Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Ritual

Aku tiada ritual setiap tahun baru menjelma. Tidak seperti pada setiap hari lahir aku dimana aku akan ke restoran makanan segera dan makan seorang diri, tahun baru tidak membawa apa-apa makna bagi aku. Ianya seperti hari-hari biasa yang perlu aku lalui. Seterusnya bersedia untuk 53 hari berikutnya sehinggalah tiba tarikh hari lahir aku. Aku akan makan sendirian di restoran makanan segera. Jangan kata kesian atau loner. Aku fikir itu hadiah kecil untuk diri aku. Aku biasanya duduk makan sambil membaca surat khabar atau majalah National Geographic, baik keluaran terbaru atau pun koleksi lama yang aku beli dengan harga RM7 sebuah. Nak turut serta? Silalah. Aku tidak menghalang. Cuma waktu itu biasanya aku diam seorang diri. Kerana aku tidak boleh lakukannya di dalam keretapi komuter (terlalu ramai pendatang), untuk berseorang diri. :-) Aku hendak sangat di hari lahir nanti, atau pada tahun baru nanti, aku naik keretapi komuter ke Pelabuhan Klang, mungkin. Melihat senja. Atau di mana saja ...

Menilai Hidup Ini - Babak 14

"Saya baru nak lunch dan makan malam. All in one macam fotostat juga. Tak sempat makan tadi. Awak dah makan?" "Tak makan lagi. Takde orang ajak. Makan dulu, okay. Nanti sakit perut. Kesian, banyak sangat kerja awak. Jaga kesihatan. Jauh sangat nak tolong jaga." "Ala, makan le... Ala awak, kalau jodoh, tak jauh pun nak jaga. Awak makan ye." "Huh? Terasanya..."

Izzurina

Aku sedang mencari seseorang. Kemungkinan dia merupakan "first love" aku, sekitar umur aku 8 - 9 tahun. Bukan "first love" rasanya, cuma perasaan suka. Dan, aku hampir menemuinya. Tidak, bukan bersua muka. Cuma melalui Facebook dan Tagged. Aku mahu pastikan mereka itu adalah dia. Ya, itu adalah dia. Cukuplah. Aku tahu dia masih ada. Aku cuma ingin tahu. :-) "Idan, kereta mak Izu... Tu dia ada di belakang" Sambil kereta Ford Laser meluncur laju melintasi hentian bas tempat aku dan seorang rakan duduk. "Ye, memang dia" "Kenapa engkau suka dia?" "Sebab dia cantik" Jawab aku ringkas. Umur lapan tahun sudah pandai ye... 

Honey And The Moon

Honey And The Moon - Joseph Arthur Don't know why I'm still afraid If you weren't real I would make you up now I wish that I could follow through I know that your love is true and deep as the sea but right now everything you want is wrong, and right now all your dreams are waking up, and right now I wish I could follow you to the shores of freedom, where no one lives. Remember when we first met and everything was still a bet in love's game you would call; I'd call you back and then I'd leave a message on your answering machine But right now everything is turning blue, and right now the sun is trying to kill the moon, and right now I wish I could follow you to the shores of freedom, where no one lives Freedom run away tonight freedom, freedom run away run away tonight We're made out of blood and rust looking for someone to trust without a fight I think that you came too soon you're the honey and the moon that lights up my night But right now everything yo...

9 Crimes

9 Crimes Damien Rice feat. Lisa Hannigan Leave me out with the waste This is not what I do It's the wrong kind of place To be thinking of you It's the wrong time For somebody new It's a small crime And I've got no excuse Is that alright? Give my gun away when it's loaded Is that alright? If u don't shoot it how am I supposed to hold it Is that alright? Give my gun away when it's loaded Is that alright With you? Leave me out with the waste This is not what I do It's the wrong kind of place To be cheating on you It's the wrong time She's pulling me through It's a small crime And I've got no excuse Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright? If you dont shoot it, how am I supposed to hold it Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright Is that alright with you? Is that alright? I give my gun away when it's loaded Is that alright? If you don't shoot it, how am I supposed to hol...

Menjelang 365 Hari

Tahun baru sudah aku sambut awal. Kelmarin aku pasangkan langsir baru di jendela. Aku juga beli rak menggantung tuala (yang selama ini aku gantung di jendela) dan rak menyangkut baju. Aku juga telah makan 6 ketul donut Big Apple semalam setelah aku makan 3 ketul donut yang sama kelmarin. Memang aku cari penyakit agaknya. Kalau hendak diikutkan hati, aku mahu membeli sebuah gitar akustik. Aku mahu belajar main gitar hingga aku boleh menghasilkan lagu melaluinya. Kemudian aku terlihat piano. Menarik juga. Berlajar main piano tidaklah susah. Aku pernah belajar sedikit-sedikit dulu semasa di MRSM BP dengan piano di dewan. Tetapi tidak sampai tahap berani untuk bermain di hadapan orang ramai seperti yang Azrul Hanidy lakukan. Kamu masih ingat? Namun, piano agak mahal harganya dan besar saiz. Jadi aku fikir aku akan beli gitar saja nanti. Kemudian aku teringatkan biola ayah (mungkin bukan ayah punya) di bawah katil di kampung. Tiada tali dan penggeseknya juga sudah hilang. Menarik juga kalau...

Mengenai Laman Web MRSM Balik Pulau

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430. Selesai aku menonton Remember The Titans tadi, aku terfikirkan sesuatu. Pada tahun 1990 dan 1992, MRSM Balik Pulau pernah menjadi johan pertandingan bola sepak antara sekolah di Pulau Pinang untuk peringkat umur bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Begitu hebat pasukan bola sepak MRSM BP ketika itu hingga amat disegani di Pulau Pinang. Seingat aku, sepanjang musim pertandingan bawah umur 15 tahun pada tahun 1990, MRSM BP menang semua perlawanan hingga ke perlawanan akhir. Itu mungkin suatu rekod, aku tidak pasti. Kemudian pasukan yang sama mengulangi kehebatan mereka pada peringkat umur bawah 18 tahun, dua tahun kemudian. Memang hebat. Cuma, bila aku pergi mengunjungi laman web MRSM Balik Pulau , tiada semua maklumat itu. Agaknya maklumat sebegitu tidak penting seperti maklumat akademik; keputusan peperiksaan, jadual peperiksaan dan segalanya yang mengenai akademik. Jadi, apa motif diadakan pertandingan sukan antara sekolah dan dihantar pasukan untuk b...

Menilai Hidup Ini - Babak 13

Siang. Fikiran bercelaru. Begitu banyak andaian yang terbang keluar dari benak fikiran ini mengenai dia. Sehingga senja, aku seperti mahu berputus asa saja dan biarkan berlalu apa jua rasa yang terpendam di jiwa. Tiba malam. Sedang dalam sibuk suasana, telefon berdering. Dia menelefon. "Hi awak." "Hi comel. Saya dok terfikirkan awak. Awak sihat?" "Ye ke? Awak sibuk ke? Sihat." "Ada bengkel ni. Tapi takpe, cakap sajalah. Ada apa?" "Awak, sebenarnya saya takde tempat hendak mengadu. Saya teringatkan awak, jadi telefonlah." "Ada apa?" "Saya cuma nak bagitau saya senang hati sangat hari ini. Saya berjaya buat sales. Suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa." "Tahniah awak. Untungnya awak. Ini kira hadiah hari jadi awak la ye." "Bukan takat hadiah hari jadi je, ini first sales company saya untuk season baru." Dan seterusnya kami berbual hampir 10 minit lamanya. Suaranya sebak, bukan kerana bersedih. T...

Aku Di Kota Bharu - 3

Lain kali aku tidak perlu merancang. Lebih baik, aku gantung saja kamera di leher setiap masa dan ke mana saja aku pergi. Jadi aku tidak perlulah kecewa bila petang aku rancang mengambil gambar, hujan turun lebat. Sempat juga aku merakamkan beberapa shot gambar. Selebihnya aku cuma berjalan melihat keadaan. Agak sukar hendak mengambil gambar di Kota Bharu tanpa diperhatikan orang. Atau aku sibuk memerhatikan orang. Tiada bezanya suasana di Kota Bharu dengan bandar-bandar besar lain. Manusianya, sosialnya, keadaannya masih tetap sama. Cuma, orang cina di Kota Bharu jauh lebih peramah. Atau orang cina di pantai timur secara umumnya jauh lebih peramah dan selesa berbual dalam bahasa Malaysia tanpa masalah. Mungkin esok aku boleh lakukan sesi fotografi lagi. Kalau tidak berpeluang juga, lain kali sajalah.

Aku Di Kota Bharu - 2

Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Itu kesimpulan aku. Pasti selepas ini akan banyak lagi bengkel sebegini di serata Malaysia. Bukan aku tidak suka dengan bengkel sebegini tetapi ianya begitu memenatkan mental. Kalau dikerah bertugas dari awal pagi hingga lewat malam, lama-lama kamu juga akan bosan. Petang tadi sempat aku menjamah popia di tepi stadium. Agak sedap. Rasanya bukanlah makanan istimewa yang orang akan cari bila berkunjung ke Kota Bharu. Makanan orang sini saja. Namun ianya cukup sedap untuk dirasa. Nasi kerabu atau keropok, kamu boleh cari di mana-mana. Esok aku mahu ke White House; katanya roti dan telur di situ sedap. Aku ingat kerana pernah terbaca di akhbar tidak lama dulu. Satu aku sedari bila berjalan-jalan petang tadi, Kota Bharu agak bising dengan bunyi burung layang-layang buatan yang dipasang di bangunan-bangunan kedai. Bukan satu dua, banyak. Ianya membingitkan. Sepatutnya majlis perbandaran memantau keadaan ini. Tidak seronok hendak berjalan-jalan de...

Menilai Hidup Ini - Babak 12

"Semoga hari esok awak lebih ceria dari hari ini. Jaga diri baik-baik." "Terima kasih awak. Awak pun jaga diri ye..." "Okay. Jangan risau. Awak ada boleh tolong jaga." "Hehe. Boleh." Sedetik masa untuk bahagia. Walau hanya sekadar baris-baris kata.

Aku Di Kota Bharu - 1

9.00 pagi dari Kuala Lumpur, 5.30 petang tiba di depan hotel di Kota Bharu. Nasib baik bukan aku yang memandu. Jadi aku cuma duduk sebagai penumpang di dalam kereta sepanjang perjalanan. Kalau aku menggunakan kapal terbang, aku sudah lama sampai dan tertidur di katil hotel. Namun pemandangan di sepanjang perjalanan menenangkan hati. Sangat menarik. Sudah lama benar aku tidak menggunakan jalan dari Bentong melalui Kuala Lipis, Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Lebih 10 tahun yang lalu. Jadi aku sudah tidak ingat apa bezanya. Bukit batu kapur di Gua Musang begitu indah. Kenapa aku masih belum lihatnya di dalam filem? Oh lupa, orang bikin filem di Malaysia lebih suka suasana di kelab malam dan Kuala Lumpur saja. Aku akan berada di sini sehingga 25hb nanti. Kalau kamu berada di Kota Bharu, hubungi aku. Boleh kita minum teh bersama di tebing sungai Kelantan, mungkin. Pasar Siti Khadijah? Masih tiada dalam perancangan. Kamu fikir aku shopaholic ke?

Ke Kota Bharu

Pagi nanti bertolak ke Kota Bharu, Kelantan. Akan berada di sana sehingga 25hb. Bengkel lagi. Aku perlu tidur sekejap. Mana tahu tiba-tiba bos minta aku drive. Sepatutnya aku naik kapal terbang. Tetapi memandangkan bos drive seorang dan dia mengajak, aku sukarela ikut. Seperti biasa, Canon 400D aku bawa. Koleksi Kota Bharu akan datang tidak lama lagi. :-)

Dia Yang Sebenarnya

Awak, Selamat hari Lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dirumahkan rezeki. Saya tak pernah tau umur awak, kan. Tidak mengapa. Janji awak akan sentiasa gembira. Awak akan sentiasa damai dan sentiasa dalam perlindungan Allah. Senyum selalu. ==== Tidak, dia tidak pernah baca blog ini. Aku tak fikir dia pernah tahu ada blog ini. Aku pernah kirim URL blog ini melalui SMS. Mungkin dia pernah berkunjung, aku tidak tahu. Tetapi kalau pernah, aku sebenarnya mengulangi setiap perbualan aku dengannya. Tidak perlu juga aku beritahu siapa dia, kecuali seorang dua yang sudah mengenali dia. Aku mahu sembunyikan dari kamu semua. Walau tidak sepenuhnya. Maafkan aku kerana melakukannya. Tiada apa-apa antara kami berdua. Masih terlalu jauh untuk memikirkan perkara itu. Suatu ketika dahulu, semasa awal perkenalan, aku fikir aku seperti perlu mendaki tembok yang amat tinggi. Mana mungkin aku boleh meluahkan hati ini kepada orang yang sepertinya. Kamu lihat dia di luar sana dan kamu lihat aku dan kamu akan b...

