Langkau ke kandungan utama

Menulis Novel

Biasa sebelum aku menulis seperti post sebelum ini, aku akan pastikan aku temui sebuah lagu yang sesuai dalam iTunes, kemudian aku akan ulang lagu tersebut berkali-kali hinggalah selesai aku menulis. Lagu memberi aku mood untuk menulis. Serta insan seperti beliau yang memberi aku inspirasi untuk menulis sebegitu.

Hari ini aku cuba perolehi sumber inspirasi dari jalan yang lain. Tidak temui. Agak buntu sekarang walaupun lagu Like Only A Woman Can nyanyian Brian McFadden sudah beberapa kali diulang. Maksudnya lagu tersebut bukanlah lagu yang boleh menimbulkan mood aku. Juga, mereka yang aku telefon siang tadi tidak dapat menimbulkan inspirasi untuk aku menulis.

"Seperti membaca novel..."

Antara komen yang aku terima dalam post sebelum ini. Pernah terdetik untuk aku menulis novel. Cuma masalahnya, novel Melayu paling aku suka baca dan entah di mana kini untuk aku cari kembali novel tersebut bertajuk "Rahsia Diari Ayah". Novel kanak-kanak yang aku pertama kali baca sekitar pertengahan 80an dulu. Sudah lama. Menceritakan seorang budak lelaki berusia 12 tahun menjadi seorang penyiasat, menyiasat mengenai ayahnya yang tidak pernah ditemui.

Aku amat-amat jarang baca novel. Terlalu jarang. Boleh kira dengan jari berapa buah novel, baik dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris yang pernah aku baca. Jadi, bagaimana hendak aku mulakan menulis sebuah novel sedang aku sendiri tidak pernah faham strukturnya bagaimana. Mungkin, aku boleh cantumkan beberapa buah post aku di blog ini hingga menjadi susunan seperti novel. Menarik juga. Tetapi apa lagi yang hendak diceritakan dari situ? Kerana itu sebenarnya realiti, mana aku bijak untuk menimbulkan fantasi darinya. Lainlah kalau dari asal ianya sekadar fantasi. Bolehlah aku olah menjadi mimpi.

Baiklah, kita boleh membuat andaian sekali lagi. Katakanlah, aku mahu juga menulis novel dan ianya berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling aku; apa yang ada di sekitar aku adalah sumber inspirasi untuk aku menulis. Maka mungkin aku boleh menulis mengenai:

  1. AYP - bagaimana Ahmad, seorang penulis blog, sering menerima komen-komen terhadap setiap penulisan daripada seorang yang cuma dikenali dengan akronim AYP atau yang pernah disebut awal komen beliau dulu, Aku Yang Pemalu. Semakin hari Ahmad semakin mendesak untuk mengetahui siapakah sebenarnya AYP yang dalam bait-bait komennya, sentiasa meninggalkan kata-kata manis dan indah yang begitu menyenangkan hati Ahmad. Maka bermulalah sebuah pencarian (bayangkan suasana ala filem You've Got Mail, cuma watak lelaki saja kali ini yang clueless) menghurai rahsia disebalik akronim AYP. Hingga akhirnya Ahmad sedari, AYP sentiasa berada dekat dengan beliau. Cuma sering Ahmad melihat jauh dipenghujung garisan sedang yang ada disebelah tidak disedari. :-)
  2. (Berdasarkan post Menilai Hidup Ini - dari babak 1 - 5) - Seterusnya si Lelaki cuba mencari kurdat meluahkan juga apa yang terbuku di benak hati agar akhirnya dapat si Gadis ketahui isi hati si Lelaki. Namun, kerana menyedari si Gadis adalah seorang manusia yang suka menghadapi cabaran dan juga kerana si Gadis mengakui bahawa merubah keburukan Teman Lelaki beliau sekarang adalah cabaran buatnya, maka si Lelaki sedar, beliau tidak berdaya memberi cabaran sebegitu. Kerana sehari-hari hidup si Lelaki cuma dalam keadaan biasa dan sentiasa terbatas dengan sikapnya yang neutral. Aku sebenar keliru kalau hendak menulis mengenai ini semua. Kamu juga pasti akan keliru, walau hanya sekadar membaca sinopsis ini. Jadi, cukup begitu sinopsisnya.
  3. Kak Nor - Aku mahu menulis mengenai beliau. Setiap detik aku mengingati beliau, pasti air mata akan mengalir. Kerana setiap kali aku terkenangkan beliau aku sentiasa terbayangkan saat kami berdua duduk di sebuah hentian bas di tengah kesibukan Kuala Lumpur dan berbicara seperti dunia ini kosong tanpa nyawa lain. Kerana janji beliau sekiranya sihat kelak, beliau mahu berbual bicara dengan aku sepanjang masa, seperti kami pernah lakukan sebelum beliau sakit. Aku mahu menceritakan kepada dunia kebaikan seorang manusia yang mengajar aku supaya sentiasa menghargai orang lain. Agar sentiasa berfikir jauh dan melihat dari sudut yang berbeza.
  4. Kisah Pengembaraan Angkasa Lepas ala Star Wars. Hahaha...
  5. Kisah Aku? Entah apa yang hendak kamu baca kalau aku menulis mengenai diri aku. Mungkin aku boleh sediakan 12 bab, setiap bab akan bermua dari aku buka mata, bangun dari tidur. Pergi kerja. Balik Kerja. Tidur. Babak dua begitu, babak tiga begitu hingga babak 12. Terselit antara babak-babak itu adalah cerita seperti kelmarin, bertemu seseorang atau cerita destinasi jauh yang sekali sekala aku kesana. Tamat....
Kamu tentukan. 


