Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Menghadapi Keadaan Ini

Susah juga hendak hadapi isteri yang sedang mengandung. Simpati memang sangat-sangat simpati dengan keadaan yang sedang dihadapi. Kadang-kadang sampai tidak tahu apa yang harus dibuat. Aku sekadar boleh tengok. Ye lah, takkan aku nak sedut angin keluar dari mulut dia pula.  Morning sickness Zura bukan setakat pagi saja, tapi siang malam. Jadi suami kena banyak bersabar juga sebenarnya dalam keadaan begini. Tidak boleh marah tak tentu pasal jika isteri terbaring lesu dan langsung tidak pedulikan kita. Macam orang selalu kata, kalau kita tidak pernah alaminya, kita tidak tahu bagaimana. Aku bile hendak mengelakkan rasa susah hati sangat, aku buka komputer dan main games. Lapangkan fikiran dengan bunyi dan aksi di skrin komputer. Tetapi Zura akan selalu panggil aku tanpa sebab. Kadang-kadang semata-mata hendak aku dekat dengannya. Aku jenis bila dipanggil sekali, terus aku bergegas datang. Tidak elok tangguh-tangguh. Mana kita tahu apa yang dia hendak ketika itu. Kadang-kadang Zura cu...

Rezeki Ramadhan

Hendak menulis panjang-panjang, otak masih letih setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja pejabat yang dibuat sejak beberapa hari lalu lagi. Pertamanya, Ramadhan tahun ini membawa berita yang sangat gembira dalam hidup Aku dan Zura. Zura telah disahkan mengandung lima minggu dua hari (sewaktu diperiksa oleh doktor tempohari). Syukur. Patutlah berlainan benar keadaan Zura sejak kebelakangan ini. Beliau sering mengadu badan tidak selesa. Rupa-rupanya badan Zura sedang dalam proses bersiap sedia untuk ketibaan zuriat kami. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami berdua. Aku bertanya dan ditanya (dan oleh orang lain juga), mahu anak lelaki atau perempuan? Jawapan aku dan Zura adalah sama. Anak lelaki atau perempuan, ianya tetap anugerah dunia dan akhirat. Tidak kisah yang mana satu. Kami hanya doakan zuriat yang baik, itu saja. Kedua, Ramadhan tahun ini juga membuat aku senang hati dengan kerjaya. Aku telah disahkan taraf jawatan baru setelah hampir 10 bulan memangku...

Projek Tukar Layout Baru Dilancarkan.

STICKY!   (post terbaru di bawah ~ kalau ada...) Sudah Ogos. Aku janji Mac tempohari. Aku beritahu pada penghujung tahun lepas yang aku mahu tukar layout baru. Tetapi bila aku tengok balik, ketika itu aku baru saja tukar ke layout sekarang pada Mac 2010. Jadi aku janji aku akan tukar pada Mac 2011. Sekarang sudah Ogos 2011. Okaylah. InshaAllah aku akan tukar layout baru. Kalau aku tukar layout baru, mengikut konvensyen blog/website aku, ianya sudah versi yang ke-11. Kalau tidak silap aku. Kerana awal tahun ini aku menyambut ulang tahun ke-10 penglibatan aku dalam dunia blogging. Ya, aku sudah berblog selama lebih 10 tahun. Itu sebelum aku kenal Blogger.com dan terpaksa upload secara manual ke server setiap kali aku update blog. Kerja gila tetapi menyeronokkan. Jam empat pagi masih terkial-kial upload blog walaupun pagi nantinya aku perlu ke pejabat. Layout sekarang berlatar warna oren. Layout seterusnya warna apa pula yang sesuai ya? Ini blog aku beberapa tahun lepas. Ini website a...

