Langkau ke kandungan utama

Jangan Mohon Kerja Kerajaan Disini!

Betul la, kalau kita dah tahu esok lusa kita kena pindah kerja tempat lain atau bahagian lain, kerja yang ada ditangan kita sekarang ni rasa macam malas sangat nak kita buat. Tambah-tambah kalau kerja tu bukan bergantung kepada kita seorang, maknanya orang lain yang ganti kita pun boleh buat. Lagilah kita taknak buat. Takde motif pun tunjuk rajin tak tentu pasal.

Jadi 1 Ogos nanti aku akan berpindah ke Bahagian Latihan, JPN. Daripada kerja buat MyKad, sekarang kerja buat buletin JPN dan organise latihan untuk kakitangan JPN. Tapi tugas aku spesifiknya yang pertama tadi, buat buletin JPN. Kenapa? Sebab orang kata aku kreatif. Ooo, sebab tengok aku buat beberapa backdrop untuk majlis JPN, orang dah kata aku kreatif. Okay la tu. Alhamdullillah. Bukan nak bangga diri, tapi kurang-kurangnya kita bawa perubahan dalam teknik bekerja atau menghasilkan sesuatu dalam pejabat kerajaan. Selama ini kalau ada apa-apa function jabatan yang memerlukan backdrop pada dinding atau layar didewan, mereka samada akan guna polisterin atau Microsoft PowerPoint. Kalau guna polisterin tu semua orang tahu hasilnya macamana. Kalau guna PowerPoint, secara asasnya orang kerajaan ni akan guna template asal yang ada dalam PowerPoint itu sendiri. Cuma yang pelik aku tengok, entah kenapa mereka suka sangat dengan font Comic. Apa menariknya? Buletin JPN edisi pertama yang keluar baru-baru ni (aku tidak terlibat) pun tidak terlepas dengan penggunaan font Comic. Apa yang menariknya dengan font Comic ni? Ada lagi satu kaedah yang mereka selalu gunakan; guna template gambar daripada PowerPoint sendiri atau kalau rasa hebat sangat, letak je berlambak-lambak gambar yang di ubah saiz sesuka hati. Ubah saiz tu takpe la. Tapi pastikan orang yang kurus tetap nampak kurus dan orang yang pendek tetap nampak pendek. Ini tidak, orang gemuk nampak kurus dan orang tinggi nampak gemuk.

Jadi aku guna Fireworks dan kadang-kadang Photoshop untuk hasilkan backdrop untuk satu majlis jabatan ni. Ambil logo JPN dan aku buang semua warnanya dan tinggalkan outline warna biru yang aku 'glow'kan untuk nampak efek neon. Kemudian aku tweak sikit supaya logo tu nampak menyenget sebelah, tidak mengadap kedepan. Lepas tu aku guna tool tekstur untuk hasilkan tekstur seperti kain sedang ditiup angin. Gabungkan dan hasilnya latar belakang yang menarik, simple dan elegen kata seorang pegawai ni (agaknya dia kagum sangat). Lepas tu, instead of using font tools dalam PowerPoint untuk placement tajuk majlis, aku guna Fireworks untuk hasilkan efek shadow dan glow. Dalam PowerPoint aku gabungkan semua dan buat sikit2 efek. Viola! Jadilah backdrop yang orang kata menarik tapi aku kata biasa je. Sejak daripada hari tu, asal ada je event jabatan yang memerlukan backdrop, aku kena panggil. Sampai aku terpaksa lukis balik logo jabatan dengan komputer untuk memudahkan kerja aku. Sekarang pun aku dah majukan sikit persembahan dengan menggunakan SwishMax. Lebih gempak sebab efeknya sangat-sangat la menarik. Sampai Dato' Pengarah JPN pernah tanya aku guna apa untuk buat semua tu. Kira okay la sebab dia pun sedar ada perbezaan.

Cuma bila kita buat semua ni, ada la orang yang akan berasa tidak puas hati dengan apa yang kita dah buat. Ada la seorang brader ni yang ilmunya cukup hebat dengan PowerPoint menyebabkan apa saja program jabatan yang memerlukan backdrop, dia akan buat guna PowerPoint. Itu sebelum aku ada. Kira orang sampai boleh gelar dia ***PRO. Pro habis agaknya. Jadi bila aku ada, mungkin agaknya dia terasa tercabar. Tapi aku biarkan saja. Sampai satu hari apabila aku sedar yang dia telah gunakan salah satu design backdrop aku dan logo jabatan yang aku buat balik untuk satu poster kecil. Aku cakap direct pada dia, logo dan backdrop tu aku yang punya. Dia dengan selamba kata,

"Ingat engkau seorang je ke yang boleh buat"

Aku balas (sebab aku tahu dia tak boleh buat)

"Kalau boleh buat la satu, nak tengok. PowerPoint tak boleh buat semua ni"

"Aku boleh buat pakai PowerPoint"

"Buat la kalau boleh!"

