Betul la, kalau kita dah tahu esok lusa kita kena pindah kerja tempat lain atau bahagian lain, kerja yang ada ditangan kita sekarang ni rasa macam malas sangat nak kita buat. Tambah-tambah kalau kerja tu bukan bergantung kepada kita seorang, maknanya orang lain yang ganti kita pun boleh buat. Lagilah kita taknak buat. Takde motif pun tunjuk rajin tak tentu pasal. Jadi 1 Ogos nanti aku akan berpindah ke Bahagian Latihan, JPN. Daripada kerja buat MyKad, sekarang kerja buat buletin JPN dan organise latihan untuk kakitangan JPN. Tapi tugas aku spesifiknya yang pertama tadi, buat buletin JPN. Kenapa? Sebab orang kata aku kreatif. Ooo, sebab tengok aku buat beberapa backdrop untuk majlis JPN, orang dah kata aku kreatif. Okay la tu. Alhamdullillah. Bukan nak bangga diri, tapi kurang-kurangnya kita bawa perubahan dalam teknik bekerja atau menghasilkan sesuatu dalam pejabat kerajaan. Selama ini kalau ada apa-apa function jabatan yang memerlukan backdrop pada dinding atau layar didewan, mereka s...