Langkau ke kandungan utama

Kerja Sebagai Suatu Ibadah ~ Sebuah Penilaian.

Tempohari aku menulis sebuah komentar di Facebook Group staf pejabat. Aku mengenangkan kembali saat waktu kakitangan bawahan yang bekerja di pejabat dihargai dan diberi peranan yang penting dalam menjayakan misi untuk menjadi sebuah agensi yang cemerlang. Aku membandingkan suasana masa kini di mana hanya kakitangan di peringkat atasan yang memperoleh kredit secara langsung, sementara pekerja bawahan cuma dihadiahkan sekeping sijil sebagai kenangan.

Itulah realitinya sekarang di pejabat ini.

Komentar tersebut mendapat banyak respon. Ada yang bersetuju (majoriti) dan ada yang kurang bersetuju. Namun aku tertarik dengan satu dua respon yang diperolehi. Mereka ini memberi respon yang aku anggap adalah 'kill switch' untuk pemikiran manusia.

"Anggaplah kerja sebagai ibadah dan setiap perbuatan itu ada balasannya di sisi Allah".

Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Tidak perlu meminta-minta lebih dari itu lagi. Ikhlasnya aku bersetuju dengan niat dan tujuan komen tersebut. Ianya mengingatkan kita setiap perbuatan kita ini adalah ibadah, termasuk kerja yang dilakukan di pejabat.

Namun sebaliknya, ia adalah satu lampu isyarat merah untuk meluahkan rasa. Don't ask for more. Be grateful.

Kerja suatu ibadah dalam masa sama adalah keperluan manusia. Kerja untuk mendapatkan sesuatu dan dalam konteks masa kini adalah wang untuk perbelanjaan harian. Dalam erti kata lain, gaji itu adalah ganjaran kerja, seperti pahala itu sebagai ganjaran perbuatan yang baik di sisi Allah. Adakah apabila kita ungkapkan "Kerja sebagai suatu ibadah" maka ganjaran yang kita harapkan hanya pahala semata-mata? Tujuan sebenar bekerja adalah untuk gaji. Ibadah adalah proses semasa bekerja tersebut. Kita sebagai muslim memperolehi dua ganjaran serentak dengan melakukan satu pekerjaan yang sama. Untung, bukan?

Tapi apabila kita meletakkan 'kerja suatu ibadah' dalam konteks menutup ruang untuk membicarakan ganjaran dan manfaat hasil kerja, bukankah ianya sama seperti menghalang perkembangan kerja itu sendiri? Malah menghalang ibadah itu sendiri?

Aku fikir, kita perlu jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model terbaik dalam pengurusan sumber manusia. Nabi Muhammad SAW adalah seorang CEO/Bos yang sempurna. Ini kerana baginda begitu mengambil berat mengenai ummahnya. Baginda sebagai perantara dengan Allah, memberi khabar gembira kepada ummah bahawa setiap perbuatan ada ganjaran dan balasannya. Buat yang terbaik, hasilnya juga terbaik. Buat ala kadar, hasilnya ala kadar. Buat buruk, hasilnya pun buruk. Secara konsepnya, ia tidak ada bezanya dengan keadaan kita bekerja. CEO/Bos kita sewajarnya mengambil contoh Nabi Muhammad SAW dalam menghargai pekerja di bawahnya.

Bilal asalnya hanya seorang hamba berkulit hitam. Beliau diangkat menjadi Muazzin, suatu tanggungjawab yang sangat berat tetapi dalam masa yang sama, ianya suatu penghargaan yang cukup hebat untuk seorang yang asalnya seorang hamba. Baginda tidak memilih seorang yang tinggi darjatnya untuk menjadi muazzin, Baginda memilih Bilal. Itu contoh CEO/Bos yang sangat menghargai pekerjanya dan diberi peluang dan ruang untuk bersinar dan diberi penghargaan yang besar.

Begitu juga dengan beberapa nama besar dalam Islam yang lain. Walaupun bukan dari golongan yang berilmu tinggi, tetapi tetap dihargai peranannya sehingga matinya di medan perang, diangkat sebagai Syahid, darjat tertinggi seorang muslim dalam memperjuangkan agamanya.

Sepatutnya CEO/Bos berfikir begitu. Penghargaan bukan sekadar untuk orang yang paling rapat dengannya atau paling tinggi pangkatnya. Tetapi untuk semua orang dalam organisasinya. Kerana itu adalah daya penarik.  Itu adalah elixir yang sangat berguna dalam menghidupkan susana kerja yang dapat menarik minat untuk orang bekerja bersungguh-sungguh. Janganlah halang dengan dogma 'kerja sebagai suatu ibadah'. Ianya tidak membantu dalam meningkatkan motivasi seseorang pekerja kerana apabila kita meletak 'kerja sebagai suatu ibadah' untuk menutup ruang, ianya amat merugikan.