Ulasan

  1. Anonymous1:03 PTG

    This comment has been removed by a blog administrator.

    BalasPadam
  2. Anonymous1:31 PTG

    Idan, I do believe you have the talent to write novels. Tak kisah la awak tak pernah baca novel org lain atau tidak. Maybe lebih baik, so that awak tak terbawa2 dengan cara penyampaian atau penulisan orang lain. Gunakan kelebihan awak untuk hasilkan sesuatu yang original. Strength awak ialah mengingati dengan detail perkara2 yang berlaku dlm hidup awak, awak kan macam ada photographic memory. So awak tak perlu nak mereka2 cerita. Apa yang awak bakal hasilkan ialah melalui pengalaman sendiri. You write from your heart. Awak tahu tak, bila awak menulis sesuatu pengalaman tu, awak tulis dengan begitu detail sampai kan bila saya baca, saya rasa mcm dapat rasai sekali apa yang awak alami tu. Contoh pasal burger Carls' Junior tu. Saya pasti ramai macam saya, lepas baca blog awak tu, pergi cari Carls Junior sebab meleleh la baca ttg burger tu. Tu baru pasal makan.
    Of course kebanyakkan novel2 yang dapat sambutan ialah tentang kisah cinta, bukan pasal makan. Awak pernah bercinta, pernah putus cinta. Itu perkara2 yang awak pernah alami. Pasti tak susah nak ceritakan kemanisan, keindahan semasa bercinta. Kepahitan, kesedihan perasaan putus cinta. Jalan cerita keseluruhan? Hmm..?

    1. AYP - awak tak boleh tulis cerita ni, sbb tak ada ending. Unless awak pandai nak mereka endingnya. Perhaps awak boleh tulis apa awak harap ending akan berlaku antara awak dan AYP. Tak semua cerita cinta ending dengan "happily ever after". Ada novel yang saya baca endingnya buat saya menangis seminggu dua bila teringat2.
    2. Berdasarkan post Menilai Hidup Ini - dari babak 1 - 5. Maybe menarik. Tapi saya akan menjerit dalam hati "Apa la slow sangat mamat nih??" Heheh... hopefully tak sampai ending.
    3. Kak Nor. Hmmm. Kalau kreatif, selitkan watak dan kisah kak nor sebagai teman baik. Saya tak pernah ada kawan baik yang dah pulang ke rahmatullah, tapi saya dapat rasa sedikit kesedihan awak bila baca tentang kak nor.
    4. Untuk awak...karuttttt....
    5. Heheh... blog awak kan ada? Tulis kat situ aje.

    Fav saya, norhayati ibrahim. Beliau penulis novel yang baik, very teratur. Juga banyak bagi tips dan membantu penulis2 baru. Kalau betul2 berminat, check her out.

    Good luck, i believe in u :)

    P/s ; makin banyak saya tulis. tak lama lagi boleh tulis blog sendiri?
    -ayp

    BalasPadam
  3. sy juga mungkin spt ayp.dpt merasai dan berimagnisai tntg ape yg awk tulis.tp aper kan daya sy berdiet..hnya dpt membygkan keenakan mknan segera yg jd kegemaran awk.

    seandainya awk wat novel dan dipasarkan.sy akan beli dan bace berkali2 tidak jemu..idan teruskan usaha.gambate!

    q(^-^)p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon