Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2004

Merapu Sekali Sekala

Assignment nak kena siapkan sebelum hujung minggu ni. Tapi baru kelmarin dapat pilih tajuk yang sesuai dan baru semalam dapat download segala mak nenek data dan artikel yang diperlukan. Kalau lecturer marah sebab aku tak buat rujukan buku di library, suruh dia pergi cari sendiri. Bila masa aku nak pergi? Jadi aku bagi rujukan artikel semasa yang aku fikir lebih relevan dan isu yang diutara lebih jelas dengan tajuk yang aku buat ni. Nasib baik kebetulan aku jumpa isi yang banyak dari website Bernama yang berkaitan dengan konferens di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Orang yang membentangkan kertas kerja pun adalah dari kalangan cendiakawan yang terkenal jadi harapnya rujukan aku ni 'power'. Kelas perakaunan untuk hujung minggu ni kena batal dan digantikan pada minggu depan. Aku ada OT minggu depan so terpaksa korbankan OT tu semata-mata satu kelas yang lecturernya tegas nak mampos. Kesian kalau difikirkan member-member yang tinggal di Terengganu, Perlis dan Johor. Susah nak datang ...

Penat dan Sibuk

Kembalilah aku dari Pulau Langkawi dengan seribu kenangan. Aku pasti akan pergi lagi kesana suatu masa nanti. Cuma ralatnya bila pergi bersendirian. Ramai yang bertanya kenapa dan mengapa. Di Langkawi sendiri tidak sedikit yang bertanya sedemikian. Jawapan aku cuma satu, kawan-kawan sibuk kerja. Tapi nyatanya aku mahu sendirian. Aku pergi kemana sahaja dengan kemahuan aku semasa di Langkawi. Dalam masa sehari, aku keliling Pulau Langkawi dan pergi ke tempat orang lain takkan pergi. Mungkin orang lain akan bosan kalau ikut aku tempohari. Kalau ada yang suka mereka mungkin terpaksa atau untuk menjaga hati. Aku agak sibuk dengan studi. Tengah sibuk menyiapkan tugasan. Malas nak buat kerja lambat sebab nanti jadi kelam kabut. Baik buat sekarang kemudian boleh rehat dengan senang hati. Jumpa Lagi...

Gelap Berselindung Disebalik Cerah

Bukan senang nak menilai orang lain. Atau melihat orang lain dan cuba membayangkan cara hidupnya. Selalunya kita hanya dapat lihat dari sudut fizikal yang amat sempit pandangannya. Realitinya hanya mereka saja yang tahu. Realitinya hanya kita saja yang tahu hidup kita bagaimana. Pakar psikologi pun takkan dapat tahu semuanya hidup kita yang sebenar. Dan aku sendiri tak pernah bebas menulis apa saja disini dan mendedahkan segalanya. Masih ada yang amat terlindung dan aku tidak mahu orang lain mengetahuinya. Tapi kalau kita 'terserempak' dengan sesuatu yang buruk di kalangan yang baik seseorang itu, apa yang perlu kita lakukan? Diam sahaja sebab kita tak perlu masuk campur urusan orang lain dan tak perlu jaga tepi kain orang (ini persepsi salah kot)? Atau kita selama-lamanya berubah persepsi terhadap mereka? Kalau mereka tunggang terbalik sembahyang setiap masa dan menjeling kepada kita yang dikira jahil ini sedang mereka jelas melakukan sesuatu yang mungkar, apakah kita perlu be...

Berjalan-jalan

Esok kelas. Kali ni tidak lagi dibawah tempat duduk Stadium Shah Alam. Sekarang di Seksyen 17, Shah Alam. Lebih selesa harapnya. Kurang sikit aku mengantuk dalam kelas nanti. Aku ada matlamat besar untuk semester ni. Untuk membuktikan yang result aku dapat last sem bukan nasib semata-mata. Kali ni aku nak tingkatkan lagi. InsyaAllah. Minggu depan nak ke Langkawi. Aku nak bercuti dan berseorangan. Member pelik bila aku cakap yang aku nak bercuti sorang-sorang di Langkawi. Kenapa pelik sangat? Aku suka begitu. Dan aku tahu orang tak suka ikut aku sebab aku tak pernah nak set kemana aku nak pergi. Jadi tak payah tanya kalau-kalau boleh ikut. Kalau nak ikut, pergi je. Tapi tak jamin boleh ikut aku kemana-mana. Apa aku nak buat di Langkawi? Pertamanya aku tak pernah kesana lagi walau sudah berdekad orang sibuk cakap pasal Langkawi. Sejak dulu teringin nak pergi tapi masih tak tercapai hasrat. Tapi kali ni betul-betul nekad nak pergi. Cuti dah ambil tapi tiket masih belum beli. Macam ni pera...

Perjalanan Yang Jauh

Semalam merayau dengan motor tanpa arah tujuan. Sebelum keluar dari rumah, di benak otak ni terfikir hendak kemana aku. Memang tiada arah tujuan yang ditentukan bila motosikal mula bergerak. Aku hanya menurut rasa hati. Belok ke Pantai Dalam aku terus masuk NPE (New Pantai Expressway). Sebab aku naik motor jadi beranilah lalu sini. Kalau kereta, sure dah kena RM1.60 satu tol. Jalan punya jalan sampailah aku di Pelabuhan Klang. Dekat tepi stesen komuter Port Klang aku berhenti di KFC untuk makan. Satunya memang lapar dan satu lagi sebab sakit pinggang lama sangat menunggang motor. Seronok memerhatikan laut dan suasana sekeliling yang kali terakhir aku berada disana adalah 6 tahun yang lalu. Masih tiada apa yang berubah. Ditepian tebing masih ada bot-bot yang tertunda. Masih ada bau dan suasana yang sama. Masih ada jeti yang membawa aku ketempat kerja suatu masa dulu. Masih tidak berubah. ==== Artist: Joseph Arthur Song: Honey & The Moon Don't know why I'm still afraid If you...

Kasta Dalam Sistem Jabatan Kerajaan

Kadang-kadang rasa tak adil kerja dengan kerajaan ni. Maksud aku pangkat dan darjat dalam jawatan kerajaan. Kalau dah taraf kerani kebawah tu, rasa macam kuli je. Kalau dah pegawai pertengahan tu, kira macam tengah honeymoon dan kalau pegawai atasan tu, rasa macam tak kerja je. Cakap la apa orang nak cakap dan keluarlah kenyataan dan fakta apa sekalipun, tapi selagi orang tersebut tidak berada didalam keadaan orang yang bekerja itu sendiri, mereka takkan tahu. Kalau tengok pegawai atasan, nak sain laporan pun siap boleh buat di hotel dan resort. Nak buat brain storming sampai ke genting atau mungkin ke Port Dickson. Nak buat paper work untuk projek baru boleh terbang ke Sabah atau mungkin ke Langkawi. Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada mesyuarat yang selalunya berjam-jam habis sebab bersembang je. Setiap waktu mesti ada kursus itu dan ini tetapi anak buah langsung tak tahu apa-apa juga. Apa tidaknya, orang yang pergi kursus pun tak tahu apa-apa selepas balik dari berkursus. Pegaw...