Kamu tahu kenapa aku tidak menulis sejak beberapa hari lalu, bukan? Post ini adalah post ke 40. Post terakhir untuk bulan ini. Boleh saja aku menulis lebih daripada 40 tetapi aku masih mahu mengekalkan jumlah 40 sejak Januari lalu. Masuk hari ini, sudah lima hari aku tidak berbasikal. Tiga hari sebelum kerana aku pulang ke kampung. Semalam dan petang tadi, cuaca tidak mengizinkan. Semalam memang hujan lebat tetapi petang tadi agak ralat. Biasanya aku akan mula berbasikal pada jam 5.30 petang. Tapi waktu itu tadi mendung gelap menyelubungi Putrajaya dan nun di arah Cyberjaya dan lebuhraya ELITE, hujan sedang lebat turun dengan kilat dapat kelihatan dari jauh. Aku gusar hendak meneruskan program berbasikal kerana bila-bila masa saja hujan boleh turun di Putrajaya juga. Aku leka melayari internet sehingga jam 6.15 petang. Hanya hujan sekejap dan seterusnya cuaca menjadi amat baik. Aku balik kerja sekitar jam 6.30 petang tadi dengan perasaan yang sangat hampa. Cahaya matahari yang bersinar...