Falling Slowly

Glen Hansard - Falling Slowly Lyrics I don't know you But I want you All the more for that Words fall through me And always fool me And I can't react And games that never amount To more than they're meant Will play themselves out Take this sinking boat and point it home We've still got time Raise your hopeful voice you have a choice You'll make it now Falling slowly, eyes that know me And I can't go back Moods that take me and erase me And I'm painted black You have suffered enough And warred with yourself It's time that you won Take this sinking boat and point it home We've still got time Raise your hopeful voice you had a choice You've made it now Falling slowly sing your melody I'll sing along

Menilai Hidup Ini - Babak 11

"Kenapa awak baik sangat terhadap saya?" "Satu, kerana saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dua, bila orang baik dengan saya, saya akan balas sedaya mampu. Tiga, saya memang suka awak." "Saya ni tidak baik sangat. Saya pun suka awak. Baik, lembut bahasa dan hormat orang." "Semua orang takkan mengaku diri dia baik. Bagi saya, semua orang baik. Dan awak amat baik, di mata saya. Saya suka sebab awak orang yang tidak mudah putus asa. Strong will. Tak senang jumpa orang macam awak." "Saya kena kuat. Kadang-kadang saya penat jadi saya. Tapi dengan jadi kuat, kerja kuat, sekurang-kurangnya saya tak sangat sedih tentang diri dan hidup saya yang tiada sesiapa in. Hanya Allah saja yang tahu hati saya yang luka ni." "Tapi awak memang kuat. Jauh lebih dari apa yang awak sangka. Itu yang saya nampak. Dari tempat yang awak berdiri sekarang ni, saya amat kagum dan tumpang bangga. Awak sebenarnya tidak sendirian. Percayalah. Saya sudah la...

Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku)

Pernah ke ada ranking filem melayu paling hebat sepanjang zaman? Setakat ini aku tidak pernah jumpa lagi. Jadi aku hendak buat sendiri. Ikut cita rasa aku. Kamu hendak tambah dan tukar ikut cita rasa kamu, suka hati. Ranking 10 Filem Melayu Terhebat Sepanjang Zaman (Pilihan Aku) Hang Tuah (1956) Bukit Kepong Mukhsin Seniman Bujang Lapok Ali Setan Bujang Lapok Ibu Mertuaku Anakku Sazali Sepet Semerah Padi Lebih kurang begitu pilihan aku. Nantilah senang-senang aku komen kenapa aku pilih setiap filem tersebut. Apa pula pilihan kamu?

Diskriminasi Kerja Kerajaan? Ye Ke?

Kalau blog ini popular dan dibaca oleh ramai orang, artikel yang hendak aku bentangkan ini pasti mendapat respon panas. Mengenai bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Pandangan aku sendiri. Selalu aku baca di blog dan media mengenai kurangnya orang bukan melayu di dalam perkhidmatan awam. Atau ada yang lebih lantang mengatakan peluang orang bukan melayu dalam perkhidmatan awam amat terbatas dan kalau ada yang berkhidmat, peluang mereka untuk meningkat juga amat terbatas. Realitinya memang benar terlalu sedikit bukan melayu (secara umumnya melayu disini merujuk kepada bumiputra) dalam perkhidmatan awam dan ianya agak mengecewakan. Kerana kalau hendak dibuat batu aras persaingan mutu kerja antara melayu dan bukan melayu, maka susah hendak dilakukan. Kita tidak boleh bandingkan mutu kerja dalam perkhidmatan awam dengan sektor swasta. Matlamat akhirnya tidak sama. Jadi bagaimana hendak kita kata bukan melayu lebih bagus menjalankan tugas berbanding dengan melayu? Di luar sana dalam sekt...

Menilai Diri Sendiri Dan Orang Lain

Kamu sudah rasa Double Prosperity Burger McDonald's? Belum? Pergi rasa. Okay, tunggu gaji kemudian pergi makan. Belanja diri sendiri. Bila lagi kan. Kalau kamu berjimat sekalipun, setakat RM20 untuk belanja diri sendiri takkan tak boleh? Tidak suka McDonald's? Tidak mengapa. Makan benda lain atau beli benda lain dengan RM20 sebagai hadiah untuk diri sendiri. Kenapa? Supaya kamu tidak membebel orang tidak berikan hadiah semasa ulang tahun hari lahir kamu atau semasa Valentine's Day atau semasa hari raya... atau apa saja. Belanjalah diri kamu tu. Sedari tidak, sudah hampir setahun kamu bekerja bersusah payah mencari seringgit dua. Apa salahnya kamu ucapkan tahniah kepada diri sendiri. :-) Ya, motivasi murahan. Aku pergi makan Double Prosperity kelmarin di Alamanda dengan duit tinggal RM50 di dalam poket. Aku peduli apa. Kalau hendak kata sedap, aku lebih suka Carl's Jr. dan dengan harga RM20, aku boleh dapat hidangan Carl's Jr. yang jauh lebih sedap. Tetapi tidak meng...

