Langkau ke kandungan utama

Putrajaya Perlu Lebih Rancak Dibangunkan

Sekali sekala sewaktu sibuk bekerja, aku berhenti seketika untuk melihat ke luar tingkap bagi meredakan pedih mata yang saban waktu menatap skrin iMac. Nasib juga skrin LCD, kalau skrin katod, rasanya sudah pitam. Menjenguk ke luar tingkap pejabat, tidak dapat tidak pasti aku akan lihat pembangunan projek di lot sebelah yang semakin rancak. Tingkat basement paling bawah sudah hampir siap dan tingkat basement seterusnya sedang dibina. Ianya salah sebuah projek bangunan milik swasta yang dibangunkan di Putrajaya.

Siap kelak, ianya akan kelihatan seperti gambar di sebelah. Menurut informasi mengenai bangunan ini, ianya adalah bangunan pelbagaiguna; kedai dan pejabat. Juga terletak di sebelah tapak projek ini sebuah bangunan milik swasta yang siap hampir setahun yang lalu tetapi masih kosong hingga ke saat ini.

Bangunan Boulevard Square ini dianggap sebagai bangunan milik swasta 100% pertama di Putrajaya. Namun apa yang berlaku pada saat ini adalah bangunan itu seperti dijadikan sarang burung paling besar di Putrajaya. Setiap petang, ribuan burung akan 'pulang ke sarang' yang merupakan tiang-tiang besi dekorasi di sisi bangunan. Banner tawaran untuk menyewa bangunan ini juga sudah hilang. Mungkin sudah disewa tetapi belum diduduki penghuninya. Sayang bangunan sebaik ini dibiarkan kosong begitu lama.

Sebenarnya Boulevard Square bukan satu-satunya kompleks bangunan komersial yang terbiar tanpa penghuni. Ada beberapa bangunan lain yang terbiar kosong tanpa penghuni walaupun ianya sudah lama siap dibina. Malah bangunan ibu pejabat RELA bersebelahan komplek Putrajaya Corporation (berhadapan Palace of Justice) juga pernah terbiar kosong tanpa penghuni. Ada sebuah lagi bangunan komersial terbiar kosong tanpa penghuni di Presint 4 walaupun sudah lama siap. Dari segi design, ianya sangat sesuai dijadikan kompleks membeli belah skala sederhana sebagai alternatif kepada Alamanda Putrajaya yang semakin sesak setiap hari.

Kalau mengikut pelan pembangunan Putrajaya, Core Island iaitu bermula dari Presint 2 hingga Presint 4 adalah kawasan pembangunan bercampur (mixed development) dengan bangunan pejabat kerajaan berkongsi lokasi bersama pejabat dan kedai milik swasta. Namun apa terjadi sehingga saat ini hanya ada pasar malam Putrajaya saja yang aktif dengan ratusan kalau tidak ribuan pengunjung setiap Selasa dan Jumaat.

Poin aku adalah, sewaktu ETP (Economic Transformation Program) yang kerajaan umumkan tahun lepas, kenapa tidak ada satu pun mengenai Putrajaya? Adakah kerana Putrajaya sudah dirancang dengan teliti sehingga ianya tidak perlu diselidik kembali kekurangan dan kelemahannya? Pembangunan Greater Kuala Lumpur juga menjadi persoalan. Apa rasionalnya dipadatkan lagi pembangunan di Pusat Bandar Damansara/Kota Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Besi sedangkan Putrajaya ada dan tersedia untuk dibangunkan kerana segala infrastrukturnya sudah terbina dengan baik kecuali monorel. Kenapa tidak saja kerajaan peruntukkan sejumlah dana untuk menarik minat pihak swasta atau sekurang-kurangnya GLC untuk membina pejabat dan perniagaan mereka di Putrajaya, seterusnya meningkatkan lagi daya ekonomi Putrajaya itu sendiri.

Kita tahu bahawa Putrajaya dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan bagi pertamanya, mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur dan kedua, menampilkan imej Malaysia di mata dunia sebagai negara moden dan dinamik. Tetapi tidak salah kiranya sedikit pembangunan ekonomi ditempatkan di Putrajaya sebagai pemangkin pembangunan Putrajaya itu sendiri.

Apa kelebihan Putrajaya berbanding Kota Damansara, Sungai Buloh dan Sungai Besi?

  • Insfrastruktur pengangkutan dan transportasi Putrajaya sudah terbina dan tersedia rapi - Hakikatnya dapat dilihat dengan jelas dengan jalanraya dan pengangkutan awam dibina dengan terancang dan efisien. Kecuali monorel, semuanya sudah tersedia dan masih belum atau masih amat jauh untuk mencapai kapasiti maksima. Ketiga-tiga lokasi yang dinyatakan di atas sudah pasti saban hari mengalami kesesakan yang teruk tanpa ruang untuk membangun sistem pengangkutan yang lebih efisien. Kalau ada, ianya memerlukan modal yang sangat tinggi.
  • Ruang - Putrajaya yang sudah tersedia ruang (lot dan presint) yang dirancang rapi mampu menerima pembangunan skala besar dengan kos ubahsuaian yang minima. Tanah sudah tersedia tanpa perlu usaha untuk membeli atau menukar milik lagi.
  • Lokasi - Kalau kita menggunakan MEX (Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya), kita cuma perlu mengambil masa 25 minit untuk capaian antara destinasi tersebut. Jadi secara logik, Putrajaya tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Ianya boleh membantu mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya.
Itu cuma tiga daripada banyak alasan lain yang kita boleh fikirkan. Nah, fikirkan.

Ulasan

  1. Salam Idan...

    Saya pula mengharapkan akan wujudnya library besar di Putrajaya ni. Kawasannya strategik, dekat dengan banyak IPT dan boleh dijadikan pusat kegiatan budaya dan ilmu buat semua lapisan masyarakat.

    Dulu di Perpustakaan Negara ada kelas bahasa, kumpulan instrumen, koir dan teater kanak-kanak.. juga sesi meet-the-writer. Kalau buat 'book-club' pun bagus, galakkan orang membaca dan kongsi pendapat tentang apa yang tersirat dan tersurat dalam setiap karya. Didik anak muda supaya faham betul-betul apa yang dibaca supaya tak cepat melatah :)

    BalasPadam
  2. best idea tu. a'ah, semata2 nak ke National Library jauh juga.

    dan pikirkan cara nak fully utilise taman2 yang ada di dalam putrajaya ni. ada yg terbiar sunyi tanpa pengunjung..

    dan mereka ttp nak pindah JPA ke Cyberjaya.. sian org awam yang nak berurusan kan?

    BalasPadam
  3. Yang utama sekali perlu disiapkan monorel yang tertangguh tu, track monorel bawah tanah sudah siap sebenarnya, tinggal nak hubungkan dengan jambatan monorel ke Putrajaya Sentral dan siapkan depoh monorel.

    Lepas infra pengankutan yang utama ini insyaAllah masalah parking Putrajaya akan bertambah baik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon