Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007

Hari Ini Aku Berubah Lagi

Cuma ada beberapa post lagi yang perlu aku lakukan untuk aku menyamai jumlah post aku tahun lepas. Kira banyak juga aku post tahun ini walau aku amat-amat sibuk terutama kebelakangan yang lalu. Mungkin, ianya bakal mencecah 100 post untuk tahun ini. Aku akan cuba. Ruginya sebab kalau ikut sejarah post aku, ianya bermula pada tahun 2002 dengan 1 post dan mula aktif pada tahun 2004. Padahal aku sudah mula buat blog sejak tahun 2001 lagi. Sudah lama. Dulu aku post blog melalui website aku sendiri. Sejak tahun 2004 aku malas jadi malas, maka aku post saja guna blogger. Kalau ikutkan sebelum tu ada Diaryland dan UJournal yang lingkup. Post di Diaryland ada lagi, klik SINI . Aku masih ada post mengenai tragedi 9/11. Mungkin aku akan upload balik bila ada masa nanti. Hari ini hari yang relaks. Mengemas rumah macam anak dara dan pergi ke Jusco untuk membaca. Malangnya kedai buku situ amat kecil dan amat terbatas bahan bacaan. Kalau dulu aku menetap di KL, MidValley cuma 5 minit dari rumah. Mak...

Maaf Yang Letih

Ada 10 minit sebelum balik kerja. Sempat ke menulis? Harini hampir 200 keping gambar diambil dalam masa 1 jam. Ada majlis dan ada acara penyampaian sijil untuk dekat 200 orang staff yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek MS ISO 9001:2000 dan AKPM 2007 JPN. Aku terpacak berdiri depan pentas untuk mengambil hampir semua gambar tersebut. Letih tangan, letih tengkuk dan letih mata nak fokus. Tapi OK la. Cuma letih. Letih macam ni... Bukan letih sebenarnya. Bosan. Bosan dengan kerja yang tak banyak tapi yang paling bosan adalah bosan dengan karenah orang. Apa, aku saja ke yang kena ambil hati orang? Takpelah. Aku tak marah. Aku cuma bosan. Tapi biarkanlah. Ianya tidak membawa apa-apa makna. Sebab selama ni aku cuma menumpang. Kalau orang nak halau, halau je la. Itu hak dia. Lagipun, orang yang dah jauh terbang tinggi, dia takkan dengar apa yang kita jerit dari atas tanah di bumi ni. Angin kuat sangat kot. Atau mungkin, dia takut nak pandang bawah. Takut jatuh. Apa-apa pun, aku doakan...

Kisah Jam Tangan (Spoiler Alert!!!)

"Jam berapa?" Kalau si Sudin dalam Bujang Lapok sudah pasti akan mengira berapa banyak jam yang ada disekeliling dia. "Tuan pakai satu, saya pakai satu..." Haha. Lawak bodoh tapi sangat efektif. Aku dok pakai lawak-lawak jenis ni sekarang bila nak bergurau dengan member. Ada yang sakit hati dengar jawapan dari aku. "Buka apa nanti?" "Buka baju, seluar, mata, pintu..." Aku jawab. "Orang tanya buka puasa nanti makan apa la!" Marah kawan aku. Pasal jam. Aku tengok pergelangan tangan aku. Korang tengok korang punya sendiri. Aku dah lama tak pakai jam tangan rupanya. Mungkin hampir 10 tahun. Mungkin lebih. Entah, aku sudah lupa bila kali terakhir aku pakai jam tangan. Mungkin kalau dihitung dari usia aku, cuma 3-4 tahun saja aku pakai jam di tangan. Selebihnya samada aku takde jam langsung, atau jam tangan tidak bertali di dalam poket atau jam di handphone. Kalau nak diikutkan, memang aku tak reti nak pakai apa-apa di tangan. Cincin atau gel...