Perkhidmatan Kaunter

Tipikal rakyat Malaysia untuk menyalahkan kakitangan kerajaan dalam banyak hal. Harga minyak naik turun pun boleh mereka kata kakitangan kerajaan dapat untung. Untung apa agaknya tu? Kalaulah setiap kakitangan kerajaan ada syer dalam Petronas, berebut rakyat Malaysia mahu jadi kakitangan kerajaan. Aku rasa tiada masalah orang bukan melayu mahu jadi kakitangan awam. Hakikatnya, ramai kakitangan awam yang hutangnya keliling pinggang. Meminjam daripada ceti haram tu lagilah ramai. Kalau kamu jumpa kakitangan awam berpangkat kerani yang guna kereta lebih mahal dari Waja, mereka samada sudah kerja begitu lama atau anak-anak mereka berduit, atau memang asal mereka dulu berduit. Ramai kakitangan kerajaan terutama yang baru bekerja (aku refer kerani sajalah ye) yang cuma boleh bermimpi untuk pakai Viva dan Saga saja (kita paling baru lah ni). Itu pun setelah bersusah payah untuk berhutang 100% selama 9 - 10 tahun dengan Bank Rakyat. Duit syer royalti minyak? Aku masih belum nampak ianya menghu...

Aku Tersesat Ke Tempat Lain

Siang tadi aku buka Google Maps (bukan Google Earth). Mencari-cari di mana letaknya Grand River View Hotel, Kota Bharu. Jumpa. Tepi sungai rupanya. Kerana 21hb nanti aku perlu ke sana. Berkampung untuk 5 hari sehingga 25hb. Memang berjalan kesana kemari sekarang, hinggalah mungkin menjelang Mei nanti. Atau Jun. Atau Julai. Aku tidak tahu. Pastinya, setiap bulan ada saja destinasi yang menanti. Dengar khabar angin dari tingkat atas, selepas ini mungkin ke Labuan pula. Kata mereka, alang-alang berjalan jauh, biar jauh betul-betul jauh. Kalau begitu, mahu saja aku cadangkan ke Santiago, Chile. :-D Bukan jalan bermain-main dan mencari barang murah di Pasar Siti Khadijah. Atau mana-mana saja pasar yang selalu diserbu pelancong (anehnya semasa di Kuala Terengganu tempohari, aku tidak pun ke Pasar Payang... Oh, aku lelaki. Patutlah). Ada kerja yang perlu diselesaikan. Dengar khabarnya nanti, Bos Besar ingin turun padang melihat gelagat anak-anak buahnya memerah otak menyediakan karangan indah...

Punca

Ada beberapa sebab kenapa aku kurang menulis sekarang. Pertamanya, aku keputusan idea. Tiada ayat-ayat menarik untuk ditulis di ruang ini. Aku tidak tahu bagaimana atau dari mana hendak mula. Benar-benar buntu. Kedua, agak malas sebenarnya hendak menulis. Aku lebih senang membaca tulisan orang lain buat masa sekarang. Ketiga dan mungkin paling utama, aku menghadapi masalah dengan jari-jari tangan ini. Aku syaki ianya disebabkan Carpal Tunnel Syndrome. Entah. Mungkin saja. Atau satu kemungkinan lagi, kandungan kolestrol dalam badan tinggi. Apa jadi? Jari-jari ini sering menjadi kebas sewaktu menaip atau membuat kerja-kerja yang memerlukan penggunaan tangan dan jari. Aku perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Apa pun, ianya mengganggu keselesaan aku menulis. Maaf, semoga faham.

Esok Balik Kampung

Esok pulang ke kampung. Ikutkan mahu berehat saja di sini. Aku masih belum dapat rehat sepenuhnya. Memandu pulang ke kampung bukanlah rehat. Ianya lebih memenatkan. Tambahan pula dalam suasana musim cuti dan hampir dengan sambutan hari raya nanti. Bukan aku beri alasan untuk tidak mahu balik. Aku sebenarnya merancang untuk balik di pertengahan bulan. Sewaktu jalan reda dengan sesak kenderaan dan orang tidak berpusu-pusu kesana kemari. Namun bila emak sudah tanya, aku kena akur. Bukan terpaksa. Tetapi memikirkan memang sebenarnya aku sudah lama tidak pulang ke kampung. Tidak mengapalah. Bukan selalu aku balik.

Detik Tanpa Sedar - 1

Sebenarnya malam semalam lagi aku sudah serabut. Bilik amat semak sana sini. Namun aku terlalu malas untuk mengemas, lalu aku biarkan saja. Bila pagi dan tiba di pejabat, kubikel aku juga amat-amat semak. Entah kenapa, aku terus kemas segalanya di kubikel. Aku laksanakan 5S (kamu cari sendiri di Wikipedia). Sekarang sudah 1/3 jalan. Agak puas hati. Esok sambung.