Langkau ke kandungan utama

Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar


Ini adalah sebuah masjid lama di Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak. Ianya berhampiran dengan plaza tol Kuala Kangsar. Kalau keluar dari tol, belok ke kiri dan beberapa ratus meter di sebelah kiri, kamu akan jumpa masjid ini. Gambar di atas adalah gambar sebelum proses pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara. Aku sungguh teruja bila mengetahui ada usaha untuk memulihara masjid ini.

Sejak kecil dulu aku lihat masjid ini semakin lama semakin buruk dan terbiar. Mungkin kerana telah dibina sebuah masjid batu di sebelahnya. Apabila aku pulang ke kampung tempohari, aku berkesempatan mengunjungi masjid ini yang sedang dipulihara. Aku puji usaha Jabatan Warisan Negara ini. Hasilnya boleh kamu lihat di bawah.

Struktur bangunan masjid yang sudah dipulihara (belum sepenuhnya) nampak kukuh.


Anyaman tepas yang digunakan sebagai dinding masjid. Cuma warnanya saja yang aku tidak berkenan. Sepatutnya warna yang digunakan perlu mengikut warna asal dan kalau tak salah aku warna asalnya (mengikut kata ayah aku - dia seorang bekas pelukis pelan) adalah gelap (aku rabun warna) seperti warna dinding tepas tradisional lain.


Papan tanda kerja pemuliharaan oleh Jabatan Warisan Negara.


Pintu untuk naik ke tingkat atas masjid.

Ini adalah usaha yang baik oleh pihak Jabatan Warisan Negara. Aku puji dan sokong projek sebegini. Tapi jangan pula tempelak fikir projek kebanyakkan untuk pulihara bangunan orang melayu sahaja. Lihat laman web mereka dan projek pemuliharaan yang sedang mereka laksanakan. Jelas, tiada pilih kasih.

Tahniah. Aku tidak sabar menunggu siapnya nanti masjid lama ini.

Ulasan

  1. bertahun-tahun aku lalu kat situ ingatkan rumah tradisional lama rupanya masjid yer..

    BalasPadam
  2. ya, aku dah singgah tengok masjid nie masa raya kedua (11 september 2010). masa tu aku baru balek dari Chandan dan nak ke Tepen balek la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon