Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aku Ada Kerana Apa?

Semasa menulis cerita yang lalu, aku begitu berhati-hati membariskan kata-kata agar tidak mengguris perasaan sesiapa pun. Bukan bermaksud ada hati yang terguris. Cuma aku tidak mahu dianggap seperti melupakan yang lain apabila menemui sesuatu yang baru. Tidak begitu. Tidak sama sekali. Aku bukan dari jenis yang mudah lupa. Aku masih ingat apa yang berlaku disuatu senja sewaktu aku berumur 4 tahun. Masih begitu jelas dalam ruang mata ini. Begitu jauh ingatan aku kerana ianya seperti gambar-gambar yang tersimpan dalam benak otak. Sebab itu mungkin aku mudah menghafal jalan-jalan yang aku lalui. Jauh lebih mudah dari ingat kepada wajah-wajah yang aku temui. Kenapa? Kerana aku tidak suka memandang terus kepada wajah-wajah mereka. Selalunya aku menunduk. Itu dahulu. Sekarang tidak lagi. Aku senang melihat ekspresi wajah manusia. Melihat keikhlasan mereka dari memek rupa. Mencari yang terselindung disebalik kata-kata mereka lebih mudah dilihat di wajah mereka. Maka, tulisan ini tidak membawa...

Sebuah Penghargaan Di Bulan September

Bulan ni baru sekali nak post? Sebenarnya sejak aku dimarahi dengan apa yang aku telah post disini sebelum ni, aku jadi malas nak menulis. Padahal berulang kali aku cakap, ini adalah cerita aku jadi wajar sangat aku cerita apa saja yang aku fikir sesuai. Tak payah la aku bagitau siapa yang marah. Hendak saja aku ceritakan suatu cerita yang amat menarik untuk kalian, tapi tunggulah dahulu. Rasanya masih belum sesuai. Hanya beberapa orang saja yang sudah mengetahuinya. Pastinya membuat kalian tersenyum nanti. Jalan ceritanya dan suasana ceritanya pun menarik. Hendak juga aku perkatakan bahawa aku kini tidak lagi terperangkap dengan kisah-kisah lalu. Ianya sudah berlalu amat-amat jauh. Cuma kalau sesekali mendengar lagu Keith Urban - You'l Think of Me, aku jadi sedikit kelu. Tapi biarkanlah. Aku sekarang sudah mampu tersenyum sendirian. Malam tidur diulit mimpi yang indah dan hari-hari dilalui bagai mimpi yang sentiasa berwarna yang indah. Melankolik ke? Lagipun, sampai berapa lama pe...

Aku Anak Merdeka

== Petikan Dari Komen Yang Diterima Berkaitan Post Yang Sebelum Ini == ain kata... Assalamualaikum; Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama; Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:- 1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan. 2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh.. 3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus. Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis. Selamat mencuba yer! ==== Terima kasih Ain. Siapa kata menulis blog tidak membawa faedah? Tengok. Ada saja orang yang sudi membaca dan kalau mereka ada perkara yang boleh dibantu, mereka akan bantu. Yeah, blogs need not always be about misinformations. Padahal, biarkanlah mereka dengan penulisan kritikal mereka. Dimana lagi hendak kita...

Gila Apa Cakap Dengan Diri Sendiri?

"Oi gemuk, bila mau kurus?" "Entah la, tak reti-reti nak berenti makan ni." "Berat ko dah 90 kilo lebih tau tak? Lebih 25 kilo dari yang sepatutnya!!" "Aku tau la. Aku naik senang, turun susah la." "Abis tu kira malas la nak kurus sebab susah nak kurus?" "Tak la. Hari-hari fikir nak kurus. Hensem sikit. Ko pernah tengok aku masa kurus dulu?" "Dalam foto pernah la." "Aku last betul-betul kurus, 5 tahun lepas." "Abis sekarang tak boleh nak kurus? Sekarang ni senang je ko nak dapat penyakit tau tak!" "Ye la. Kepala aku pun dah pening-pening sekarang. Tenaga asyik takde je." "Kuruskan la badan encik Gemuk oi!" "Ye lah! Ye lah!" =Perbualan dengan diri sendiri= Idan memang gemuk. Berat dia sepatutnya dalam lingkungan 65 kilo saja. Paling berat pun dalam zon berat ideal, 73 kilo. Ini dah dekat 90 kilo. Gempal sebijik. Dia sedar dia gemuk tapi susah betul nak kurus. Dia suka ...