Customised Your Life

Semalam balik sampai KL sebelum waktu berbuka, bergegas aku ke MidValley. Kononnya nak makan Carl's Jr. untuk berbuka puasa. Tapi malangnya belum buka. Entah bila nak dibuka cawangan disitu. Takde kerja aku nak ke 1 Utama semata-mata nak berbuka makan Carl's Jr. Jadi akhirnya aku cuma makan Burger King. Boleh la... Jadi harini mula kerja balik. Aku buat apa? Aku belajar. Aku belajar InDesign dengan video oleh Steve Holmes, antara pakar dalam publishing design. Bukan apa, senang nak faham apa yang dia ajar. Walaupun apa yang dia ajar tu benda simple, tapi dia ajar penuh detail dan penuh contoh yang jelas. Itulah rahsia aku tahu guna InDesign. Dengan DVD cetak rompak bagaimana nak mahir menggunakan InDesign. Hasilnya boleh korang tengok SINI . Aku tak mengaku aku pakar, tapi sekurang-kurangnya hasilnya dah nampak dan semakin hari semakin bertambah bagus, kata bos aku. Ok la tu. Ada perubahan. Tapi kata bos aku semasa dia mengadu kepada bos besarnya, aku ni takde successor. Nak bu...

Aku Tidak Senang

Lama sudah tak post dari kampung halaman sendiri. Sudah lama tak balik kampung. Rasanya dalam tahun ni, baru 3 kali balik dan ini mungkin paling lama, 4 hari. Setakat bulan puasa ni, dapat la makan murtabak Pak Mat Kuala Kangsar yang amat-amat glamer tu. Kena harinya, orang akan beratur panjang untuk tunggu dapat order. Sedap? Biasa je. Cuma mungkin isinya yang lebih berbanding orang lain buat. Takkan boleh lawan oleh pasar Ramadhan di Putrajaya. Kecuali kalau ada murtabak Singapore. Besar gila. Harini aku rancang nak beli laksa. Asal balik kampung, aku pasti akan cari laksa. Itu favorite aku. Boleh aku beli banyak sikit nak berbuka nanti. Malas nak suruh emak buat, kesian dia puasa. Jadi beli pun dah ok walaupun kuahnya tak sesedap yang emak buat. Sini musim hujan jadi nyamuk banyak sangat di rumah. Habis aku kena hurung. Sudahlah aku jenis alah dengan nyamuk. Mesti bengkak-bengkak badan. Lupa pula nak bawa balik baju tangan panjang untuk aku pakai malam-malam. Terpaksa la tanggung gi...
Sehari puasa seluar aku dah longgar. Apa hal ni? Jenuh aku nak perbetulkan sepanjang hari di opis tadi. Pelik sebenarnya. Kalau hari biasa aku tak makan seharian, takde pulak seluar aku jadi longgar tak tentu pasal. Ini baru puasa setengah hari dah longgar? Menarik juga. Agaknya kalau sampai habis Ramadhan nanti, rasanya aku akan kurus sekurus penagih dadah. Heh! Seingat aku lagi, semalam petang aku makan pizza je. Pizza sebab seminggu lebih aku bebel nak makan pizza, takde orang nak belanja. Jadi aku belanja diri aku sendiri. Malam semalam aku makan buah saja. Jadi semalam memang aku tak makan banyak la ye? Patut la aku terasa lapar harini. Tak lapar kebulur. Lapar je. Cakap pasal makan lagi... Huh. Selamat berbuka puasa.

Dulu Aku Pernah Beraya

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Jangan lupa puasa kalau yang rasa nak-nak lupa puasa. Harap kurus sesiapa nak kurus bulan puasa ni. Semoga diberkati ibadah yang dijalankan. Semoga damai sepanjang Ramadhan. Aku tak buat baju raya untuk kesekian tahun. Berapa tahun dah? Lebih 3 tahun mungkin. Baju melayu dulu masih elok kata diri aku sendiri. Walaupun ada juga member yang cakap, buat je la yang baru. Bila lagi nak buat. Aku rasa aku boleh cakap esok, lusa atau bila-bila time bukan raya pun boleh buat. Lagipun time raya aku macam hari biasa saja. Aku takkan kemana-mana pun. Duduk rumah tengok sarkas dalam TV. Atau silap mata atau cereka-cereka melayu yang entah kali ke berapa diulang tayang. Atau mungkin saja aku beritahu bos aku yang aku mahu kerja time raya nanti. Walaupun aku akan ke pejabat dengan niat untuk surfing sepanjang hari. Mungkin aku boleh bawa balik iMac opis ke kampung dan buat kerja yang aku perlu buat sepanjang minggu bercuti. Bagus juga idea tu. Tapi sure aku ken...

Asal Dekat Ramadhan Mesti Ingat Nak Makan...

Aku teringat suatu masa dulu aku pernah makan fast food Carl's Jr. Siapa pernah dengar? Masa tu kalau tak salah aku ada dua cawangan di KL, di Lot 10 dan dekat Jalan Silang. Masa tu kira dah mahal sebab burger saja dah RM5 lebih. Tahun 1993 burger harga macamtu memang mahal. McD Big Mac pun baru RM3.60 kalau tak silap. Tapi aku pasti itulah burger paling sedap aku pernah makan. Sayangnya tak lama lepas tu Carl's Jr. tutup kedai. Tahun 2007 aku jumpa papan iklan yang Carl's Jr. akan buka kembali di MidValley semasa aku jalan-jalan disana. Tak sabar nak rasa kembali burger bapak gajah mereka. Rupa-rupanya di 1 Utama dah lama buka. Lama ke baru aku tak pasti tapi yang pasti dah buka. Jadi bila aku jalan-jalan sana hujung minggu lepas, aku terserempak dengan iklannya. Aku tak peduli. Member aku nak bebel aku makan burger pagi-pagi, pedulikan. Aku tahu dia tak suka sangat dengan burger tambah-tambah burger yang dia tak pernah kenal dan dengar. Tapi aku kenal dan aku pernah rasa....

Mencari Delilah Dalam Hidup Ini

Menulis sambil dengar 'Hey There Delilah'. Cuma suasana sekeliling agak tidak menyenangkan. Kalau tidak, perfect. Masalahnya aku tidak punya apa-apa yang hendak ditulis. Tidak tahu apa-apa yang hendak diceritakan dan tidak pasti untuk apa aku ceritakan semua ini. Dalam mata ini aku sedang terbayangkan sebuah kilang di Rembau semasa aku praktikal tahun 1996 dahulu bersama arwah Kak Nor. Kami pernah berjalan hampir dua kilometer untuk sampai ke jalan besar. Along the way, kami berbual-bual tentang kehidupan. Aku lihat seseorang yang sungguh-sungguh fikirkan mengenai orang lain jauh lebih penting dari dirinya sendiri. Dia sekarang sudah hampir 10 tahun meninggal dunia sedang aku masih kalut melalui hari-hari yang penuh dengan kehidupan yang aku tidak dapat duga. Dalam mata ini aku sedang terbayangkan duduk ditepi pantai berbatu-batu di Tanjung Gila bersama-sama Mazura (waktu kerja) sambil berbual-bualkan tentang kehidupan. Aku melihat seseorang yang hilang semangatnya untuk bekerj...

Hey There Delilah

"Hey There Delilah" - Plain White T's Hey there Delilah What's it like in New York City? I'm a thousand miles away But girl tonight you look so pretty Yes you do Times Square can't shine as bright as you I swear it's true Hey there Delilah Don't you worry about the distance I'm right there if you get lonely Give this song another listen Close your eyes Listen to my voice it's my disguise I'm by your side Oh it's what you do to me Oh it's what you do to me Oh it's what you do to me Oh it's what you do to me What you do to me Hey there Delilah I know times are getting hard But just believe me girl Someday I'll pay the bills with this guitar We'll have it good We'll have the life we knew we would My word is good Hey there Delilah I've got so much left to say If every simple song I wrote to you Would take your breath away I'd write it all Even more in love with me you'd fall We'd have it all Oh it...