Geram betul dengan orang yang tak hargai hasil kerja orang lain. Kemudian nak mengaku dia yang buat. Haritu, aku buat tag untuk satu majlis. Aku minta tolong dia print sebab aku takde printer color laser. Dia marah aku sebab aku tak buat pakai PowerPoint. Dia kata pakai PowerPoint lagi senang. Entah apa la masalah dengan encik PowerPoint seorang ni. Padahal tag yang aku buat penuh dengan grafik sana sini, macamana aku nak buat pakai PowerPoint??? Dia print juga dengan teknik yang amat-amat menarik. Dia insert semua tag (80 lebih) kedalam PowerPoint dan print satu-satu (4 tag untuk sehelai page). Kerja gila. Tapi biarkanlah. Printer dia, bukan printer aku.

Tengok la untuk perhimpunan bulanan peringkat kementerian nanti. Aku akan buat backdrop yang guna SwishMax. Biar dia panik tengok nanti. Berlagak juga aku ni kan? Bukan la. Aku tak rasa macamtu. Cuma tak suka orang ambil hasil kerja aku dan claim dia yang buat. Kalau tak mahu hargai, tak payah mengaku pandai buat pun dah kira okay daripada ciplak hasil kerja orang. Ni bukan ciplak, ni kira kaut ambil terus bulat-bulat. Kalau nak, aku siap boleh bagi yang dia boleh edit sana sini. Kalau dah JPEG, nak edit macamana?

Mengenai perhimpunan bulanan peringkat kementerian. Haritu aku pergi mesyuarat peringkat kementerian di KHEDN (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri). Kira aku komiti untuk backdrop dan buku atucara majlis. Aku dah design buku atucara dan backdrop supaya ianya sama dari segi warna dan corak. Kebetulan orang kementerian tak tengok lagi agaknya. Mereka tanya siapa yang akan buat backdrop dan buku atucara. Mereka kata mereka boleh buat kalau kami (JPN) tak mampu nak buat. Itu kira menghina la tu. Agaknya mereka fikir mereka di peringkat kementerian lebih hebat dari kami di jabatan ni kot. Kemudian kami tunjukkan beberapa sampel backdrop dan buku atucara majlis. Terpegun mereka. Baru tahu. Jangan suka pandang rendah orang lain. Siap ada seorang ni tanya, siapa buat? Pegawai aku seorang tu tunjuk pada aku. Kemudian tanya lagi, dia tu programmer ke? (setahu aku kalau soalan yang betul, dia tu pereka grafik komputer ke?). Pegawai aku cakap tidak, kerani saja. Haha! Nampak muka dia malu. Suka sangat pandang rendah orang lain.

Tapi itu memang hakikatnya dalam jabatan kerajaan. Pegawai kebanyakkannya suka pandang rendah kepada orang bawahnya. Tidak kira dalam apa jua keadaan mereka sentiasa akan fikir mereka lebih bagus dan lebih berpengetahuan. Jadi sebab itu kalau korang pergi kaunter kerajaan, yang ada depan kaunter tu adalah kerani yang kebanyakkan cukup mahir dalam tugas mereka tapi selalu sangat tak dapat kredit dengan apa yang mereka buat. Yang dapat nama, duit makin banyak dan lagi cepat naik pangkat adalah pegawai mereka yang langsung tak tahu apa yang mereka buat. Jadi simpatilah sikit kepada mereka depan kaunter tu ye. Kira gaji mereka kalau boleh, contohnya kerani biasa yang baru setahun kerja; gaji - RM656.30 + elaun khidmat awam - RM80.00 + elaun perumahan - RM180 + COLA - (RM50 - RM150) = ? Tak banyak. Mungkin dapat elaun jaga kaunter (RM40). Itu saja. Itu tak masuk potong EPF dan lain-lain lagi. Kalau dekat tengah bulan mereka muka masam, faham-faham sajalah ye.

Nak kerja juga dengan kerajaan sebab ada jaminan masa depan? Betul tu, memang ada jaminan masa depan. Tapi nak jadi kaya, sorry. Ini bukan tempatnya. Melainkan korang jadi pegawai dan berkahwin dengan isteri/suami yang turut bekerja dan anak tak ramai. Selain daripada tu korang boleh terima rasuah kalau sanggup. Atau songlap duit koperasi atau mungkin berniaga sampingan di pasar malam atau di pejabat sendiri. Tapi hakikatnya kerja kerajaan ni takkan kayakan korang macam kerja dengan kompeni swasta. Cuma realitinya, masa depan terjamin. Agaknya.

Ulasan

  1. Idan, ko ni slalu buat aku gelak sorg2 kat dalam aquarium nih... ;D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon