Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2006

4 Jam Di Kedai Mamak Dengan Ikin

Apa sebenarnya? Takde apa-apa. Takde apa-apa yang menarik lagi untuk diceritakan mengenai seseorang. Bukan tak suka tapi memang dah takde cerita. Jadi diam sajalah. ==== Semalam aku berjaga sampai hampir subuh menolong Ikin buat kertas kerja akhir. Mengantuk tapi dapat tolong kira dah berbaloi. Sekarang aku dok tengah nak faham apa maksud Skop Kerja yang dia kena buat. Jadi aku search la Internet ni. Baru la faham. Tak semua aku tahu. Kenapa tolong pagi buta? Sebab agaknya itu saja time dia free. Siang tu sibuk dengan kawan dan family. Dia risau aku ngantuk nak tidur. Agaknya memang dia tak tahu aku jenis boleh tahan berjaga malam. Macam la dulu tak pernah berjaga malam dengan si budak sorang ni. Banyak juga yang boleh diselesaikan kalau ada dua otak. Memang betul, kalau kita saja seorang yang fikir, kadang-kadang tak jalan. Tapi bila ada dua, selesai banyak benda. Aku takat boleh tolong itu saja. Nanti time dia buat presentation, pandai-pandai la. Aku pun kalau ikutkan ntah berapa kal...

Sampai Mati

Bila mana aku baca komen orang terhadap apa yang telah aku tulis, nyata semuanya suruh aku teruskan saja hidup dan lupakan apa yang telah berlalu. Tak guna nak toleh kebelakang kalau apa yang aku lihat itu semakin menyakitkan hati saja. Lebih baik aku lihat permandangan indah yang sedang aku lalui dihadapan. Tapi payahnya aku ini adalah disebabkan kenangan lalu itu sukar sangat untuk dilupakan. Jadi asyik-asyik aku akan mengeluh dengan keadaan dan peristiwa yang telah berlalu. Agaknya aku perlukan sesuatu untuk mengalih pemikiran aku. Jadi aku berpaling kepada Asyikien, adik angkat aku yang dah 6 tahun aku kenal. Sekarang dia sudah hampir habis belajar dan dah pun bekerja di Jalan Sultan Ismail. Dari aku kenal budak yang baru habis SPM sampai la sekarang dah jadi dewasa. Senang hati aku tengok dia dan dia masih tetap macam dulu terhadap aku, manja macam adik aku sendiri. Sekarang dia sibuk nak siapkan final presentation dan aku rasa kesal sebab aku jarang sangat tolong dia dulu (mungki...

Berani Berubah

Dah, dah tak sedih. Dah okay. Jangan risau. Ada banyak perkara lain yang aku boleh buat dari melayan hati yang tidak akan punyai kesudahan. Baik aku layan akal fikiran yang cuba sedaya upaya untuk berubah. Itu yang aku sedang lakukan. Terima kasih kepada mereka yang ambil berat. Aku hargainya.

Menceritakan Sesuatu

Aku gumpal-gumpal menjadi kejap kemudian aku telan dan simpan jauh disudut gelap hati ini hingga ianya menjadi reda. Kemudian aku menjadi biasa kembali. Begitu caranya aku memendam rasa. Apa jua rasa. Sekarang masa kecewa dan sedih aku. Aku sedang buat begitu. Pernah orang bertanya, tidakkah lama nanti semua itu akan meletup? Setakat ini masih belum walau bertimbun-timbun telah aku buang sebegitu. Setakat ini ianya lenyap ditelan masa. Syukur. Harapnya selama-lama begitu. ==== "Kalau dia sayang Abang, mesti dia pilih Abang". Dengan kata-kata itu aku tersentak dan tersedar. Betul. Selepas dua hari aku dengar dari mulut Lily, baru sekarang aku akui betul. Masa itu aku hanya menggeleng cuba menafikan atau tidak mahu percayakannya. Tapi sekarang, sekarang aku sudah nampak betulnya kata-kata dia. Kadang-kadang kita perlukan orang diluar sistem kita untuk menunjukkan jalan yang kita fikir lurus. Dia nampak lain. Baru tersedar. ==== Jiwa dan perasaan aku jauh lebih tenang hari ini b...

Mengambil Gambar Di Otak

"Sedih ke" "Tak la, biasa saja" "Cakap betul-betul, sedih tak?" "Mana ada sedih. Nak buat apa sedih?" "Hipokrit betul la dia ni" "Suka hati la" "Takkan takde rasa apa-apa?" "Nak rasa apa? Yang dah jadi tu biar la" "Takkan la tak sedih, tipu betul" "Malas nak sedih-sedih. Bukan boleh ubah apa-apa pun" ==== Masalahnya aku ni ada ciri-ciri orang yang mempunyai "photographic memory". Kadang tu aku boleh bayangkan dengan jelas di mata ni keadaan disesuatu tempat. Sebab itu kalau aku kemana-mana, aku cepat hafal jalan. Tapi itu bukan masalah, tapi bertuah. Cuma yang tak bertuahnya kalau kenangan-kenangan lama masih jelas terbayang didepan mata walau sehebat mana sekalipun aku cuba melupakannya. Setiap bibit-bibit kisah lama dan setiap memek muka watak-watak dalamnya masih jelas dapat aku lihat satu persatu. Maka apa masalahnya? Macam-macam. Kadang-kadang ianya amat menyakitkan hati, ...

Esok Berakhirnya Sebuah Cerita

Zura akan melansungkan perkahwinannya esok 18 Mac 2006 di Banting. Aku gembira tapi aku sebenarnya bersedih. Aku gembira kerana apa yang dihajatinya telah tercapai. Kerana sebahagian daripada hidupnya telah lengkap. Kerana dia telah memulakan perjalanan yang baru. Cerita baru. Aku bersedih kerana disinilah titik akhirnya keakraban kami. Aku takkan mungkin dapat rapat dengan dia seperti yang kami pernah lakukan sebelum ini. Banyak halangan dan peraturan yang perlu kami patuhi agar tidak nanti dia menderhaka kepada suaminya. Tidak boleh lagi kami berjalan-jalan kesana kemari mencari tempat yang tidak pernah kami pergi. Kami redah semuanya kerana itulah minat kami, berjalan (naik kereta, motor, jalan kaki dan lain-lain). Kami tidak lagi boleh keluar malam minum di kedai kopi atau A&W atau McDonalds atau KFC atau dimana saja yang kami biasa lakukan samada untuk berbual-bual mengenai kehidupan mahupun membantu Zura membuat assignment. Dan aku tidak boleh melihat senyuman dan tawanya sep...

Makan Udang

Aku selak-selak balik catatan lama, rupanya banyak yang aku janjikan ada sequel tapi aku tak tulis pun. Paling baru pasal Miri. Malas la nak cerita. Takde idea. Kenangan ada la. Tak payah la ye. Minggu lepas balik kampung. Lama betul tak balik. Rasanya last time hari adik aku kahwin bulan 12 dulu. Lama dah. Seronok dapat balik sekali sekala. Tapi tak seronoknya sebab tak dapat merasa laksa Kuala dan cendol. Kalau korang ke Kuala Kangsar, jangan lupa rasa laksa dan cendol di Lembah, tepi sungai. Tapi sempat aku merasa udang galah yang pakcik aku ternak. Ada 4 kolam besar yang setiap kolam boleh hasilkan dalam 100 kilo udang setiap kali. Tapi malangnya haritu satu kolam yang cuma tinggal 2 minggu lagi untuk dituai hasil, semua udang mati. Bukan sakit tapi mungkin tak cukup oksigen dalam kolam. Tapi itu jadi rezeki kami saudara-saudara pakcik aku dapat la merasa udang galah. Bukan tak pernah merasa dulu. Tapi sekarang dapat merasa balik, puas hati. Emak buat sambal udang, aku baham sampai...

frossonice the website is coming back?

Aku pernah ada full working website siap dengan biodata diri dan cerita-cerita menarik. Itu dulu. Dah dua tahun lebih aku tutup. Tapi file masih aku simpan dalam web. Jadi kalini aku bagi link kalau-kalau korang berminat nak tengok; frossonice Itu pun website yang dah akhir-akhir aku buat. Guna 100% Dreamweaver 4. Letih nak buat dan nak update setiap hari. Website tu siap ada guest book dan juga forum board. menarik tapi aku malas dan semakin sibuk dengan kerja sekarang. Tunggu aku masukkan DSL line dirumah, mungkin aku jadi rajin balik. Kenapa aku buat website? Sebab aku suka dan hobi aku. Aku tak suruh orang pergi puja. Aku punya hasil tak sehebat mana tapi itu hasil usaha aku 100%.