Belanja Bonus

Rumah belum ada set sofa dan meja makan. Sebenarnya nasib baik aku belum beli masa bujang dulu. Tengok apa jadi dengan televisyen aku; hancur. Kena tepuk badan TV 100 kali baru nampak gambar. Peti ais dan mesin basuh pun habis kena belasah. Nasib baik dua-duanya masih okay. Jadi cadangnya dengan rezeki bonus dan gaji, bolehlah beli sofa atau meja makan yang harga murah. Terus terang, biar murah tidak mengapa. Aku dan Zura saja yang akan guna buat permulaan ini. Tetamu pun jarang datang lagi. Aku teringat sewaktu belajar di Universiti dulu. Salah satu subjek adalah pembuatan perabot. Ya, aku kena buat perabot. Aku hasilkan meja Jepun yang amat kecil. Layak meja tepi sofa saja sebenarnya. Apa tidaknya, aku sibuk tolong orang lain (waktu itu orang lain itu adalah kekasih hati... Hahaha) siapkan perabotnya sampai kerja sendiri terabai. Biasalah. Betul, kami kena buat perabot sendiri. Ada yang buat kerusi, ada yang buat meja. Aku sudah lupa. Mungkin Bob boleh ingatkan balik. Apa yang kau bu...

Azam

Ye, aku tahu. Sudah berapa kali berazam tapi masih belum ditunaikan. Aku mahu saiz badan aku seperti di atas kembali. Bawah 80kg, bukan 90kg seperti sekarang. Nampak lebih sihat dan fit. Nampak lebih segak, agaknya. Heh. Zura agak terkejut aku ada banyak helai baju yang langsung aku tidak pakai padahal ianya masih baru dibeli. Alasan aku, bentuk badan aku tidak mengizinkan. Ramadhan ini pun agak sukar hendak aku penuhi niat aku, menjadi kurus. Makanan yang disediakan oleh Zura sangat sedap dan menyelerakan. Tapi hari ini awal pagi tadi bila aku pakai seluar kerja, rasa badan lebih kecil sedikit daripada biasa. :D There is hope.

Warna-Warna Hari Raya (Yang Masih Terlalu Awal Untuk Disambut)

Tadi terdengar beberapa rakan pejabat berbicara hal duit raya. Mereka sudah mula sibuk untuk menukar duit raya. Tahun lepas ada seorang rakan pejabat yang menguruskannya. Tahun ini sudah tidak ada.  Aku terfikir; cepatnya. Sekarang pun sudah hari ke-8 berpuasa. Pejam celik, masa berlalu.  Tahun ini (seperti tahun-tahun sebelumnya), aku tidak ke tukang jahit untuk menyiapkan pakaian 'raya'. Aku dan Zura sudah bersetuju untuk membelinya saja. Lebih mudah. Warna masih difikirkan lagi. Aku serahkan kepada Zura untuk memilih warna kerana pertama, aku rabun warna. Kedua, aku rasa aku sesuai dengan apa saja warna. Kulit aku tidak terlalu gelap dan tidak juga terlalu cerah.  Tapi biru sudah ada, hitam pun sudah ada. Putih ada. Oren aku pernah pakai dan set baju melayu itu masih ada dalam keadaan yang sangat baik. Warna 'cream' pun pernah. Jadi warna apa lagi ye? Zura berura-ura untuk memilih warna ungu. Aku terima saja. Ungu pun okay, bukan? Masalahnya aku saban tahun beraya di...

Ramadhan dan Makan

Lama tidak menulis. Tidak ada alasan. Cuma ada waktu aku mahu menulis tetapi tidak tahu apa yang hendak diceritakan. Sekarang sudah Ramadhan. Pertama kali berpuasa bersama isteri. Kalau dulu setiap petang sebelum masuk waktu, aku akan mencari juadah makan sama ada di Pasar Ramadhan, makan di restoran atau makan makanan segera. Setiap petang memikirkan apa yang hendak dimakan dan di mana hendak dicari semua makanan tersebut. Sekarang, balik saja rumah, makanan sudah tersedia dimasak oleh Zura. Ala kadar, seperti yang aku sering mahukan. Kadang-kadang cuma dua jenis lauk pun sudah mencukupi. Sudah menyelerakan. Makanan untuk dua orang rasanya tidak pernah lebih dari RM10. Tempohari Zura buat tempe goreng dengan ikan bilis. Wah, sudah menyelerakan untuk berbuka.  Aku bukan apa, mungkin sudah sekian lama bila tiba bulan puasa, makan beli di luar. Jadi tidak ada sangat istilah berjimat. Tetapi kali ini terasa begitu menjimatkan. Sahur aku tidak makan. Aku sekadar minum air kosong. Jadi ...