUM akibat lelah dan batuk. Kemudian doktor di sana mencadangkan supaya kami membeli sebuah alat (Aerochamber) untuk membantu Qaseh menghirup gas (Ventolin). Masalahnya, alat ini, Aerochamber tidak termasuk dalam senarai alat yang disubsidi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi aku terpaksa beli sendiri dengan harga lebih kurang RM80. Murah saja. Namun begitu, aku boleh klaim balik harga tersebut dari pejabat aku kerana aku penjawat awam. Setelah aku isi borang yang diberikan dan lengkap semua maklumat diperlukan, aku serahkan kepada pengurusan untuk proses.
Mereka kata ambil masa lama untuk proses. Aku tidak kisah kerana ianya cuma RM80 lebih saja. Bukan jumlah yang besar. Tetapi dari sehari ke sehari ada saja panggilan yang aku terima dan maklumat baru yang mereka minta. Semalam mereka minta aku sesalinan sijil kelahiran anak. Mereka juga minta surat akuan doktor yang aku sudah berikan awal-awal lagi.
Aku mengeluh dan terus berkata kepada pegawai pejabat,
"Akak, kalau mereka taknak luluskan pun takpelah. Setakat RM80 lebih saja nak berkira sangat minta itu ini sebagai bukti. Bukan banyak mana pun."
Dalam hati aku ini terdetik berfikir. Duit sebanyak RM80 yang aku tuntut balik itu terlalu banyak sangat ke? Kalau aku hendak menipu, lebih baik aku tipu jumlah harga yang lebih besar. Lebih baik aku tipu ribuan ringgit kerana ianya lebih berbaloi.
Itulah masalahnya pentadbiran awam ini. Terlalu banyak birokrasi yang sebenarnya tidak perlu ada pun. Tetapi oleh kerana pegawai lebih suka mentafsir sendiri peraturan dan undang-undang, akhirnya jadilah pita merah birokrasi yang sangat panjang dan menjengkelkan. Pembaziran jangan cakaplah; terlalu banyak.
Aku pernah buat beberapa draf untuk satu buku dalam bentuk cetakan warna lengkap semata-mata pengurusan atasan mahukan begitu. Aku sering cadangkan, tengok saja di skrin komputer, lebih jimat dan cepat. Anda sendiri tahu apa hasilnya jika cadangkan begitu.
13 tahun di pejabat ini. Aku semakin berasa kebosanan.

Ulasan
Catat Ulasan