Jika ada orang seperti aku bercerita mengenai kebaikan masa lalu jika dibandingkan dengan masa kini, seharusnya pemimpin atasan melihat perkara itu dengan mata dan hati yang terbuka. Mencari ruang dan titik yang mana membuat seseorang manusia bersuara membuat perbandingan sebegitu rupa. 

Ulasan

  1. Setuju. Keep on writing :)

    BalasPadam
  2. Jika kerja dipandang dalam konteks ibadah, sudah tentulah Allah swt sahaja yang akan menentukan ganjarannya. Takde isu bab itu, masing2 tahu dah. Argument sebegini sering kita nampak dalam mana2 perbincangan, tak pastilah untuk apa, mungkin bila sebut je kaitannya dengan agama, orang pun segan nak panjangkan cerita. Kita terus lemah dan dilemahkan dengan ayat klise dan out of context.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRSM Balik Pulau (Koleksi Foto) - Part 1

Malas pula hendak bercerita mengenai Homeroom. Baik aku tunjukkan koleksi gambar yang diambil pada tahun 2003 semasa reunion MRSM Balik Pulau ketika itu. Ada lagi gambar yang akan diupload kemudian nanti. Banyak. Aku fikir ada baik aku kembali kesana suatu hari nanti untuk aku ambil gambar yang lebih baik. Ini pun guna kamera digital Kodak 3.2 megapixel. Model di atas adalah Meor. Ini sebenarnya pada zaman aku dulu merupakan kaunter untuk segala pembayaran yang berkaitan dengan yuran pembelajaran maktab. Kalau tak salah aku ianya adalah sebanyak RM30 setiap bulan. Disini juga kami akan terima wang saku daripada MARA berjumlah RM25 bagi sesiapa yang layak. Segala keputusan, slip periksa dan apa saja urusan dengan pejabat, semuanya disini. Kaunter segera tepi tingkap. Ini sebenarnya pentas dalam dewan besar maktab. Aku masih ingat semasa menjadi 'sound engineer' untuk drama arahan Amron Roni. si Amron ni pernah jadi produser untuk rancangan sembang-sembang Chef Wan di TV9 tidak l

Cikgu Zul & SmartLearning

Cikgu Zul Kawan-kawan MRSM Balik Pulau hingga 1991, siapa pernah kenal dengan Cikgu Zulkifli Kassim (Cikgu Zul)? Beliau adalah antara pelopor SmartLearning di Malaysia suatu ketika dahulu dan aku adalah antara pelajar-pelajar yang bertuah dapat mempelajarinya dari pakar SmartLearning sendiri. Ada dua tiga orang lagi tenaga pengajar SmartLearning tapi aku sudah lupa nama mereka. Tapi aku sentiasa ingat Cikgu Zul. Berbadan besar tapi lembut tutur kata. Kali terakhir sebelum dia meletak jawatan sebagai guru di MRSM Balik Pulau, dia guna kereta Mitsubishi Galant besar. Pada masa pelajar lain sibuk dengan kaedah belajar biasa, kami di MRSM Balik Pulau sudah pun dilatih menggunakan kaedah SmartLearning; kaedah peta minda, kaedah study smart dan banyak kaedah-kaedah yang kalau masa sekarang, orang nampak biasa. Ya, aku ingat apabila aku ke UiTM (masa tu ITM) dan melukis awan-awan (peta minda) sebagai nota, member-member nampak pelik. Mereka fikir aku sedang buat ajaran sesat. Sebentar tadi ak

Mahu Beli Kamera DSLR? Baca Sini Dulu

Kebelakangan ini aku ditanya oleh beberapa orang rakan mengenai kamera DSLR (digital single-lense reflex). Seperti kamu sendiri sedia maklum, kamera DSLR adalah gajet terkini yang 'perlu' dimiliki. Orang ramai sudah tidak memandang kepada kamera digital biasa, sebaliknya terus ingin membeli DSLR. Mungkin kerana kamera DSLR yang tergantung di leher adalah cool atau pemilik itu benar-benar minat dengan fotografi, tidak dinafikan kamera DSLR semakin menarik minat ramai orang. Dulu, memang agak sukar untuk temui orang di sana sini memegang atau menggantung di leher sebuah kamera SLR yang besar 'gedabak'. Orang lebih selesa dengan kamera digital biasa yang boleh disimpan di dalam poket atau sarung. Ringan dan mudah. Tetapi mungkin kerana terdapat batasan keupayaan kamera digital biasa, maka DSLR sekarang semakin banyak kelihatan di tangan orang ramai. Satu lagi punca paling jelas, sebuah kamera DSLR sekarang boleh dimiliki dengan harga kurang RM2000. Model asas seperti Canon