Di Sini Caca Marba!

Lama tak menulis. Sibuk. Sampai majlis kahwin pun aku kena sediakan persiapan teknikal, slide, layar, sound, grafik. bla bla bla. Letih sungguh rasanya. Sepatutnya siang tadi aku kena sediakan draf akhir buletin untuk bos aku tengok, dia nak datang katanya. Tapi seharian aku tunggu, tak datang. Nasib baik. Kalau tidak memang bertambah letih aku. Sampai aku sakit. Tengah sakit ni. Sudah tiga hari kepala pening semacam. Ingatkan darah tinggi. Tengok blood pressure di klinik, ok saja. Doktor pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin minggu depan kena rujuk doktor pakar ENT. Ada la yang tak kena dalam kepala aku ni. Sabar je. Kereta buat hal lagi. Entah apa yang berlaku aku tak pasti lagi. Yang pasti, air radiator selalu kering. Ingat memang ada leaking dimana-mana tu. Tapi ada harinya aku drive laju menggila, ok pula. Entah apa biol aku pun tak tahu. Dia suruh tukar baru kot. Banyak duit aku. Pasal nak tukar kereta baru ni pun satu hal. Dulu ingat nak ambil Savvy (ye la, kutuk awal-awal). Tak...

Di Jari Ini Menulis Sesuatu

Esok ada d'Fiesta Kesenian JPN di Balora Perdana (nama dewan) JPN Putrajaya. Pertandingan kesenian, nasyid dan koir peringkat kebangsaan melibatkan hampir 400 orang peserta kakitangan JPN seluruh negara. Kira hebat juga memandangkan ianya dirancang dalam masa tak sampai sebulan saja. Mungkin disebabkan berpengalaman dalam menganjurkan JPN Idol sebelum ni, jadi takde masalah sangat nak handle program ni walaupun dari segi skel, lebih besar. Besar gila! Kalau dulu cuma 49 orang peserta, sekarang 400 orang! 8 kali ganda dan lebih rumit. Aku ni kira salah seorang dari urusetia program. Tugas aku, buat poster, tag, dan apa saja yang berkaitan dengan grafik. Malah layout dewan pun aku buat. Selama ni kalau mereka susun kerusi dalam dewan, mesti baris-baris lurus dari depan kebelakang. Membosankan. Sudahlah begitu, ianya menghalang pandangan orang pula. Jadi pada majlis ni, aku susun kerusi secara curve, membengkok seperti mana selalu yang kita nampak dalam sebuah auditorium. Baru la ada ...

Asyikin Yang Comel

Aku kata pada Asyikin, pipi dia tembam. Aku ingat dia nak marah ke. Rupanya dia suka je. Aku cakap pipi tembam macam baby. Tak layak dengan badan dia yang agak kurus. Err, bukan kurus, langsing. Tapi sebenarnya dah okay. Biasa la orang perempuan macam tu. Muka tembam tapi badan kurus je. Aku sebenarnya suka je. Tambah-tambah kalau dia senyum, sengih ke. Patut la orang lelaki ni mudah sangat cair dengan orang perempuan ye. Sabar, sabar. Aku jumpa dia kelmarin, tengah malam buta. Biasa la, itu saja time yang senang nak jumpa dia. Duduk lepak di kedai makan sambil berbual-bual. Selalunya dia akan ceritakan perihal pakwe dia yang banyak karenah. Rimas juga aku kalau kena dengan orang lelaki macam tu. Mungkin budak tu pun muda lagi jadi hati masih panas membara. Aku yang lagi lama kawan dengan Asyikin pun boleh dia jeles. Sepatutnya dia datang pada aku dan tanya pasal Asyikin dengan aku. Kurang-kurang aku boleh bagi tips. Heh. Takde la. Sekurang-kurangnya dia boleh senang hati tau yang aku ...