Hari ini bermula kembali kursus Team Building yang terbantut beberapa bulan. Aku terlibat juga. Tidak mengapalah. Ikut saja cara baru yang hendak diperkenalkan. Ianya agak tergesa-gesa tanpa perancangan yang teratur namun begitu harapnya tidak ada masalah semasa program nanti. Jadi aku akan kerja luar sehingga Khamis nanti. Maka tiada update internet hingga sekurang-kurangnya 1 Julai nanti. Bulan ini pun aku agak kurang update kerana satu, tiada cerita menarik dan dua, tiada cerita menarik. Oh ya, tiga, aku agak malas. Aku sudah mulakan satu hobi baru. Gambarnya ada di SINI . Hobi ini aku sudah idamkan sejak lebih 15 tahun lalu. Mungkin lebih. Sejak aku lihat rakan-rakan di maktab menggunakan sebatang kayu dan digariskan di atas kayu seperti tali gitar dan fretnya. Kemudian mereka berlatih kod-kod gitar melaluinya. Aku juga menaruh minat ketika itu. Aku beli gitar elektrik kerana aku mahu mencabar diri agar betul-betul boleh bermain gitar (ingat, aku langsung tidak tahu bermain gitar) ...