Langkau ke kandungan utama

Hadiah Yang Tersenyum

Haritu bagi Asyikien hadiah hari lahir dia termasuk la kot hadiah konvo dia. Aku tak dapat nak pergi sebab ada kursus di Melaka. Tapi sempat la jumpa kejap Jumaat tengahari dan sembang-sembang dengan dia. Lama betul tak jumpa. Fikir-fikir balik, rasanya dah dekat 2 bulan tak jumpa. Walaupun dekat je duduk dan senang je nak pergi opis dia. Tapi aku dah le kerja jauh, tak sempat nak jumpa pun. Jadi banyak sembang dalam phone je la sebab local call murah. Hehehe. Telefon pejabat je. Kalau pakai public phone pun masih murah lagi dari bersusah payah nak guna handset.

Seronok la dia sebab dapat anugerah pelajar terbaik untuk kursus dia. Mungkin aku tak nampak bagaimana keadaan dia haritu tapi aku fikir memang dia patut dapat dan layak dapat. Aku ada di sebelah dia sewaktu dia bersengkang mata dikedai mamak menyiapkan assignment sedang kawan lain sibuk tidur.

Masa makan Jumaat tu dia mengadu kenapa dia kena duduk belakang sekali dalam dewan nanti. Aku kata mungkin sebab dia top student kot. Mungkin dapat anugerah top student. Tak percaya lagi cakap aku. Kan dah betul! Tak sabar nak tengok video yang abang dia rakam. Huh. Apa hadiah yang aku bagi? Ada la sekeping CD animasi flash yang aku buat sendiri. Letih nak buat tapi berbaloi.

Aku rasa nanti aku nak buat bisnes itu la. Buat flash animation greeting card. Susah tapi kalau jadi, menarik. Boleh cas mahal sikit sebab benda ni betul-betul personal. Nanti la kalau sempat aku upload sampel yang aku pernah buat sebelum ni. Kalau berminat, boleh contact aku. Tapi ini kerja amatur je. Kalau nak pro punya kerja, cari tempat lain.

Kemudian petang Jumaat lepas aku ke Klebang, Melaka. Ada kursus + cuti-cuti Malaysia di sana. Kursus tak banyak mana, rehat je yang banyak. Resort tu kecil aje, boleh kata 90% bilik kami sewa. Kompeni swasta yang bayar jadi melenggang je kesana. Nasib la sebab aku pun bukan ada duit sangat masa tu.

Depan resort ada kubur. Heh! Tapi takde la seram mana pun. Biasa je. Siap malam tu kami lintas tepi kubur jalan kaki nak keluar kejalan besar, cari durian. Lama tak makan. Balik dekat jam 12 malam, selamba je. Agaknya dah tak seram sebab keliling bangunan tingi-tinggi. Dan resort tu takde pantai, well, pantai yang berpasir. Batu-batu besar yang digunakan sebagai penambak ada la. Jadi, petang sampai kemalam, tempat tu jadi port kaki pancing. Sepanjang aku duduk situ sampai Ahad, aku nampak orang dapat tangkap sembilang laut je. Kecik je tu. Ikan lain? Takde.

Sabtu petang dapat berkesempatan ronda Bandar Hilir. Sebenarnya aku tak nak pergi. Dah bosan. Tapi memandangkan ada member yang tak pernah datang, aku pergi juga. Jadi tourist guide. Siap boleh bagi penerangan mengenai Porta Santiago (a Formosa), dan bastion yang baru diorang jumpa. Padahal aku tak ambil Sejarah masa SPM dulu.

Tapi yang menarik masa di Melaka, aku kena jadi baby-sitter untuk anak member aku. Nama budak tu Adam. Belum cukup setahun umurnya kalau tak salah aku. Tapi badan, besar gila. Berat pula tu. Mak dia sendiri tak larat nak dukung lama-lama. Yang peliknya, budak Adam ni cukup manja dengan aku. Pantang nampak aku walaupun masa tu mak atau ayah dia sedang dukung, mesti merengek nak aku dukung dia. Jadi terpaksa la aku dukung. Suka je. Yang malangnya, member-member aku lain yang tengah dukung atau nak dukung si Adam ni mesti kecewa. Asal nampak aku je, mesti Adam nak pergi pada aku. Letih la. Tapi budak ni senang je nak layan dia. Kena layan je sampai dia letih. Dah letih nanti, diam la dia. Agaknya ada la yang jeles sebab Adam ni nak dengan aku saja, jadi bila mereka dapat je dukung Adam, cepat-cepat mereka bawa lari jauh-jauh dari aku. Satunya tak nak Adam nampak aku. Kedua, tak nak aku nampak Adam. Heh.

