Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2006

Aku Tak Mahu Tahu (Ianya Amat-Amat Menyedihkan)

Aku tak perlukan orang beritahu aku betapa bahagianya dia dengan orang yang tersayang. Aku tak perlukan orang beritahu aku yang aku belum mengalaminya dan masih masih belum faham. Aku tak perlu semua itu. Belum buat masa ini. Dimasa aku masih cuba sedaya upaya nak lupakan segalanya melukakan dan segala yang menyakitkan. Aku minta maaf, harap engkau mengerti. Aku habiskan masa-masa aku sebagaimana yang pernah aku lakukan dahulu; sebelum ada engkau. Kalau hendak mengetahui isi hidup ini, baca disini saja. Tak perlu ceritakan bahagia engkau. Ceritalah apa saja selain daripada itu. Aku takkan boleh menerimanya buat masa sekarang. Bukan masa yang sesuai. Maaf. ==== Kita selalu fikir, kalau seseorang bersedih, kita minta dia bersabar dan terimalah kenyataan dengan hati yang redha. Kalau begitu senang dilakukan, tiada yang membunuh diri, tiada yang menderita dan tiada yang kecewa dan berduka. Mereka akan kembali tersenyum sekelip mata. Dan kita memberikan sebuah bayangan kehidupan yang lebih ...

Minggu Yang Serba Sendiri.

Aku tengok opening X-MEN: The Last Stand. Pelik la sekarang ni. Senang sangat aku dapat tiket tengok wayang tambah-tambah time opening. Dulu nak dapat bukan main susah. Agaknya orang tak minat tengok wayang atau ramai yang dah nak balik kampung sebab cuti sekolah. Kali ni X-Men agak memeranjatkan. Banyak benar mutant yang mati dan hilang kuasa. Prof-X mati, Cyclops mati, Mistique dan Magneto hilang kuasa. Oh ya, Rogue yang aku masih tak faham kenapa dijadikan watak utama, hilang kuasa. Abis spoiler korang. Haha. Tapi yang best dapat tengok Juggernaut (yang dieja salah oleh penterjemah, kalau tak silap aku, Javerhaut!), real Iceman (baru la nampak dia jadi Iceman betul, Beast dan lain-lain. Kali ni filem diarahkan oleh pengarah SpyKids, jadi kalau korang rasa pelik kenapa ianya melantun kesana kemari, sebab mamat tu memang suka buat filem macam tu. Pendek pulak tu. Aku rasa tak sampai 2 jam habis. Habis cerita X-Men yang bakal diganti dengan citer khusus untuk Wolverine saja. Ala, borin...

The Unnamed Feeling

Ingat aku dah okay? Belum. Realitinya masih belum okay. Aku masih teramat-amat sakit hati dengan apa yang telah terjadi sebelum ini. Padahal aku bukan dari jenis orang yang sakit hati lama-lama. Tapi kali ini aku memang betul-betul sakit hati. Entah. Mungkin bukan sakit hati maksudnya. Perasaan yang tak dapat dinamakan. The Unnamed Feeling - Metallica. Itu agaknya. Nak kata marah, pun tidak. Aku tak marah. Aku terima hakikat lama dulu. Tapi kadang-kadang aku rasa terkilan dengan keadaan. Entah apa aku sendiri tak tahu. Aku tak pasti tentang apa yang aku rasa. Mungkin ini semua residue dari apa yang telah berlaku dan bila aku lihat dan dengar perihal semasa keliling aku, aku menjadi lebih agresif tentang perasaan ini. Perasaan apa? Entah. Mungkin phobia. Aku pernah ada phobia suatu masa dulu. Ex-gf pertama aku tinggalkan aku sebab dia selalu membonceng kawan kerja dia ketempat kerja. Dari membonceng akhirnya sampai la lama-lama faham-faham sajalah. Semenjak daripada itu, apabila aku ten...

So Dark The Con Of Man

Lama dah tak post panjang-panjang. Macam takde masa. Tapi masa aku rasakan terlebih-lebih sekarang ni. Cuma aku tak rajin nak menulis. Entah apa yang hendak aku tulis, aku sendiri tak pasti. Hati tak tenang agaknya. Aku dah beli handphone baru. Nokia 3250. Berapa lama aku tak guna Nokia? Aku rasa last sekali tahun 2002. Itu pun Nokia 3310 second-hand. Kemudian Sony-Ericsson, Motorola, Samsung dan Motorola kembali, SLVR L7 yang dengan sedihnya dicuri orang. Dalam opis sendiri pula tu. Siap ada CCTV lagi tapi malangnya tak nampak apa yang berlaku. Kalau tak salah aku, handset first yang aku pakai ialah Motorola CD928i. Lama sangat dah tu. Awal tahun 2000 agaknya. Masa tu tak hebat macam sekarang. Tapi CD928 memang hebat. Jatuh entah berapa kali. Masa tu pakai Celcom yang menyusahkan. Line dan kredit tak sama. Kena bayar lebih. Kemudian aku pakai Maxis. Kemudian Celcom balik, dan sekarang Maxis. Kenapa aku tak pernah pakai Digi? Entah. Tak menarik kot. Aku takde la hantu sangat dengan han...

Phone Baru, Nombor Baru

Nokia 3250 Phone : 012 2244656 Call kalau rajin. :) Oh ye, tak tau pulak aku maxis line + nokia 3250 boleh jadi modem. Sekarang aku tengah connect guna benda ni la. Best! Berapa cas hah?

Ringkas

Dua projek mendatang, 1. Pelancaran MyPR pada 1/6/2006 untuk pemegang kad pengenalan merah. Sekarang nampaknya mereka akan ada kad sendiri warna merah diberi nama MyPR (permanent resident). Aku dah tengok dan aku fikir kalau di tengah-tengah orang ramai, memang akan jelas kelihatan. Takde beza dengan MyKad yang ada sekarang, cuma berwarna merah dan belakangnya nanti ada nombor permit masuk dan negara asal pemegang kad. Cuma warna saja yang merah. Pecah rahsia. Tapi rahsia apa pula? Nanti semua orang akan tengok. Kalau tak salah aku, semua pemegang kad pengenalan merah, tak kira yang lama atau yang baru (MyKad dengan empat segi merah) akan kena tukar ke MyPR. Apa-apa je la. Aku kena siapkan slide-show dan mungkin background masa menteri KHEDN lancarkan nanti. 2. JPN Idol peringkat kebangsaan pada 17-18/6/2006. Pertandingan karaoke ala-ala Akademi Fantasia. Pengadil tak koman, S.Atan dan Sugito (kalau korang kenal la). Aku kena buat poster pertandingan, name-tag, buku majlis dan effect y...

Melayang

Pernah mimpi? Soalan bodoh. Heh. Suatu masa dulu aku pernah bermimpi mengenai sesuatu dan ianya berulang-ulang terjadi. Agak peliknya kadang-kadang berulang sesudah sekian lama ianya berlalu. Tapi situasinya tetap sama. Mimpi aku bermula diatas bukit yang landai. Keliling kawasan lapang dengan rumput menghijau dan pokok rendang yang tumbuh jauh-jauh antara satu sama lain. Aku melihat sekeliling begitu nyaman rasa udaranya dan begitu damai angin yang membuai. Suasana cerah tetapi tidak terik. Tiada matahari tetapi cahaya dirasakan begitu indah. Ewah. Heh. Kemudian aku mula berlari menuruni bukit. Tidak berapa lama kemudian sedikit demi sedikit aku membiarkan diri aku melayang seperti layang-layang yang baru naik. Tidak tinggi. Kemudian aku terawang-awang menuruni bukit yang landai tersebut. Antara kaki dan bumi hanya sekaki jaraknya. Sekali sekala hujung kaki akan terkuis-kuis pucuk rumput yang meninggi. Tetapi aku terus melayang tidak menjejak bumi. Dada kedepan, tangan dan kaki sediki...

Setelah Ribut Taufan

Mungkinkah Bila ku bertanya Pada bintang-bintang Dan bila akupun merasa Merasa kesunyian Salahkah aku yang berjalan Dalam kehampaan Terdiam, terpana, terbata Semua dalam kehaluan Aku dan semua Yang terluka karena kita Aku kan menghilang Dalam pekat malam Lepas ku melayang Biarlah ku bertanya Pada bintang-bintang Tentang arti kita Dalam mimpi yang sempurna Aku dan semua Yang terluka karena Kita ==== Apahal dengan lagu Peterpan ni? Apahal dengan nama Peterpan ni? Pelik betul dengan nama kumpulan Indon ni walaupun lagu-lagunya ada yang best. Salah satu lagu yang best adalah lagi ni, Mimpi Yang Sempurna. Aku agak keliru dengan maksud-maksud lirik ni tapi aku rasa aku faham. ==== Sudahlah mengenai lagu. Kalau ada yang faham, tentu faham kenapa aku letakkan disini. Kalau tak faham, enjoy je lagu tu. Err.. lirik saja. Berkaitan catatan sebelum ini, biarkan ianya begitu. Tidak ada apa yang hendak diperkatakan lagi. Tak ada sebab dan tidak perlu bersebab. Macam aku katakan, "Tidak ada seba...

Cerita Sebalik Cerita

"Rajin-rajin tulis cerita & perkembangan diri dalam website, saya akan baca/balas bila saya senang.." Kalau boleh hendak saja aku menulis segalanya disini agar semua yang membacanya tahu dan faham apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam hidup ini. Kalau boleh aku mahu ceritakan satu persatu keadaan yang sebenar. Tapi bolehkah korang yang membaca menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak terus menerjah dan menegur tentang apa yang telah aku lakukan? Bolehkah korang faham perasaan ini dan bagaimana sukarnya aku memjalani hari-hari yang mendatang. Dan janganlah korang menilai dia. Aku sendiri tak pernah salahkan sesiapa. Selepas dari kecewa aku dulu, aku dan dia masih berhubung walau aku tahu situasi ini akan menimbulkan masalah kelak nanti. Sedang dia sendiri masih tidak menceritakan perihal sebenar kepada suaminya. Lantas kami berhubung seperti biasa. Seperti sebelum dia berkahwin tapi dengan keadaan yang sedar bahawa wujud batas-batasan yang perlu aku patuhi ...