Langkau ke kandungan utama

Jadi Media Yang Bertanggungjawab

Ya, masih mengenai Utusan Malaysia dan media arus perdana melayu lain.

Kalau kamu buka mata setakat 10% saja, aku fikir pasti jualan kamu akan meningkat jauh lebih tinggi dari sekarang. 10% saja, tidak banyak. Kamu tahu, orang tidak mahu kamu jadi media seperti Harakah, Rocket dan Suara Keadilan. Semua itu adalah media-media arus politik. Orang ramai mahu kamu jadi media yang liberal, berada di tengah-tengah dan sepatutnya menjadi suara rakyat (bukan suara Pakatan Rakyat).

Kamu sebagai media arus perdana perlu kritis dan perlu tepat dalam menyampaikan maklumat. Orang Malaysia tidak tinggal di atas pokok lagi (seperti orang barat selalu anggap dulu-dulu). Orang kampung pun sudah tahu apa itu Google dan apa itu Wikipedia. Orang kampung juga sudah lama tahu apa itu blog dan ramai juga mereka yang ada blog sendiri.

Aku tidak kata kamu perlu jadi media yang kerjanya kritik kerajaan yang memerintah sepanjang masa. Tapi kamu perlu jadi media yang proaktif, kritis dan bebas dari pengaruh politik. Kamu sepatutnya berdiri di atas politik, bukan tenggelam dengan permainan bodoh orang-orang politik.

Kamu tidak perlu hentam kerajaan seperti media politik lain. Kalau mahu mempersoalkan sesuatu, kamu perlu kemudiannya kemukakan idea dan pandangan kamu sendiri mengenai perkara tersebut. Baru orang tak anggap kamu berat sebelah dan bodoh. Baru kamu tidak dianggap memperbodoh-bodohkan orang melayu. Orang melayu dah letih jadi bodoh, tau tak.

Paling baik, media arus perdana sepatutnya bebas dari pegangan saham oleh parti-parti politik. Kalau parti politik mahu menerbitkan berita, sepatutnya perlu ada media sendiri yang tidak membelenggu media arus perdana. Kalau pembangkang di Malaysia diberi ruang untuk bersuara melalui surat khabar mereka sendiri yang secara jelasnya banyak limitasi dan kekangan, maka begitu juga parti-parti politik pemerintah. Kalau mahu menyebarkan berita, keluarkan surat khabar parti sendiri, bukannya menggunakan media arus perdana. Media arus perdana HAK MILIK UMUM!

Aku selalu dengar kenapa media-media ini digunakan oleh parti pemerintah. Alasan mereka paling bengap adalah media ini adalah mewakili parti yang memerintah. Ah, kayunya samdol tu. Terang-terang itu sudah bersifat menyalah guna hak milik awam. Kementerian Penerangan adalah jabatan kerajaan dan ianya hak milik orang ramai tidak kira apa saja pegangan politik mereka.

Jadi kalau surat-surat khabar arus perdana sudah dibeli oleh syarikat-syarikat yang mewakili parti-parti politik (tidak kira pemerintah atau pembangkang), makanya secara automatik surat khabar itu bukan lagi bersifat arus perdana. Hmm... terdetik pula di hati.

Maka mulai hari ini, Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo!, New Straits Times, The Star dan semua akhbar yang pemilik saham utama adalah parti-parti politik BUKAN lagi media arus perdana. Kamu semua tidak lebih dari media politik. Sepatutnya kamu tertakluk dengan peraturan yang sama ditetapkan terhadap media-media politik lain seperti Harakah dan Suara Keadilan. Itu hakikatnya. Kalau orang Malaysia masih buta dan tidak nampak, entah. Aku pun baru tersedar tadi.

Cuma sayang orang melayu kita ini sebenarnya tidak ada tempat untuk mengadu. Media tidak pernah mahu menyokong mereka melainkan ada matlamat politik. Kamu tinggal dalam reban ayam? Tunggulah sampai ada Wakil Rakyat yang sudi datang jenguk dan ajak media sekali (tidak lain kes cari publisiti). Anak kamu sakit dan perlukan rawatan berkos tinggi? Tunggulah sampai ada kenalan-kenalan parti politik yang datang membantu (dengan tujuan asal untuk menguatkan pengaruh politik mereka sendiri) dan orang melayu kita menonong akan bantu.

Itu lumrah orang melayu sekarang. Ahli politik dianggap dewa dan media yang dikuasai oleh ahli politik ini dianggap Quran yang mereka percaya bulat-bulat. Jadi kalau orang-orang dalam media ini tidak ada tanggungjawab sosial dan tidak jujur, maka hari-hari orang melayu terus disogok dengan berita-berita tidak bermutu semata-mata untuk memenuhi keperluan politik sesetengah pihak ataupun untuk melariskan jualan akhbar secara tidak beradab (contoh besar, Harian Metro).

Jangan marah kalau orang melayu sekarang semakin suka dengan blog dan berita di internet. Kamu jangan pula tuduh mereka terpengaruh dengan berita-berita sensasi di internet. Kamu yang mula dulu di media (menerbitkan berita sensasi yang tak masuk akal), orang melayu hanya meneruskan kesinambungan di internet.

Aku mahu tanya, kiri kanan atas bahu kamu itu siapa? Ingat, mereka tidak macam orang melayu, mereka tidak pernah tidur dan lupa...

Ulasan

  1. cikguzul10:56 PG

    Assalamu'alaikum Sharidan,

    Found you while surfing the net! Dunia menjadi semakin kecil dalam zaman IT. Menghubungkan silaturrahim menjadi semakin mudah.

    Saw your post about me. Thanks.

    Baca-baca juga beberapa posting di sini terutama yang berkaitan dengan MRSM BP. Yang berkenaan dengan merry-go-round dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengannya, baru dapat tahu hari ni... tempat tu memang bukan tempat pilihan untuk buat spot check...

    Insya-Allah will be there in BP for the Nostalgia 25 tahun on 26 Julai. Hope to see you there!

    Best regards,

    Cikgu Zul.
    cikguzul@tm.net.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon