Sabtu tempohari kami berpindah ke rumah baru. Zura jatuh tangga hingga lebam sana sini di badannya sewaktu proses berpindah di rumah lamanya. Aku langsung belum sempat berkemas sepenuhnya. Sekadar pindahkan barang-barang berat dan penting terlebih dahulu. Mandor Maszura menunggu barang diangkut dari lori. Zura dan aku kepenatan walaupun barang nampak tidak banyak. Kali terakhir aku berpindah adalah pada tahun 2007, lebih kurang empat tahun lalu. Ketika itu aku angkat sendiri barang-barang kerana tuan lori tidak menyediakan pekerja untuk mengangkat barang. Tambah RM50 untuk dapatkan pekerja. Aku cakap kepada pemandu, biar kami (rakan serumah ketika itu) saja yang angkat. Untuk perpindahan kali ini, ada disediakan dua orang tenaga kerja untuk membantu mengangkat barang-barang. Mereka berdua datang dari Chennai, India. Kalau kamu lihat gaya mereka mengangkat barang, kamu dapat bayangkan iana seperti mengangkat timbunan guni di bahu. Mereka ini sungguh gagah. Itu yang aku beritahu mer...