Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2007

Pink

Susahnya hendak menulis. Tidak tahu apa lagi hendak dituliskan. Tapi semalam aku bertemu dengan ramai sahabat. Aku jumpa Amron Roni (if you're wondering, he is the producer for TV-9 Chef Wan Talk Show), sahabat lama aku semasa di sekolah. Aku last jumpa dia 15 tahun dulu. Takde beza sangat pun dia. Cuma sekarang dia berkata-kata dengan bahasa yang langsung aku tak faham. Bahasa orang-orang media mungkin. Jumpa Sherry, ex-girlfriend Amron dan peliknya datang dengan Amron. Hmm... Aku jumpa Ema dan husbandnya, seorang photographer dan aku boleh berbual mengenai fotografi. Aku jumpa Renny, ex-girlfriend aku semasa di sekolah dulu. Still baik dengannya. Takde motif nak gaduh. Tapi sebelum tu aku jumpa Asyikin. Lama dah tak jumpa. Banyak yang hendak diperkatakan. Tapi akhirnya lebih banyak mengenai warna pink. Peliknya... Semuanya pink dari mencari baju pink, teddy bear pink hingga ke handset pink. Handset pink susah betul nak jumpa dan kalau ada pun semuanya limited edition atau special...

Semua orang ada kisah cinta pertama yang hendak diceritakan

Mengingatkan filem Mukhsin yang bakal ditayangkan 8 Mac nanti, aku tertarik dengan puncanya, "Semua orang ada kisah cinta pertama yang hendak diceritakan" Kalau begitu bunyinya, maka mungkin aku ada beberapa. Malah mungkin ini pertama kali aku ceritakan kepada sesiapa pun mengenainya secara jelas. "Cinta yang pertama" mungkin berlaku kira-kira 24 tahun dahulu di sebuah sekolah di Gerik, Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari. Nama dia Farah Needa. Waktu itu aku hanya berumur 8 tahun. Entah apa yang aku rasa dan mungkin aku sendiri yang tidak faham tapi aku pasti yang aku tertarik dengan dia. Hendak dikatakan Farah Needa cantik, tidak juga. Biasa seperti mana orang lain yang biasa. Kalau tidak silap aku, keluarganya berasal dari Kelantan dan menetap di Gerik sementara ayahnya bekerja menyiapkan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli dan Gerik. Mereka tinggal di sebuah kem untuk pekerja pembinaan lebuhraya di Batu 2, Gerik, sudah hampir dengan Bersia (orang-ora...
I do not love you as if you were salt-rose, or topaz, or the arrow of carnations the fire shoots off. I love you as certain dark things are to be loved, in secret, between the shadow and the soul. I love you as the plant that never blooms but carries in itself the light of hidden flowers; thanks to your love a certain solid fragrance, risen from the earth, lives darkly in my body. I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightforwardly, without complexities or pride; so I love you because I know no other way than this: where I does not exist, nor you, so close that your hand on my chest is my hand, so close that your eyes close as I fall asleep Poem by Pablo Neruda ==== Sebuah puisi yang cukup-cukup menarik dan sering aku gunakan untuk dihadiah kepada seseorang. Puisi karya Pablo Neruda ini aku kenali semasa menonton filem Patch Adam lakonan Robin Williams yang mengisahkan seorang doktor yang menggunakan ketawa/kegembiraan untuk merawat kesakitan. Cerita be...

Seminggu Ini

Tidak menulis bukan kerana kekurangan idea. Tetapi kerana memikirkan sesuatu. Memikirkan hidup yang makin keliru. Memikirkan hidup yang semakin sulit. Memikirkan hidup yang semakin sunyi. Tidak menulis bukan kerana semakin bosan. Tetapi kerana hidup seperti bayangan deja vu. Setiap hari seperti sama. Kerana cerita yang hendak ditulis tidak memadai untuk ditulis. Mungkin juga tidak perlu ditulis. Aku berfikir hendak pindah dari rumah yang aku tinggal selama lebih 4 tahun ini. Aku mahu lebih dekat dengan tempat kerja dan lebih murah kos. Sekarang ini rasanya tidak berbaloi dengan apa yang aku perolehi. Terlalu mahal. Senangnya sekarang, aku tidak perlu sangat memikirkan perihal pengangkutan. Senang sebab ada depan mata. Makan lagi senang. Lokasi amat-amat strategik. Kalau aku berpindah ke tempat baru nanti, pertamanya kesukaran pengangkutan. Walaupun aku ada kereta, tapi aku tidak selalu mahu memandunya. Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi aku akan buat keputusan. Mungkin juga secepat...