Berbalik dengan Asyikien. Aku bagi dia bantal sebagai hadiah hari lahir. Jangan la pelik. Ada sebabnya. Ada sekali dulu dia cerita macamana bos dia marah dia sebab dia nak pinjam bantal sebab nak tidur. Pasal bantal pun boleh kena marah. Jadi aku teringat benda tu. Dalam aku dok fikir, apa la yang aku nak bagi pada dia, aku jalan-jalan sampai rasanya putus asa. Dah tak tahu apa nak bagi. Nak bagi teddy bear, tak payah la. Dia dah dapat 2 yang besar anak beruang dan satu yang kecik. Takkan aku nak bagi lagi kot. Dalam dok cari-cari bantal (yang kecik tu), mulanya jumpa yang biasa. Aku fikir biar aku hias sendiri je. Tapi rasanya tak sempat pula. Nasib apa tah, aku terjumpa satu bantal yang ada karekter kartun yang glamer (yang ramai sangat orang perempuan suka, ntah kenapa). Asyikien pun aku tahu dia akan suka. Aku terus beli.

Aku bagi dengan harapan dia akan guna di pejabat dia nanti kalau nak rehat atau tidur. Alih-alih dia kata dia letak dalam kereta je sebab sayang sangat nak tunjuk di opis. Takut orang ambil agaknya. Apa tidaknya, adik-adik dia semua berebut nakkan bantal tu. Pelik juga aku. Cute sangat ke? Orang dia okay la cute. Huh! So, menjadi juga hadiah yang aku bagi walaupun nampak macam biasa je.

Kadang-kadang orang ni takde la nak harapkan melampau-lampau daripada kita atau orang yang rapat dengan dia. Cukup kalau sekadar kita ingat pada dia, cukup. Dan kalau kita bagi sesuatu tu, walaupun zahirnya nampak biasa, tapi pada mereka ianya amat bermakna kalau benda tu datang dari kita. Walau apa saja barang tu. Kita bagi ikhlas.

"Nah, ini hadiah untuk Ikin."
"Wah, besarnya kotak."
"Abis, nak balut tak reti. Lagipun tak muat nanti."

Suka kan orang kalau kita bagi dengan ikhlas. Bukannya.

"Nah, ini hadiah teddy bear besar kepala gajah untuk awak. Ada sesiapa lagi yang bagi hadiah lebih besar daripada ni? Takpe, nanti saya bagi kapal Titanic pula!"

Apa yang bestnya kita buat macam tu semata-mata nak berlawan hebat dengan orang lain. Last-last hadiah tu tersimpan berabuk bawah almari disebabkan ketidak ikhlasan kita. Nasib la tu kalau dia tak buang terus.

Lily pernah cakap pada aku, dia bagi hadiah pada seseorang barang yang dia sendiri suka. Jadi apa yang dia suka, dia akan bagi sebagai hadiah kepada orang yang dia nak bagi. Betul juga. Rasanya bila kita bagi apa yang kita suka kepada seseorang dan orang tersebut menerimanya dengan gembira, kita akan lebih rasa puas hati. Lebih jujur.

Ini tidak, dah bagi coklat,

"Eh, coklat je?"

dah bagi teddy bear,

"Eh, besar ni je teddy bear?"

dah bagi penampar,

"Uwaaaa!!!! Sampai hati awak!!!"

Ada ke orang yang kata,

"Eh, penampar je ke?"

Jadi bila aku bagi apa saja pada Asyikien, satu perkara yang amat menyenangkan hati aku bila dia terimanya dalam keadaan penuh gembira. Amat-amat gembira. Walaupun hanya sekeping CD. Senang hati aku tengok muka dia penuh riak-riak gembira. Itu pun sebelum bagi dia pun kata, tak payah bagi pun takpe. Cukup sekadar ingat. Tapi ralatnya kalau tak bagi something pada dia.

Macamtu juga Lily. Tahun ni aku kena bagi something. Lama sangat dah aku berjanji nak bagi tapi tak bagi-bagi juga. Kali ni aku mesti cari sesuatu yang menarik untuk diberi September nanti. Dia banyak sangat berbudi pada aku dan takkan aku dapat balas budi dia. Sampai sekarang pun ada yang tak terbalas lagi.

Harapnya bila aku bagi hadiah hari lahir untuk Lily nanti, aku boleh nampak kegembiraan pada wajah dia. Itu yang paling menarik. Dan aku tahu, apa saja yang aku bagi pada dia, dia senang hati dapat menerimanya.

Tunggu September nanti ye, Lily.

Ulasan

  1. Anonymous1:38 PG

    TAK FAHAM... DAN TAKKAN FAHAM.. MANUSIA HANYA AKAN MELEBIHKAN ORG LAIN DR..........TAK PERNAH SEDAR...DAN TAKKAN SEDAR......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon